Bab 4

243 15 3
                                    

    Seperti biasa. Rutin harian Afieq pada hari minggu.

    Bangun. Mandi. Makan roti sapu jem. Main game. Buat kerja. Main game. Makan mee segera. Tengok drama TV3.

     Kali ini, Afieq dah tak macam tu. Bukan ada penambah baikkan. Nak tahu dia buat apa?

"Arghhh!!" Jeritan Afieq bergema. Kertas-kertas yang bersepah di meja ruang tamu diambil dan dicampak. Dah macam Dead Leaves.

"Susahnya. Penatnya.." Rungut Afieq. Dia melabuhkan punggung ke atas beanbag yang berada di tepi sofa.

     Matanya memandang ke sekeliling rumah. Dah macam tongkang pecah.

"Kenapa? Kenapa aku rasa banyak sangat nak kena kemas?!" Jerit Afieq. Bibir nipisnya dikemam kuat. Peluh yang menitik ke dahi dikesat menggunakan kolar baju.

     Dah macam orang yang baru marathon gamaknya.

"Akh! Lapar.." Rengek Afieq. Matanya memandang ke arah meja di hadapannya.

"Bila pulak ada Snickers atas ni? Apa-apa lah. Aku lapar." Kata Afieq sendirian. Tangannya mencapai Snickers yang entah still available atau tak.

Bbumm!!

"Apa yang berlaku?!" Jerit Afieq bila ternampak Izmer yang sedang tercungap-cungap.

"Kau baru kena kejar hantu ke apa?!" Tanya Afieq kalut.

"Iriz... Iriz... Haaa..." Ujar Izmer. Terus sahaja dia merebahkan badan ke atas sofa.

"Kenapa dengan Iriz?" Tanya Afieq. Riak wajahnya memang menunjukkan yang dia betul-betul risau.

"Iriz ugut tolak aku jatuh bangunan kalau aku tak tolong kau kemas rumah." Ujar Izmer. Nafasnya tercungap-cungap.

"In...Out.." Ulang Izmer. Dah rupa kambing nama Lupe dalam Ferdinand dah.

"Memang patut pun," perli Afieq. Matanya memandang Izmer yang tercungap-cungap.

"Huh! Ni aku nak tanya, ni rumah ke kapal karam?" tanya Izmer. Lebih tepat memerli.

"Diamlah kau. Dah tu? Kemaslah cepat kalau kau tak nak nyawa kau terbang malam ni," sindir Afieq. Dia bangun dan berjalan ke arah televisyen yang melekat di dinding.

"Patut tak aku search kat google?" Tanya Afieq. Izmer yang sedang mengumpulkan semua kerta-kertas kerja Afieq memandang Afieq.

"Boleh lah. Lagi bagus kalau kau search yang bertemakan vintaj tak pun moden." Kata Izmer. Tangannya ligat meja tersebut.

"Mana kau tahu pasal hiasan rumah ni?" Tanya Afieq.

"Rasya kesayangan aku lah." Jawabnya ringkas. Afieq hanya mengangguk perlahan. Telefonnya dicapai.

    Beberapa gambar contoh di screenshot. Nak buat rujukan punya pasal.

"Izmer, ajak Rasya datang sini tak boleh ke?" Tanya Afieq.

"Tak. Aku tak nak dia penat. Eh, pergi lah cepat buat kerja!" Kata Izmer geram. Afieq mencebik. Pikir sweet lah?

    Afieq menyambung kerjanya semula. Sekali pandang, comel penampilan Afieq hari ni. T.shirt putih yang dipakai dilapis dengan apron bewarna biru muda. Seluar pendek separas lutut. Di leher Afieq tergantung tuala kecil. Tangan kanannya memegang bulu ayam dan sebelah lagi kain lap. Dah macam cleaner comel.

***


  Afieq mengukir senyuman semanis gula. Matanya memandang ke arah setiap pelusuk rumahnya. Seratus peratus berubah. Kalau dulu sebelah televisyen tu ada bakul baju. Sekarang ada pasu bunga.

"Lawa jugak... Pandai kau kemas." Puji Afieq.

"Well, ini Izmer." Kata Izmer. Riak.

"Kau nak air tak?" Tanya Afieq. Izmer mengangguk laju. Gila tak nak? Haus kot. Rumah Afieq bukannya kecik. Besar.

"Aku ambik kejap." Kata Afieq sebelum dia berlalu ke arah dapur. Jus oren dituangkan ke dalam dua buah gelas.

    Afieq menatang dulang ke arah ruang tamu.

"Woo... Air oren dengan biskut kering kau bagi aku?" Tanya Izmer.

"Apa? Bersyukur sikit. Kau nak aku masak ke? Tak takut mati?" Sindir Afieq. Betullah tu. Afieq mana pandai masak. Kadang goreng telur pun hangus.

"Apa-apalah." Ujar Izmer selamba. Air oren diteguk perlahan.

Klik!

"Wooo!!! Lebih dah ni!!" Marah Izmer. Tangannya cuba mencapai telefon Afieq.

"Ini bukti yang kau kemas dengan aku." Kata Afieq. Izmer memuncung.

"Nak buat apa jer?" Tanya Izmer geram.

"Nak bagi Iriz. Dia tak percaya, kau yang susah. Tulah, jangan jadi macam Zaf." Sindir Afieq.

"Kau nak aku cakap aku lembab macam Zaf lah?! Amboi, banyak handsome muka kau!" Kata Izmer.

"Aku memang handsome. Ni, bila nak berambus?" Tanya Afieq. Sebenarnya menghalau.

"Ye. Ye! Aku keluar. Terima kasih sebab bagi aku minum. Aku blah dulu. Pape hal kau roger Iriz. Bukan aku." Ujar Izmer. Dia menepuk bahu Afieq sebelum berlalu pergi.

"Maid!" Terjerit Afieq. Bibirnya mengukir senyum. Sinis.

Tbc...

Kesah ap author klau hambar🌚

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now