Bab 35

191 11 5
                                    

"Seronok tipu aku?"

"Afieq, saya.."

"Kau apa? Huh. Aku fikir kau lain. Lain daripada orang lain. Tapi, kau pun sama." ujar Afieq. Di hujung ayatnya terdapat keluhan ringan.

"Kau buat aku ni macam orang bodoh. Yup, aku bodoh sebab terlalu sayangkan kau. Aku sanggup korbankan nyawa aku demi kau. But, do you appreciate it? No, right? Umaira, aku tak pernah jatuh cinta. Tapi, bila aku jatuh cinta, kau pun tahu." ujar Afieq lagi. Dia menarik nafas panjang.

"Saya.. Saya.. Saya pun sayangkan awak." kata Umaira. Tubir matanya panas. Dia mahu menangis. Dia menyesal. Menyesal yang teramat.

"Sayang? Kalau kau sayang, kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau tembak aku?" tanya Afieq bertubi-tubi.

"Shaz. Shaz tipu saya."

"Dayana, abang kau dah meninggal. Nak tau sebab apa? Sebab Shaz. Hari kau culik Dayana, Shaz bunuh abang kau yang dalam perjalan pergi rumah aku."

"Tak... Abang tak.. Abang tak boleh tinggalkan Mai." tubuh Umaira menggeletar. Ganggang telefonnya terjatuh. Dua orang polis datang ke arahnya dan menenangkannya.

"Ah, untuk pengetahuan kau. Aku dah kahwin dengan Dayana." usai sahaja menuturkan ayat itu, Afieq Daniel terus bangun dan berlalu keluar bersama Izmer di tepinya.

"Afieq.. Afieq... Dayana... Tak.. Tak.." rintih Umaira. Hatinya memberontak ingin berlari ke arah Afieq. Namun, fizikalnya lemah. Dia tidak mampu bergerak walaupun seinci. Kini, dia hilang abang kandungnya kerana dendamnya yang sia-sia.

"Aku tak tahulah apa salah aku sampai kena palau teruk dengan kau." kukuk Izmer. Tapi, Afieq hanya berdiam diri.

"Afieq Daniel!" jerit Izmer geram. Afieq tersentak. Dia memandang ke sekeliling kedai mamak itu. Huh, mujur tak ramai orang. Apa kau fikir Afieq jenis yang standard gitu? Asyik nak makan dekat tempat mewah je ke apa?

"Kau nak apa?" tanya Afieq. Izmer mengeluh.

"Afieq, boleh stop fikirkan pasal perempuan tu boleh, tak?"

"Aku sayangkan dia." ujar Afieq. Nada suaranya mendatar.

"Dayana tu siapa? Isteri kau, kan?"

"Afieq, kau tak boleh macam ni. Dayana tu isteri kau. Kau tak kesian kan dia?" tanya Izmer. Afieq mengeluh. Wajahnya diraup kasar.

"Aku balik dulu." kata Afieq. Sekeping duit RM 50 diletakkan ke atas meja sebelum dia berlalu keluar  dari kedai mamak tersebut.

"Dahlah bagi 50 hengget sekeping! Apa dia ingat secawan teh tarik ni 25 hengget ke apa? Eh, kau mamak. Pi tebar roti sana! Pandang aku buat apa! Jangan nak  happy sangat! Baki pulang balik!" bebel Izmer. Kesian mamak tu. Kena sembur dengan Izmer.

"Hish! Dah lah tinggal aku! Tak pasal-pasal aku kena call grab! Fikir murah ke?!" bebel Izmer lagi. Mamak yang tebar roti canai lagak nak lempar je doh roti tu dekat muka Izmer biar betul balik skru otak dia.

"Mamak, roti telur satu! Banjir!" jerit Izmer.

***

"Awak, nak air?" tanya Dayana. Briefcase Afieq diambil. Namun, Afieq diam. Matanya dipejam rapat.

"Awak nak saya urutkan?" tanya Dayana.

"Kau tak faham ke?! Aku tak nak apa-apa! Blah!" tengking Afieq. Dayana tersentak. Dia terus menjauhi Afieq. Kakinya diatur laju ke arah biliknya.

    Pintu dihempas. Dia terkejut dengan reaksi Afieq.

"Ya Allah, aku takut."

    Titisan air mata jatuh dari tubir matanya. Semakin lama semakin deras. Dadanya dipukul berkali-kali.

Tokk... Tokk..

"Dayana, I'm sorry."

Tbc...

Haaa.. Mengamuk. Mengamuk. Aq pang kang😂

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now