Bab 30

197 9 0
                                    

    Rengekan bayi yang misteri menarik perhatian penghuni dalam rumah usang itu.

"Siapa pulak beranak depan rumah aku?" ujar wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an itu.

"Uwekkk!!"

    Tangisan tadi menjadi semakin kuat. Terus sahaja wanita tadi bangkit dari duduknya dan berlalu ke arah pintunya.

    Hampir jatuh rahang wanita itu tatkala terlihat sekujur tubuh kecil sedang meraung di dalam sebuah kotak yang sederhana besar.

"Astaghfirullahalazim." mengucap wanita tua itu.

    Kakinya diatur menuju ke halaman rumahnya. Tubuh bayi itu didukung. Ajaibnya, tangisan bayi tadi sudah tidak kedengaran. Hanya tinggal sedu-sedannya sahaja.

"Siapa yang tergamak buat macam ni?" getusnya. Tubuh bayi tadi ditepuk perlahan. Kotak tadi dijenguk.

    Ada sijil kelahiran, lampin pakai buang, botol susu dan satu tin susu serta beberapa helai baju bayi.

"Shh, nenek jaga awak, ya." ujar wanita itu lembut. Bayi itu dibawa masuk ke dalam rumahnya. Sekurang-kurangnya, kehadiran anak kecil ini dapat mengurangkan rasa rindunya pada cucu dan anak-anak nya.

***

    Wanita itu menggomol geram pipi tembam kemerahan milik bayi di dalam dakapannya.

"Afieq Daniel, haus ke?" tanya wanita tua itu. Bayi tadi terus menjerit nyaring.

"Sayang, cucu nenek. Sini, minum susu."

    Terus sahaja botol susu didekatkan ke bibir merah jambu milik bayi tadi.

***

    Kakinya melangkah malas ke arah rumah usang di hujung kampung. Bakul ditangannya dipandang. Haih. Tak habis lagi nasi lemak neneknya.

    Namun, kepalanya diangkat secara refleks tatkala terdengar suara riuh di hujung kampung. Dari jauh, kelihatan asap hitam berkepul-kepul di udara. Bakul tadi terjatuh.

"Nenek!!!!!" jeritnya selantang mungkin. Kaki dihayun selaju Usain Bolt ke arah rumah usang itu.

"Nenek!!" jeritnya lagi. Hati hancur tatkala retina matanya menangkap keadaan rumah tersebut.

"Mak Esah terperangkap dekat dalam!" jerit seseorang. Afieq cuba kembali ke realiti. Kakinya diatur berdekatan dengan tangga rumah.

"Ya Allah, bang! Cucu Mak Esah, bang!" jerit jirannya. Afieq hanya mengabaikan suara itu dan terus berjalan.

    Dari tapak tangga, kelihatan sekujur tubuh hangus dijilat api.

"Nenek!!!"

"Nek!!"

"Awak?" tegur Dayana. Bahu Afueq diusap perlahan.

"Awak, okay?" tanya Dayana. Afieq yang baru tersedar dari mimpi buruknya memandang Dayana sebelum kepalanya dilentokkan ke bahu isterinya yang tidak sampai 24 jam itu.

"Aku takut..." rengeknya. Perlahan-lahan Dayana membelai lembut rambut suaminya. Cuba menenangkan Afieq yang masih lagi meracau.

"Saya ada" pujuk Dayana. Afieq menghembus nafasnya kasar. Kepalanya diangkat. Dia bangkit dari katil.

"Aku nak mandi." ujar Afieq sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air. Dayana menggeleng perlahan.

    Terkejut juga dia tadi tatkala Afieq menjerit dalam tidurnya.

"Banyak lagi yang saya perlu belajar tentang awak, Afieq Daniel." ujar Dayana seorang diri.

     Dia sedar. Lepas sahaja acara pembatalan air sembahyang, Afieq kelihatan lain. Dia kelihatan agak keliru. Tiba-tiba sahaja Dayana memegang dadanya. Terasa sesak tatkala mengenangkan hal yang satu itu.

"Dia belum lupakan Umaira, kan?"

    Dayana mengetap bibir. Jadi, apa makna perkahwinan ini kalau Afieq masih cintakan Umaira. Siapa dia pada Afieq? Takkanlah sekadar isteri di atas kertas?

    Bunyi air daripada shower yang jatuh menyembah lantai marmar di bilik air menganggu fikirannya. Bukan kerana air itu. Tetapi, manusia yang berada di bawah pancuran itu.

"Ya Allah, kau kuatkan lah aku. Kau berikanlah suamiku kekuatan. Kau jadikanlah dia sebagai kekuatan aku, Ya Allah. Aamiin."

    Tubir mata yang panas dibiarkan sebelum selendang putih yang membalut kepalanya dibuka.

    Afieq perlukan masa. Dia perlukan masa untuk lupakan Umaira dan aku kena faham itu. Getus hatinya.

Tbc..

Yokkk... Afieq...

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now