Bab 9

184 15 1
                                    

    Afieq tayang sengih melihat gelagat dua orang anak sedaranya.

"Erm, acik.." Panggil Airien. Afieq yang mengelamun tersentak.

"Nak apa?" Tanya Afieq lembut. Rambut Airien diusap lembut. Suka lah tu, Afieq. Airien dengan Airiel stay rumah dia.

"Airien lapar. Airien nak makan nasi goreng." Ujar Airien. Bibirnya memuncung. Airiel yang sibuk bermain dengan Tobot memandang Afieq dan turut bersetuju dengan Airien.

"Na.. Nasi goreng?" Tanya Afieq. Dia menggaru belakang lehernya.

"Haah. Lapar ni..." Rengek Airiel. Perutnya ditepuk-tepuk.

"Kalau acik masak mee segera boleh?" Tanya Afieq. Weyh, sudahlah dia tak pandai masak.

"Tak nak. Nak nasi goreng." Rengek Airien. Airiel yang bersila di bawah naik ke atas sofa. Kepalanya dilentok ke peha Afieq.

"Please...." Serentak dua beradik itu berkata. Mati akal Afieq dibuatnya.

"Erm... Erm.."

"Acik tak sayang Airien dengan Airiel, eah? Sampai hati!" Ujar Airien. Terus sahaja dia meninggalkan Afieq. Tak lupa juga dia menarik lengan Airiel.

"Protes pulak..."

    Afieq mengusutkan rambutnya. Dia menggigit kuku.

"Aku mana pandai masak!"

"Ha, mummy!" Terus sahaja nombor Puan Aira didail.

"Hello, mummy!! Nak resepi nasi goreng!"

***

"Acik, ikannya terbang!!" Jerit Airiel. Tangan kanannya penuh dengan sayur sawi.

    Airien mula berlari mendapatkan ikan kembung yang terbang di udara.

"Hah?!" Terus sahaja Afieq berlari ke arah ikan yang selamat mendarat di atas meja.

"Airien, bagi acik telur dua biji!!" Jerit Afieq. Airien mengangguk. Dia mencapai dua biji telur.

Prakk!!

"Acik, telurnya pecah." Kata Airien selamba. Afieq mencebik. Apalah nasib mereka.


"Tak apa. Acik nak tumis bawang." Ujar Afieq. Sebiji bawang merah dan dua ulas bawang putih dicampak masuk ke dalam kuali. Afieq, kenapa dengan kau ni?

"Tapi, acik. Mama selalu potong kecik-kecik dulu bawang tu." Ujar Airiel. Terkejut jugak dia tengok Afieq campak bawang macam tu dengan minyak tak ada.

"Okay, acik give up." Kata Afieq. Dapur gas dimatikan.

"Habistu, kita nak makan apa?" Tanya Airien.

"Kita makan....... Hah! Mee segera!" Jerit Afieq. Tiga mee segera yang berada di dalam cawan diambil.

    Air panas dituang ke dalam ketiga-tiga cawan mee segera tersebut.

"Ni jer?" Tanya Airiel. Afieq angguk. Mee segera dikacau.

"Tapi, Airiel nak makan nasi." Ujar Airiel.

"Kita order pizza?" Cadang Afieq. Airiel dan Airien memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk.

"Akhirnya,..." Ujar Afieq lega. Sesudu mee segera disuap ke dalam mulutnya.

"Acik, kita orang order pizza dulu tau!" Kata Airien. Afieq hanya mengangguk dan fokus pada mee segeranya.

***

"Nasib baik aku datang. Kalau tak, kebulur budak dua orang ni." Ujar Rasya selamba. Dia hanya memerhati gelagat Airiel dan Airien yang sedang leka menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Aku mana tau masak. By the way, thanks. Sedap jugak ikan masak asam pedas kau ni." Puji Afieq. Rasya tayang sengih.

"Ni, kau boleh tak kemas dapur kau ni?" Tanya Rasya.

"Boleh.. Oh, ya. Mana Izmer?" Tanya Afieq.

"Kat rumah. Sakit perut." Jawab Rasya selamba. Tak payah tanya kenapa si Izmer tu sakit perut pun tak apa. Dah tau sebabnya.

"Makan tak ingat dunia lah tu." Sindir Afieq.

"Macam tak kenal perangai dia. Kalau dah nampak makanan favourite dia atas meja, memang tak pandang orang lain." Ujar Rasya. Dah hangit dah dengan perangai gedik Izmer.

"Ouh, ya. Macam mana dengan maid?" Tanya Rasya.

"Percaya atau tak, mummy dah jumpa. Aku nak tolak rasa bersalah pulak." Jawab Afieq.

"Terima jer lah. Boleh dia tolong kau kemas rumah. Masak." Kata Rasya.

"Itu betul. Tapi, kau tau aku macam mana. Aku mana suka gangguan." Ujar Afieq. Air milo diteguk perlahan.

"Dia kemas weyh. Tak ada nya maid kau nak goda kau ke apa." Ejek Rasya. Afieq mencebik.

"Sampai situ kau fikir." Sindir Afieq.

"Aku balik dulu, weyh." Pamit Rasya. Afieq mengangguk.

"Assalamualaikum." Ujar Rasya. Afieq hanya membalas dalm hati.

    Setelah kelibat Rasya hilang, Afieq muka menyudu sedikit kuah asam pedas.

"Tak boleh!!" Jerit Airien dan Airiel.

"Ni kita orang punya!" Jerit mereka berdua sebelum menarik bekas asam pedas tadi ke arah mereka. Afieq mencebik.

    Afieq, nampaknya kau dengan mee segera berpisah tiada.

Tbc...

Akhirnya!!! Akhirnya!!(・´з'・)

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now