Bab 39

178 5 0
                                    

    Afieq berdehem tatkala terasa dirinya diabaikan. Perempuan kalau berjumpa wajib laga-laga pipi ke?

"Fieq, nak buat tak laga pipi tu?" tanya Izmer. Afieq mengetuk kepala Izmer menggunakan alat kawalan jauh di tangannya. Namun, matanya tetap setia dengan adegan di antara Dayana dan Rasya.

"Bila due date?" tanya Dayana. Teruja tengok perut Rasya yang semakin memboyot itu.

"Akhir bulan ni. Dalam 27 haribulan. Tapi, tak tahu lah kalau dia tak sabar nak tengok dunia, kan?" perutnya diusap.

"Lelaki ke jantan?" tanya Afieq.

Pakk!!

"Kau pinjam bodoh Zaf ke, Fieq?" tanya Izmer geram.

    Afieq memuncung. Kepala yang diketuk dengan telefon tadi diusap perlahan. Nasib baik bukan 3310. Kalau tak, boleh pecah kepala dia.

"Lelaki." jawab Rasya. Afieq hanya mengangguk.

"Sayang, anak kita jantina dia apa?" tanya Afieq. Ni memang serius pinjam bodoh Adrian Zafwan ni.

"Belum check lagi lah awak." Lengan Afieq ditampar manja.

"Dah ada nama?" tanya Dayana pada Rasya.

"Ada. Danial Harizs bin Izmer Harith." ujar Izmer. Nada riaknya jelas kedengaran.

"Sedap nama." puji Dayana. Kandungannya yang kini berusia lima bulan disentuh perlahan.

"Eleh, manusia ni. Kau tak ada idea, kan? Sebab tu kau letak nama anak kau Harizs jugak, kan?" perli Afieq. Izmer menggulingkan matanya ke atas. Dengki.

"Ejaan nama aku H.A.R.I.T.H. Anak aku, H.A.R.I.Z.S." Izmer menekankan ejaan namanya sambil menjeling tajam Afieq.

    Afieq mencebik. Dayana ditarik ke arahnya. Kepalanya disandarkan ke bahu Dayana.

"Fieq. Aku ada something nak bincang dengan kau." suara Izmer bertukar serius. Tiada lagi senyuman bodoh-bodoh dilemparkan.

    Afieq terus duduk tegak. Dia mengangguk dan berlalu ke arah halaman rumahnya dengan Izmer di belakangnya.

"Pesakit Bipolar ke dia orang tu?" tanya Dayana. Tadi, macam kanak-kanak Horlicks. Sekarang? Lagi serius daripada watak Hulk dalam Avengers.

"Dia orang memang macam tu. Ah, abaikan. Sekarang jom kita fikir nak masak apa." ujar Rasya. Dayana ditarik ke dapurnya.

    Rasya mengeluh dalam diam. Kerja dia dah settle. Sekarang ni... Tinggal dua makhluk tu pulak.

***

    Afieq meraup kasar mukanya.

"Macam mana pulak dia boleh lari daripada penjara?!" bentak Afieq. Dia buntu.

"Aku tak tahu. Aku rasa ada orang tolong dia." jawab Izmer tenang. Dia dah tak terkejut dah dengan berita tu.

    Shaz sememangnya licik. Dia selalunya selangkah ke hadapan.

"Sekarang ni macam mana?" tanya Afieq. Mindanya serabut. Dayana. Nama itu menguasai mindanya. Keselamatan Dayana.

"Aku dah suruh Zaf get ready. Dia ada Charter Arms AR-7."

"What?! Macam mana pulak banduan macam dia ada weapon macam tu?!" Afieq terus sahaja bangkit dari duduknya. Dia meraup kasar mukanya berkali-kali.

     Charter Arms AR-7. Bila-bila masa sahaja dia boleh mati dari jarak jauh. Lagipun, Shaz adalah seseorang yang pakar dalam menembak. Lagi-lagi Charter Arm AR-7. Benda tu memang mainan dia.

"Aku dah suruh Zack hire beberapa orang bodyguard untuk kau dengan Dayana. Stay out from this case. Dayana mengandung." kata Izmer. Afieq menoleh ke arah Izmer. Dia berdecit.

"Rasya? Kau pun sepatutnya stay out daripada kes ni." sindir Afieq. Izmer mengeluh kasar.

"Aku hacker, Fieq. Kerja aku depan komputer. Bukan macam kau, Zack dengan Zaf. Risiko untuk aku kena attack rendah." kata Izmer. Afieq merengus.

"Ni antara aku dengan Shaz."

"Jangan jadi bodoh! Kau nak anak yang lahir tu nanti tak ada bapak?!" tengking Izmer. Dia kenal ayat tu.

"Satu lawan satu. Apa masalahnya?" tanya Afieq sinis.

"Jangan berani kau masuk campur dalam kes ni."

    Terus sahaja Izmer bangun dan berlalu meninggalkan Afieq. Afieq tersenyum sinis.

"You know me, Izmer. Afieq Daniel. Aku takkan senang-senang nak angkat kaki."

"Wait and see."

Tbc...

Aiyokk.. Shaz dh mareyy.

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now