Bab 32

194 11 3
                                    

    Afieq pandang Dayana yang sibuk mengeringkan rambutnya menggunakan hair dryer.

"Why your face look so red?" tanyw Afieq dalam keadaan mamai. Dayana diam. Nak je dia tumbuk-tumbuk Afieq tu bagi lunyai. Boleh pulak tanya kenapa.

    Dia bukan mahu flashback atau apa. Waktu subuh tadi, Dayana awal-awal sudah berendam dalam air untuk mandi. Tiba-tiba sahaja keadaan jadi huru-hara sebab Afieq yang hanya membuka pintu bilik air dengan selamba. Apa lagi, memekik lah Dayana dibuatnya. Jadi, untuk tidak memalukan diri, selepas solat subuh berjemaah, Afieq sambung tidur balik. Dan sekarang, dia tanya kembali apa yang membuatkan Dayana blushing.

"Awalnya siap. Nak pergi mana?" tanya Afieq. Dia menggaru kepalanya. Banyak kutu kot.

"Tak ada pergi mana-mana. Kan memang dituntut dalam agama supaya seorang isteri memang kena berhias untuk suami." balas Dayana lancar.

"Ha, baguslah berhias. Aku terkam kau macam malam tadi, padan muka." sindir Afieq. Dayana terkedu.

    Ya Allah, sejak kahwin ni perangai Afieq tak ubah seperi ulat beluncas yang mahukan perhatian. Menggatal, menggedik dan merimaskan!

"Aku nak mandi." kata Afieq. Dayana mengangguk. Setelah memastikan Afieq betul-betul berada di dalam bilik air, Dayana tarik tali bath robe nya sebelum bersegera memakai baju. Tak nak lah dia kejadian pagi subuh berulang kembali.

    Usai menyiapkan diri, dia berlalu ke dapur. Wah, baru dia tahu. Afieq memang bersiap lambat. Macam perempuan!

    Disebabkan Afieq belum berkesempatan untuk membeli barang dapur, Dayana hanya mencapai beberapa keping roti sebelum roti tersebut dibakar menggunkan pembakar roti.

    Selesai sahaja dia menyapukan mentega kacang pada roti, dia terus berlalu ke arah air panas di dalam cerek elektrik.

    Satu jag air teh yang sudah dibancuh diletakkan ke atas meja makan.

"Aduh, rimas betullah aku dengan rambut ni!"

    Dari kejauhan, terdengar suara Afieq yang sedang memaki hamun rambutnya sendiri.

"Sayang.." rengek Afieq. Dayana terbuntang. Sayang?! Kidding me?!

"Tolonglah betulkan rambut. Rimas betul aku." rengeknya lagi. Dayana tahan senyum sebelum tangannya dibawa ke rambut lembap Afieq.

    Lincah jari jemari runcing itu membetulkan rambut Afieq.

"Nanti petang kita keluar. Pergi supermarket. Beli barang dapur." ujar Afieq. Sekeping roti dicapai. Laju sahaja roti tadi ditelan. Macam vakum dah. Lapar sangat tu.

"Aku tahu benda ni klishe. Tapi, sedap roti yang kau buat ni." puji Afieq. Dayana tergelak kecil.

"Kenapa? Kan roti je tuh. Mentega tu pulak, mentega yang awak selalu makanlah." kata Dayana. Afieq mencebik.

"Serius, sedap!"

"Apa-apalah." ujar Dayana. Dia melabuhkan punggung di sebelah Afieq. Teh dituangkan ke cawan milik Afieq sebelum suaminya itu menghirup gelojoh.

"Sayang, breakfast dah. I want more 'breakfast'." kata Afieq dengan nada gatal. Dayana menjeling tajam.

"Just eat that bread, Dark." ujar Dayana. Roti tadi dikunyah perlahan.

"No!"

    Terus sahaja tubuh Dayana dirangkul erat. Dayana yang sedang mengunyah roti terhenti kunyahannya. Mengadanya bayi besar ni.

    Aku harap kau, Umaira. Getus hati Afieq. Ya, dia tamak. Dia pentingkan diri sendiri. Dia tidak mahu Dayana berada dalam dakapannya. Tapi, Umaira. Gadis pujaan hatinya.

    Kepalanya disembam ke bahu Dayana. Dia rasa berdosa. Tapi, dia tidak tahu. Hatinya sudah lama melupakan Umaira. Cuma, mindanya sahaja yang masih tercari belaian Umaira.

"I love you, Dark's Queen." kata Afieq. Ikhlas. Bukan kerana rasa bersalah.

    Ya, dia lupa. Dia lupa yang dia terlalu mencintai Dayana sehingga sanggup mengorbankan nyawanya demi wanita yang berada di dalam dakapannya itu. Tapi, Afieq buta. Dia tidak nampak Dayana. Apa yang dia tahu, dia terlalu sayangkan Umaira.

Tbc...

Auch! Amacam? Jgn slhkan Afieq. Dia keliru guys. Mcm author.

I keep write my cousin name instead of Afieq bcs nme dorang hmpir sme. Buang 'q' and yeah... That's it..

And setop bina kapal ye, katak. Setop.

So, this is extra chp.. Sbb smlm author tdo awl😂 trlupa everything. Dgn MAMA pn author bantai lupa.

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now