Bab 6

201 17 4
                                    

    Afieq hanya memandang ke arah Puan Aira yang sedang sibuk berbual dengan rakan-rakannya. Dia menguap beberapa kali sebelum kepala dilentok ke atas meja restoran.

"Tu anak kau?" Tanya salah seorang daripada kawan Puan Aira. Dia mengangguk.

"Kacak. Tinggi. Full package betul." Puji lagi seorang kawan Puan Aira. Puan, Aira tergelak kecil melihat wajah cemberut Afieq.

"Dah berpunya ke?" Tanya makcik yang berbadan gempal. Afieq menggaru kepala sebelum mengangguk perlahan. Bohong sunat tak apa.

"Baru nak jadikan menantu aunty." Kata makcik itu. Afieq tersengih kekok.

"Mummy, lunch hour dah habis. Afieq masuk kerja dulu." Pamit Afieq. Duduk sini berejam mahu pengsan.

"Baiklah. Hati-hati, sayang," ujar Puan Aira. Afieq mengangguk dan terus berlalu pergi.

"Ha... Boleh gila aku kat situ." Keluh Afieq. Dia mengetap bibir. Habis basah baju kemeja biru lembutnya sebab rasa tak selesa.

     Kakinya diatur perlahan sebelum...

"Itu bukan ke? Umaira?" Getus Afieq. Gadis yang bernama Umaira tadi berjalan masuk ke arah sebuah kedai serbaneka.

"Argh! Waktu aku busy kau nak muncul!" Kata Afieq geram. Dia berjalan ke arah keretanya. Mukanya merah menahan marah.

***

    Afieq terbuntang.

"Kau bukan ke pekerja Toyrus?" Teka Afieq. Gadis di hadapannya tersengih.

"Ni nak apa?" Tanya Afieq. Err, mestilah nak check up kan. Takkan nak berzumba pulak.

"Ah, sejak dua hari yang lepas demam saya tak elok." Jawab gadis itu perlahan.

"Cik Dayana, kalau dah demam terus jumpa doktor. Jangan tunggu dua tiga hari baru nak berjumpa." Bebel Afieq. Dayana hanya menggaru kepalanya

"Dekat sikit. Saya nak check suhu awak." Terus sahaja tangan Dayana ditarik mendekatinya. Tersentak Dayana dibuatnya.

     Alat untuk memeriksa suhu badan diambil sebelum didekatkan ke dahi Dayana. Dayana hanya mampu berdiam.

"Buka mulut. Saya nak check tekak." Ujar Afieq lagi. Dayana membuka mulutnya.

    Wajah Afieq yang semakin dekat membuatkan dia menutup mata. Tak mampu nak pandang mata menggoda Afieq tu lama-lama. Silap hari bulan, boleh cair.

"Ah, demam awak ni tinggi jugak. Tekak okay jer. Tak payah risau.. Nanti amik ubat." Kata Afieq. Dia mencatat sesuatu di atas kertas.

     Dayana masih tidak bergerak.

"Kenapa tak keluar lagi? Hm?" Tanya Afieq. Dia mendagu sebelum mendekatkan mukanya pada Dayana. Matanya dikenyitkan.

"Aaa... Er... Aaa..." Tergagap Dayana. Dibuatnya.

"Sa.. Saya keluar dulu. Thanks, doktor." Kata Dayana sebelum berlalu keluar. Gila punya doktor!

     Afieq tergelak kecil sebelum menggeleng perlahan. Laporan kesihatan Dayana diletak ke tepi sebelum seorang jururawat mengambilnya.

"Haih..." Keluh Afieq. Dia memejamkan mata.

    Pelipisnya diurut perlahan sebelum mindanya melayang memikirkan Umaira. Gadis yang dia cari selama ini.

Tbc..

Halaaaa... Pndeknya😌

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now