Bab 14

166 13 0
                                    

    Afieq memandang geram wajah di hadapannya.

"Kau tau tak apa salah kau?" Tanya Afieq.

    Iriz terkebil-kebil sebelum mengukir senyuman tidak bersalah.

"Tak ada."

"Wah, mudahnya kau cakap...." Tutur Afieq. Dia mula bercekak pinggang. Pipi Iriz dicubit.

"Sakitlah!"

"Bawak binatang berbulu ni keluar!!!" Jerit Afieq. Iriz menepuk tangan Afieq yang sedang mencubit kuat pipinya.

"Tak nak!" Terus sahaja tangan milik Afieq dicubit kuat.

"Iriz!"

"Tolonglah jaga... Anak-anak aku demam. Haykal pun sama. Tak boleh lah aku biarkan Cotton kat rumah aku." Ujar Iriz setelah Afieq melepaskan pipinya.

"Apa kena mengena dengan aku? Kau boleh jer suruh Izmer yang jaga. Ha, takpun Zaf." Kata Afieq. Terselit nada bengang.

"Izmer? Zaf? Baik aku hantar kat kau jer. Bolehlah, Afieq. Ala, kucing jer. Bukannya harimau pun. Tak payah lah takut sangat." Iriz memaut lengan Afieq. Matanya dibulatkan.

    Afieq hanya mampu menggulingkan biji mata.

"Aku tak takut kucing, okay? Aku cuma alergic." Nafi Afieq.

"Are you sure?" Tanya Iriz. Tubuh kucing berbaka parsi itu diangkat dan diberi kepada Afieq.

"Iriz! Jauh!!!! Woi!!"

"HAHAHAHAHAH.... AFIEQ TAKUT KUCING!!!!!"

    Afieq hanya mampu memandang Iriz dengan pandangan geram.

"Cotton, dua hari ni cotton duduk dengan Papa Afieq tau. Mummy, tak boleh jaga Cotton. Family mummy demam. Mummy tak nak Cotton demam. Stay dengan Papa Afieq tau. Sayang Cotton!"

    Afieq membuat pandangan menyampah. Kucing yang bernama Cotton tadi dipandang geram.

"So, ini rules untuk jaga Cotton." Iriz menyerahkan sehelai kertas.

"What?! Kenapa pulak aku kena dodoikan dia?!" Tanya Afieq. Terkejut siamang dibuatnya.

"Cotton ni manja sikit. Eh, aku balik dulu. Takut Haykal cari. Bye!!" Terus sahaja Iriz berlari ke arah keretanya. Afieq memandang geram.

"Meow...." Cotton mula menggesel di kaki Afieq.

"Oh, god!"

***

    Afieq meletakkan beberapa keping biskut ke atas pinggan.

"Ah, Umaira cuti pulak."

"Meow.."

"Aish! Nak apa?!" Tanya Afieq geram. Kaki yang terjuntai ditarik ke atas seperti ternampak lipas.

Ew, Afieq. Kucing pn tkut~Shin

"Kau lapar ke? Kucing makan apa? Sayur? Eh, kau doktor, kan?! Kucing karnivor lah! Eh, ye ke?" Afieq mula memberikan spekulasi tidak bermoral.

"Kau nak makan apa?" Tanya Afieq. Cotton hanya memandang Afieq.

    Agaknya kalau lah si Cotton tu boleh bercakap, memang dikatanya Afieq dungu.

"Sekejap. Aku telefon mummy kau." Terus sahaja telefon miliknya dicapai. Masalah betul.

"Ha? Okay-okay."

    Telefon diletak ke atas meja. Jarinya diketuk berkali-kali.

"Hari ni kau makan ikan rebus jer tau," ujar Afieq.

    Dia mengambil periuk di dalam kabin lalu periuk tersebut diletakkan ke atas dapur gas. Satu jag air dituang ke dalam periuk. Seekor ikan tanpa disiang dicampak masuk ke dalam periuk sebelum dia mula memetik api.

    Nampaknya, Iriz tak payah hantar lagi si Cotton ni pergi rumah Afieq. Takut kucing dia sakit perut pulak kalau dah gitu gayanya dia masak.

"Meow.." Cotton mengiau lagi. Agaknya dia pun dah tak selera pandang cara Afieq memasak.

    Afieq mencapai telefonnya. Dia mula menghalakan telefon ke arah periuk yang berisi ikan rebus. Ew.

***

"Ya Allah! Encik Afieq!!!" Jeritan Umaira mula bergema.

"Apa?" Tanya Afieq malas.

"Bukan macam tu cara nak mandikan kucing. Lemas nanti!" Terus sahaja tubuh Cotton yang berada di dalam baldi ditarik keluar. Nasib sahaja Umaira kat situ. Kalau tak, terapung dah si Cotton tu dalam kolam renang.

    Aih, Afieq. Kau nak ganti kebodohan Zaf ke?

"Mana aku tau. Kau pergilah mandikan dia." Terus sahaja Afieq bangun dan berlalu masuk ke dalam.

"Kesiannya awak." Tubuh Cotton diusap perlahan.

"Lepas dah mandikan kucing, mandikan aku--- Tak! Maksud aku lepas mandikan kucing, masak!" Jeritan Afieq bergema. Umaira tersengih kecil. Ada-ada jer.

"Jom, saya mandikan awak." Tubuh Cotton diletakkan ke dalam sangkar.

    Dia mula menghalakan getah paip ke arah sangkar Cotton. Tubuh Cotton disiram menggunakan air tersebut. Itu untuk memastikan Cotton biasa dengan keadaan seperti itu sebelum sesi mandi bermula.

    Seusai memandikan Cotton, Umaira menjemur Cotton di bawah matahari.

"Umaira, masakkan aku pasta." Arah Afieq. Amboi?

"Baik."

"Ahhhh!!!!!!!"

"Kenapa, Encik Afieq?!" Tanya Umaira. Panik.

"Basah dah sofa aku! Tak guna kau, Kapas!!!" Terus sahaja tubuh Cotton dikejar.

"Encik Afieq!!!!"

Tbc...

Zaf, bagi peluang utk Afieq jdi bodoh jap tau. Dia tringin.

Enjoyy🎶

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now