Bab 44

181 8 1
                                    

    Afieq mengeluh kecil. T.shirt hitam ditubuhnya ditanggalkan dan diletakkan ke atas sofa sebelum dia merebahkan tubuhnya ke atas sofa. Rambut coklat keerangannya yang sedikit basaha akibat peluh diserabutkan. Matanya terpejam rapat.

"Mana Afieq---Argh!! Pencuri!!" jerit Dayana yang baru sahaja sampai di ruang tamu.

"Pencuri? Mana?! Biar aku tembak di--- Kau kenapa?" tanya Afieq pelik tatkala melihat Dayana menutup mukanya menggunakan tapak tangan. Comel.

    Bagaikan mempunyai dua tanduk syaiton di atas kepalanya, Afieq berjalan mendekati Dayana yang masih menutup mukanya. Afieq tersenyum kecil. Rambut isterinya dibelai sebelum haruman rambut itu dihidu.

"Sayang.."

    Dayana membuka matanya dan..

"Argh!! Perogol!!" jerit Dayana. Suasana ruang tamu yang agak gelap memang menyukarkan pandangan Dayana.

    Dengan pantas Afieq merentap tangan milik Dayana sebelum tubuh kecil itu meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Sayang, ni aku lah. Suami kau." ujar Afieq tatkala terperasan wajah Dayana sudah basaha dengan air mata.

    Dayana berhenti meronta dan wajah Afieq dibelek perlahan sebelum satu pelukan diberikan kepada Afieq. Tubuh Dayana menggigil teruk.

"Hey, are you okay?" tanya Afieq. Dia menggosok perlahan-lahan belakang tubuh Dayana.

"Sam...sampai hati awak!" dada Afieq yang tidak dibaluti apa-ap pakaian ditepuk kuat.

"Hey, sorry.." ujar Afieq. Pelukan dilepaskan. Tangannya naik ke bawah dagu milik Dayana sebelum wajah gadis itu diangkat untuk memandangnya.

"I'm here okay." pujuk Afieq. Kelopak mata milik Dayana dikucup kedua-duanya.

"So, anak aku tengah buat apa tu?" tanya Afieq. Dayana tergelak kecil. Baby bump nya yang semakin membesar diusap perlahan.

"Kejap lagi aku nak keluar." ujar Afieq. Dayana menayang wajah cemberut.

"Mandi lah dulu. Lepastu solat subuh."

"Ye. Kau tau kan Zafwan kat ICU?" tanya Afieq.

"Kenapa?!"

"Dia.... Ha, badan aku dah bau masam dah ni. Aku mandi dulu."

     Dayana memandang Afieq yang bergerak menjauhinya.

"Mana ada awak masam." ujar Dayana polos.

    Afieq tersenyum nakal sebelum mendekati Dayana semula. Dayana yang sedar akan senyuman Afieq tadi mula menggelabah.

"Sayang, ingat tau. Kau tu tengah sarat mengandung. Jangan sampai aku 'terkam' kau. Nanti, daripada satu terus ada dua." usik Afieq. Wajah Dayana membahang.

"Ha, pergilah! Pergi mandi!" tubuh Afieq ditolak kuat. Afieq Daniel hanya tergelak kecil sebelum menghadiahkan Dayana sebuah kucupan di pipi.

     Dayana tergelak kecil. Setelah kelibat Afieq menghilang, Dayana berdecit kecil.

"Ah, lupa pulak mama dan papa Afieq tadi ada datang cari dia. Tak apalah. Nanti boleh bagitahu." ujar Dayana seorang diri sebelum berlalu ke arah bilik air di tingkat bawah untuk mengambil wuduk.

***

    Afieq duduk di birai katil. Matanya masih fokus memandang skrin telefonnya. Dia mengeluh sebelum mengembungkan pipinya.

Seorang banduan yang lari dari penjara kini sudah ditangkap oleh pihak polis jam 10 pagi tadi di kediamannya di La Vida Villa. Banduan dipercayai didakwa melakukan pembunuhan, penculikan dan serangan seksual. Banduan juga memiliki senjata api yang sangat jarang dijumpai seperti Charter Arms AR-7 dan lain-lain lagi. 23 Januari ini adalah sebutan semula kes. Suspek juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Suspek juga telah dipercayai bersubahat dengan seorang wanita dan seorang lelaki yang berumur 26 tahun dan 30 tahun masing masing. Kedua-dua rakan subahat turut didakwa di bawah seksyen yang sama dan tidak dibenarkan untuk diikat jamin.

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now