Bab 2

400 22 0
                                    

    Afieq mengatur langkah dengan laju ke arah rumah agam di hadapannya.

"Kenapa macam jauh sangat nih??" Tanya Afieq. Rambutnya yang kusut dirapikan sebelum dia berdehem.

"Huuu.. Dah sampai,.." ujar Afieq.

"Baru nak sampai? Majlis dah mula dah tadi," tegur Iriz.

"Kau diamlah!! Dah lah jalan jammed tadi. Huu, gila!" Keluh Afieq. Iriz menjeling.

"Mana kembar?" Tanya Afieq.

"Dekat dalam. Hampir merajuk tau. Semua sebab kau," kata Iriz geram.

"Aku bukan sengaja nak lambat. Beli hadiah tadi." Kata Afieq. Kakinya diatur ke arah pintu utama rumah.

    Matanya meliar ke sekeliling rumah. Dia tersengih apabila terpandang dua orang kanak-kanak sedang duduk di atas sofa dan memuncung.

"Hai, twin.." Sapa Afieq. Airiel yang sedang memuncung hanya menjeling. Memang klon Iriz betul.

"Kenapa acik lambat?" Tanya Airien. Afieq mengusap rambut Airien perlahan.

"Acik pergi beli hadiah tadi." Jawab Afieq.

"Hadiah? Mana?" Tanya Airien teruja. Afieq menghulurkan kotak yang berbalut dengan pembalut bercorak teddy bear.

"Terima kasih!!" Jerit Airien. Pipi Afieq dikucup sekilas sebelum dia mengambil hadiah itu dan duduk bersila di atas lantai. Beberapa orang budak kecil mengerumuni Airien.

"Yeay!!! Little Pony!!" Jerit Airien gembira. Afieq tersengih.

"Airiel, sini." Panggil Afieq. Airiel yang sedang mencuri pandang ke arah Airien memandang Afieq.

"Airiel marah acik ke?" Tanya Afieq. Airiel hanya diam. Kakinya diatur ke arah Afieq.

"Nak hadiah," ujar Airiel perlahan. Afieq tersenyum. Kotak yang berbalut dengan pembalut Ultraman dihulur ke arah Airiel.

"Terima kasih. Airiel, sorry." Ujar Airiel sebelum pipi Afieq dikucup.

"Acik maafkan. Dah. Pergi bukak hadiah sana. Acik nak jumpa mama." Iata Afieq. Terus sahaja Airiel duduk di sebelah Airien.

"Kau cari siapa?" Tanya Haykal.

"Mana Iriz?" Soalan dibalas soalan.

"Dekat dapur." Jawab Haykal.

"Aku pergi dulu." Pamit Afieq sebelum dia berlalu ke arah dapur.

"Iriz," panggil Afieq.

"Apa?" Tanya Iriz. Tangannya masih ligat menyusun cawan.

"Nah." Patung Doraemon diletak ke atas peha Iriz.

"Apa ni? Birthday aku lambat lagi," ujar Iriz.

"Ambik jer. Anggap jer tu hadiah untuk sambut kepulangan kau," ujar Afieq. Iriz tersengih.

"Thanks!"

"Aku balik dulu tau. Ada hal." Ujar Afieq.

"Eh, tak nak makan ke?" Tanya Iriz.

"Tak payah lah. Aku memang dah lambat ni," ujar Afieq. Iriz mengangguk.

    Terus sahaja kelibat Afieq menghilang.

***

    Afieq tergelak kecil tatkala terbayang wajah kembar.

    Terus sahaja kaki Afieq melangkah keluar daripada rumah.

"Acik!" Panggil Airien. Afieq yang sedang berjalan terhenti sebelum dia menoleh ke belakang.

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now