Bab 43

188 10 1
                                    

    Izmer, Afieq dan Zackwan kini berada di hadapan Unit Rawatan Rapi (ICU). Zackwan meraup kasar wajahnya. Dia terlalu rapat dengan Zafwan dan dia benci untuk katakan ini. Tapi, dia sayangkan Zafwan. Gila tak sayang? Kawan baik kot! Ya, walaupun dia memang suka buli Zafwan. Tapi, bagi dia orang Zafwan masih bayi. Dia perlukan rakan-rakannya. Itu membuatkan Afieq berkeras untuk mengikut rancangan mereka.

"Pray to Allah, Zack. Insyaallah Zafwan tak apa-apa." ujar Izmer. Dia sama seperti Zackwan. Tapi, dia tidak mahu kerisauannya melampaui batas.

    Afieq alihkan pandangan ke arah laluan di hadapan ICU tersebut yang sunyi kerana jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tanpa Afieq sedar, cecair hangat jatuh ke pipinya. Dia mahu meraung. Dia mahu menangis sekuat hati. Dia takut cara yang dia gunakan tadi tidak berkesan. Dia cuma lakukan apa yang dia rasa logik. Air matanya kini mengalir deras. Dia menutup wajahnya menggunakan telapak tangan tidak mahu Izmer dan Zackwan melihat sisi cengengnya.

"Waris Adrian Zafwan?" tegur seorang doktor yang bertugas untuk merawat Zafwan.

"Saya." ujar Izmer. Dia bangun dan mendekati doktor tadi setelah dia sedar bahawa Afieq dan Zackwan tidak mampu untuk berdiri.

"Kami dapat selamatkan dia. Cuma, dia sedang koma atau lebih tepat berehat. Dalam jangkaan saya tidak lama. Dalam seminggu dua sahaja." ujar doktor lelaki tadi.

    Izmer mengucap syukur.

"Saya minta diri dulu. Buat masa ni boleh lawat pesakit. Cuma, jangan ramai-ramai." pesan doktor tadi sebelum berlalu pergi.

"Woi, aku tengok Zafwan kejap." ujar Izmer. Dia memandang ke arah dua orang rakannya. Seorang sedang menayangkan muka biasa; Afieq dan yang lagi seorang seboleh-bolehnya menyorokkan muka; Zackwan. Izmer menggulingkan biji mata ke atas. Dasar ego. Menangis je lah. Afieq tu, acah. Padahal dah banjir tadi.

    Malas mahu menunggu reaksi rakan-rakannya, terus sahaja dia menolak pintu bilik ICU tadi. Pandangannya di sapa dengan tubuu yang terbaring kaku di atas katil hopsital.

"Oi, dungu. Bangunlah." tegur Izmer. Dia tersenyum sedikit. Kerusi plastik di hadapannya ditarik sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi plastik tadi.

"Seronoknya kau tidur. Tu ha, member kunyit kau meraung macam mati bini sebab kau tau." ujar Izmer lagi. Tangan Zafwan dicapai. Dada Izmer terasa sesak.

Nangis je lah, Mer~Author Shin

Diamlah kau. Nanti tak swag~Izmer

Izmer poyo ye anak-anak*point kat Izmer+ghaib~Author Shin.

    Izmer tertunduk. Air matanya mengalir. Dia melepaskan tangan Zafwan.

"Ei, kau tengok aku dah nangis. Bodohlah, Zaf!"

    Tidak sampai 30 saat Izmer sudah menangis teruk. Dia tidak mampu mengangkat kepala untuk memandang tubuh kaku Zafwan.

"Bangunlah, gila. Eish, tak swag!"

    Wajah Zafwan dipandang hiba. Izmer bangun sebelum mengelap air matanya menggunakan hujung lengan bajunya.

"A..aku nak balik. Pa..padan muka kau. Ti..tinggallah kat sini sorang-sorang." ujar Izmer sebelum berlalu keliar dari bilik ICU tadi.

    Izmer cuba mengawal riak mukanya tatkala pandangannya disapa dengan pandangan men 'judge' orang yang diberikan Zackwan dan Afieq. Dia berdehem kecil sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Tung..tunggu apa lagi? Pergilah melawat dia." ujar Izmer. Dia melabuhkan punggung jauh daripada Zackwan dan Afieq.

"Kau pehal pandang aku?" tanya Izmer geram tatkala Zackwan masih lagi memandangnya.

"Ada air mata dekat pipi kau." jawab Zackwan selamba sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik ICU yang menempatkan Zafwan. Pantas sahaja Izmer meraup mukanya.

"Kau nangis eak, Mer?" tanya Afieq dengan nada yang mengusik.

"Kau diam." ujar Izmer geram. Dia mengabaikan Afieq yang masih lagi memandangnya.

"Zaf macam mana?" tanya Afieq.

"Macam tu lah." jawab Izmer. Sesungguhnya dia malas mahu berbual dengan Afieq.

"Tch. Aku nak pergi tandas sekejap. Jagakan phone aku." pesan Afieq. Izmer hanya mengangguk malas. Daripada jauh dia memerhatikan telefon pintar milik Afieq.

    Air matanya mengalir lagi. Sesungguhnya, Izmer benci diri sendiri.

Tbc...

Yeye. Merepek. Aku tau tu.


My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now