Bab 50

501 8 12
                                    

A/N:untuk pembacaan yang lebih efektif kalau nampak natang ni (•ω•), bolehlah tu bukak lagu It's You nyanyian Alie Gatie. kalau nk sedap cubalah bukak yang cover ke apa ke ann...

3 bulan kemudian

    Bagasi berwarna merah jambu diletakkan ke atas lantai sebelum dia berlari ke arah balkoni. Tingkap besar yang memisahkan balkoni dan bilik hotelnya dibuka.

    Sebuah meja kayu dan dua buah kerusi kayu terletak elok di hujung balkoni. Lantainya pula seolah-seolah memijak rumput betul. Pemandangannya? Usah dikata. Tersangatlah indah.

    Bayu pantai menampar lembut wajah yang beralaskan niqab itu. Alis mata yang lebat itu pula beralun tatkala ditampar angin. Dia menyedut perlahan udara nyaman tersebut. Bagaikan helaian bulu burung yang gugur, begitu jugalah dengan masalah yang di hadapinya. Seolah-olah terbang pergi dengan mudah.

    Namun, mood berangannya diganggu oleh bunyi dengusan dan rungutan seseorang.

"Ada ke patut dia suruh abang bayar lebih? Dah tau kereta pancit, yang buat jugak perkhidmatan grab tu kenapa? Fikir abang ni obes ke sampai tayar kereta pun pancit?" bebelan itu disambut ketawa kecil.

    Langkah kakinya diatur mendekati punca suara bebelan datang. Tubuh sasa itu dipeluk sebelum belakang tubuhnya digosok-gosok.

"Abang mandi tau." ujarnya. Pelukan dilepaskan. Bagaikan terkena jampi, dia mengikuti sahaja arahan insan yang bergelar isterinya itu.

    Dayana tersenyum manis sebelum tergelak kecil. Katil yang telah dihias dengan tema romantis dipandang lama. Mungkin, aura hiasan bilik ini membuatkan semua perkara yang mereka lakukan nampak sangat romantik. Walaupun cuma dengan pelukan.

***

    Suasana hiruk-pikuk membuatkan Afieq merangkul lengan Dayana kuat. Matanya meliar ke sekelilingnya sebelum pandangan matanya jatuh pada sekumpulan lelaki yang memandang ke arahnya.

"Sayang, abang tak selesa." ujarnya. Dayana memandang wajah Afieq yang kelihatan agak resah.

"Wanna go back?" tanya Dayana. Afieq mengangguk manja. Dia bukan tidak selesa dengan pandangan sekumpulan lelaki tadi yang memandang ke arahnya tapi dia tahu mata sekumpulan lelaki tadi jatuh pada tubuh isterinya.

    Musykil betul dia dengan remaja sekarang. Perempuan tu punya lah pakai baju balut tubuh, tutup aurat tapi mereka? Pandang perempuan macam tak ada maruah. Jangan nak samakan perempuan dengan perempuan yang suka tayang tubuh dekat luar sana. Hah, dah terbebel pulak.

"Sayang, beach." ujar Afieq. Dayana mengangguk. Tangan si suami ditarik ke arah kereta sewa mereka.

***

"Abang betul ke ni? Duduk sini untuk tengok sunset je?" tanya Dayana. Afieq mengangguk. Kepalanya disandarkan ke bahu Dayana. Matanya pula fokus memandang pantai Pulau Langkawi di hadapannya.

"Sayang, did you think my voice ni ala-ala suara Jungkook Bts?" tanya Afieq. Dayana kerut muka. Bungkuk? Apa kuk?

"Apa yang abang merepek?" tanya Dayana. Dia menggaru kepalanya yang berlapiskan shawl merah jambu itu.

    Kemudian, dia hanya ketawa kecil. Lupa pula sejak dua menjak ni, Afieq layan lagu-lagu Korea. Jiwang? Rasanya lah. Tiap kali bertembung mata dengan Dayana mesti perkataan 'saranghae'  tidak lepas dari mulutnya. Siap bagi 'mini love' yang dah jadi trend sekarang lagi.

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now