Bab 37

184 8 6
                                    

    Afieq mengetuk dagunya beberapa kali. Sejujurnya, siapa tidak takut untuk mempunyai adik yang sangat agresif? Hal dalam kain pelikat abang dia pun budak kecik tu tau.

"Awak, cookies?" tegur Dayana. Afieq pandang Dayana.

Untungnya aku. Getus hati Afieq. Setiap lekuk wajah Dayana ditenung penuh minat. Matanya yang berwarna coklat terang, pipi gebunya yang merah tatkala diusik, hidung mancungnya yang memerah apabila menangis, dan bibir merah jambunya yang suka memuncung ketika termenung.

"Biskut apa ni?" tanya Afieq. Biskut berwarna merah dipegang seram.

"Red velvet. Cubalah." kata Dayana teruja.

"Yakin bukan benda yang pelik-pelik?" tanya Afieq. Dayana mengeluh sebelum menarik senyum.

    Sekeping biskut diambil dan dicubit sedikit sebelum disuakan ke mulut Afieq.

"Cuba rasa."

    Teragak-agak Afieq membuka mulut. Dia menerima suapan Dayana.

"Manis." ujar Afieq sambil memejam mata.

"Ada masin sikit." sambungnya lagi.

"Awak, tu jari saya." ujar Dayana kekok. Afieq membuka matanya sepantas cahaya.

"Manis." ujar Afieq dengan senyuman nakal. Terus sahaja tangan Dayana naik menepuk muka Afieq menggunakan bantal kecil. Bagus. Bagi betul sikit otak.

"Sakitlah!" rengek Afieq.

"Ish! Mengada." kutuk Dayana. Terus sahaja dia bangkit dan berlalunke arah bilik.

"Orang sakit bukan nak pujuk. Menci!" rengek Afieq. Dia memuncung. Tubir matanya basah. Allahu.

"Awak, saya nak pergi--"

"Kenapa menangis ni?!" tanya Dayana. Terkejut dia dibuatnya tatkala wajah cemberut Afieq menyapa pandangannya.

"Bukan nak pujuk!" rengek Afieq lagi. Dayana dah garu kepala yang dilapisi tudung. Niqab nya dibuka.

"Awak, okay tak ni?" tanya Dayana. Afieq menggeleng.

"Pujuklah kita..." rengek Afieq.

"Awak stay sini. Saya call Iriz."

    Terus sahaja Dayana berlari ke arah meja telefon di tepi tangga.

***

"Tiba-tiba je dia menangis." ujar Dayana. Matanya memandang ke arah wajah ibu mertuanya.

"Dayana ada rasa mual tak? Loya ke?" tanya ibu mertuanya. Dayana menggeleng kekok. Afieq yang menangis, kenapa dia yang ditanya.

"Mummy tahu."

"Tahu apa?" tanya Afieq yang masih tersedu-sedan.

     Mata Afieq tak lekang memandang perbuatan mummy nya yang sedang mengeluarkan sesuatu daripada beg.

Alat penguji kehamilan.

"Apa ni, mummy?" tanya Afieq. Terus sahaja kotak kecil yang berisi alat penguji tersebut digunakan untuk mengetuk kepala Afieq.

"Nah. Dayana ambil. Pergi test dulu."

"Ba..baik."

"Mummy, Dayana sakit ke?" tanya Afieq dungu. Puan Aira menepuk dahinya.

"Tunggu je lah."

***

     Iriz memandang sebal abangnya yang sedang meraung di riba Dayana. Habis baju Dayana. Penuh dengan air mata dan mukus Afieq.

"Kenapa tak cakap?!!" jerit Afieq.

"Ma..mana saya tahu." jawab Dayana kekok.

"Mummy, Afieq akan jadi daddy!!!" jerit Afieq lagi.  Iriz menampar kuat peha abangnya.

"Kau ni kenapa?!" tanya Iriz geram.

"Anak daddy!!" jerit Afieq lagi. Bahagian perut Dayana yang dilitupi blouse dicium berkali-kali.

"A..awak, ma..malu lah." tegur Dayana.

"Sabar je lah. Selalunya memang perempuan yang akan kena morning sickness. Kalau lelaki ni susah sikit. Bertahan je lah. Tak lama lagi hilang lah tu." kata Puan Aira kepada menantunya.

"Tapi, kerja Dayana macam mana?" tanya Dayana.

"Pasal kerja kau tak payah risau." kata Iriz. Dia memandang tajam ke arah Afieq yang memandang tajam ke arahnya.

"Sekarang ni, kau jaga tu ha. Baby besar kau tu." sambung Iriz sambil tersenyum jahat.

"Mummy, tengok Iriz." adu Afieq.

"Gelilah, bodoh." carut Iriz. Afieq memandang ke arah Dayana untuk meminta simpati.

"Sayang, dia buli baby." adu Afieq. Dayana tersengih kekok.

"Woi! Berbulu telinga aku!" jerit Iriz. Puan Aira dan Dayana tergelak kecil.

"Mummy balik dulu tu." pamit Puan Aira dan Iriz.

"Hati-hati."

Tbc...

Apa yg aq tulis ni hiks

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now