Bab 3

317 18 0
                                    

    Kakinya melangkah lemah. Di telinganya seakan-akan terngiang suaranya sendiri yang bersetuju dengan rancangan Shaz.

    Afieq mengeluh perlahan.

Ding.. Dong...

    Iriz yang baru sahaja ingin masuk ke bilik tersentak dengan bunyi loceng rumah. Terus sahaja dia berjalan ke arah pintu rumah. Di tangannya pula terdapat sebatang penyapu.

"Haraplah, bukan perompak," ujar Iriz seorang diri.

     Tombol pintu dibuka.

Bukk!!!

Pak!

Pak!

Skriakk!! K.. K

     Penyapu ditangannya terjatuh tatkala terlihat wajah manusia yang hampir separuh mati akibat dibelasahnya. Hebat jugak penyapu mak Haykal ni.

"Afieq?!" Terbuntang Iriz dibuatnya. Tubuh Afieq yang mengerekot dipegang.

"Kau, okay?" Tanya Iriz.

"Hampir mati." Jawab Afieq. Sarkastik. Afieq dengan savage+beku mana boleh dipisahkan.

"Aku tanya elok-elok kot. Aku sumbat penyapu ni dalam mulut kau nanti!" Kata Iriz geram. Orang tanya baik-baik jawapan tu biarlah menyedapkan telinga orang. Ni tak, menyakitkan adalah.

"Kau kenapa datang sini?" Tanya Iriz setelah Afieq dapat berdiri dengan stabil.

"Tidur dengan kembar."Jawa Afieq selamba.

"Eh?! Ini rumah mak mertua aku lah!" Kata Iriz. Afieq menjongketkan kening.

"Apa? Aku bukan tidur dengan kau pun. Aku tidur dengan kembar. Itu pun sebab aku dah berjanji tadi." Kata Afieq. Matanya memandang ke setiap pelusuk rumah agam itu. Ruang tamu yang malap menyukarkan lagi pandangan Afieq.

"Semua dah tidur. Kau tu yang datang tengah malan macam ni." Bebel Iriz.

    Iriz terkesima apabila jari telunjuk milik Afieq singgah di bibirnya.

"Mana kembar?" Tanya Afieq.

"Ada kat atas. Dah tidur dah pun." Jawab Iriz.

"Aku naik dulu. Kau? Nak tunggu aku angkat baru nak naik ke?" Perli Afieq.

"Kau diam!" Kata Iriz geram. Afieq tersenyum kecil sebelum berlalu ke arah bilik kembar.

***

    Iriz memandang geram ke arah Haykal. Gila. Sesuka mak nenek segala moyang dia jer nak cubit pipi orang waktu orang tengah sedap tidur tadi.

"Good morning, mama! Papa!" Jerit Airiel dan Airien serentak. Afieq hanya mengekori kembar dari belakang.

"Aku ingat dah balik." Kata Haykal selamba.

"Kenapa?" Tanya Afieq pelik. Pelik tengok Haykal.

"Tak ada apa-apa," ujar Haykal malas. Tangannya masih ligat mengusap rambut Airiel.

"Ni, kau nak bihun ke mee?" Tanya Iriz. Afieq memuncungkan mulut ke arah bihun goreng.

"Nah!" Kata Iriz. Pinggan yang berisi bihun goreng diserahkan kepada Afieq.

    Ibu bapa Haykal awal-awal lagi dah keluar. Katanya nak beli barang lepastu nak date. Alahai, sweet!

"Akh!"

    Afieq yang sedang menyuap bihun goreng ke dalam mulut berlari ke arah Iriz.

"Cuai betul!" Marah Afieq. Jari manis Iriz yang berdarah ditilik sebelum dia mendekatkan kuka itu pada air.

"Sa.. Sakit!!" Rengek Iriz.

"Ceh! Selama ni kau bertumbuk, kau lekk je.." Sindir Afieq. Iriz mengetap bibir geram. Siaplah kau!

"Pisau ni ada jus lemon sikit!" Kata Iriz geram. Tau tak tak pedih dia macam mana?

"Tch!"

    Iriz dan Afieq menoleh ke arah Haykal.

"Biar aku yang buat." Kata Haykal. Afieq melepaskan jari milik Iriz dan berjalan perlahan ke arah meja makan.

"Lepas makan, aku balik dulu." Kata Afieq. Iriz mengangguk-angguk.

    Namun, matanya memandang tajam ke arah Haykal. Kerja asyik nak cemburu jer. Tinggal lagi empat tahun, padan muka!

***

    Afieq memuncung sebelum tangan Puan Aira dicapai.

"Buat apa nak ambik maid? Afieq kan pandai urus rumah sendiri," ujar Afieq. Puan Aira berdecit dan pandang atas bawah.

"Are you sure?" Sindir Puan Aira. Afieq mencebik.

"Iriz ada hantar gambar rumah Afieq dekat mummy," ujar Puan Aira. Afieq terbuntang.

"Ha?!"

"Tengok sendiri." Puan Aira menolak telefon pintarnya ke arah Afieq.

    Ruang tamu yang dipenuhi kertas kerja, snek yang tak tahu elok lagi ke tak, mangkuk, PS2 yang berselirat wayarnya, majalah dan tak lupa juga baju yang dah menggunung macam MV Spring Day BTS.

"Afieq... Afieq.. Busy. Tak sempat kemas." Ujar Afieq. Dia bermain dengan jarinya sendiri.

"Mummy tak kesah. By hook or by crook mummy akan carikan kamu maid. Kalau tak, Afieq duduk dengan kami. Faham?"

     Afieq mengeluh kecil.

"Tapi, mummy--"

"Lagi satu, mummy tak nak hari-hari Afieq makan mee segera. Kata doktor. Doktor pun tahu kan makan mee segera hari-hari tak elok." Kata Puan Aira. Afieq hanya mampu tersengih kekok.

"Baiklah. Afieq ikut cakap mummy. I know mummy akan beri yang terbaik untuk Afieq." Ujar Afieq. Mengalah lah jawabnya.

"Okay, esok ikut mummy jumpa kawan-kawan mummy." Kata Puan Aira sebelum bangkit daripada duduknya.

     Afieq mengeluh. Rambut hitamnya ditarik-tarik. Nampak stress semacam jer.

"Susah kerja aku nanti...." Rengek Afieq seorang diri.

"Afieq, mari makan!!!" Panggil Puan Aira.

"Okay!!!" Jerit Afieq sebelum berlari ke arah dapur.

Tbc...

Huh? Asl pndek chp kli ni😂😂😂

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now