Bab 10

210 14 1
                                    

    Afieq hanya memandang kosong ke arah gambar di hadapannya. Sebilah pisau dikeluarkan.

"Aku tak tahu apa yang aku buat. Tapi, aku yakin." Terus sahaja gambar tersebut ditoreh. Afieq tersenyum sinis.

"Nur Umaira. Kau akan mati dalam tangan aku tak lama lagi." Ujar Afieq. Kakinya melangkah keluar daripada bilik tersebut. Pintu bilik dikunci dan di mula berjalan ke arah biliknya.

    Satu persatu langkah dibawa ke arah biliknya. Fikirannya kosong.

***

    Uwais berdehem kecil. Wajah gadis di hadapannya dipandang kekok.

"Maira terima tawaran tu?" Tanya Uwais. Umaira mengangguk perlahan. Rambut yang terjuntai diselit ke belakang telinga.

"Takkanlah Umaira nak selama-lamanya bergantung harap pada abang Uwais. Lagipun, kita tak ada apa-apa hubungan. Apa pulak orang cakap nanti." Ujar Umaira. Laici ais dihadapannya disisip sedikit.

"Tapi, Maira kenal tak bakal majikan Maira?" Tanya Uwais. Entah kenapa dia pula yang gelabah.

"Ah, ibu dia ada tunjuk gambar. Abang jangan risau. Maira takkan tinggal sebumbung dengan dia. Ibu majikan Maira akan sediakan satu rumah untuk Maira." Kata Umaira. Uwais mengangguk dan meneguk perlahan teh tarik di hadapannya.

"Maira yakin Maira tak apa-apa?" Tanya Uwais. Umaira mengangguk perlahan.

"Jaga diri. Jangan buat abang dengan Aira risau. Apa-apa hal call abang." Kata Uwais. Senyuman manis terukir di bibir nipisnya.

"Ba.. Baiklah."

    Terus sahaja Umaira membuang pandangan ke luar restoran. Entah kenapa dia rasa kekok tiap kali berbual dengan Uwais. Dia dah cuba buang perasaan aneh tersebut. Tapi, hasilnya masih sama.

***

    Bebelan Puan Aira di hadapannya hanya seperti angin lalu.

"Afieq, dengar tak ni?" Tanya Puan Aira. Afieq yang leka bermain dengan telefon pintarnya memandang ke arah Puan Aira dan tersenyum.

"Yes my queen?" Afieq menongkat dagunya. Puan Aira menggulingkan biji mata. Menyampah pula dengan perangai Afieq ni.

"Esok kita akan jumpa maid tu." Kata Puan Aira. Ringkas dan padat.

"Kenapa pulak?" Tanya Afieq.

"Habistu, takkan kamu tak nak kenal-kenal dengan maid kamu tu dulu?" Tanya Puan Aira.

"Mummy, kita cari maid. Bukan cari jodoh untuk Afieq," ujar Afieq. Bibirnya memuncung.

"Okay apa kalau jodoh." Usik Puan Aira.

"Mummy...." Rengek Afieq. Lengan Puan Aira digoncang perlahan. Bibirnya memuncung.

    Tergelak Puan Aira.

"Kamu tu dah tua, Afieq Danniel." Sindir Puan Aira.

"Mana ada! Afieq muda lagilah. Handsome, hot, full packaged. Ha, ramai tau beratur nakkan Afieq. Cuma Afieq tolak." Kata Afieq. Bangga. Riak. Takbur. Syirik--- ok... Dah.

"Memilih sangat! Jangan sampai dah jadi bujang tua baru nak mencari." Sindir Puan Aira.

"Afieq busy."

"Ada je benda nak menjawab. Mummy cepuk nanti!" Kata Puan Aira geram. Afieq mencebik sebelum berdehem.

"Mummy, agaknya perempuan suka tak lelaki yang beku?" Tanya Afieq. Puan Aira menjongketkan sebelah keningnya.

"Kenapa tanya?" Tanya Puan Aira semula.

"Jawab lah..." rengek Afieq.

"Okay, mungkin. Kejap. Afieq tanya ni kenapa?" Tanya Puan Aira. Musykil dengan perangai anaknya yang seorang ni.

"Tak adalah. Mummy pun tau. Waktu kat sekolah dulu, Afieq kan jenis yang beku semacam. Sebab tu tak ramai nak kawan dengan Afieq," ujarnya.

"Sekarang ni, kawan ramai cuma--"

"Adakah ini satu mimpi? Afieq nak berikan mummy menantu ke?" Tanya Puan Aira dengan sungguh dramatis.

"Err?"

"Tak kisah lah, sayang. Kalau orang dah sayang. Perwatakan macam orang utan pun dia tak kisah. Afieq tak payah lah fikir tanggapan orang terhadap Afieq. Afieq cuma kena fikir pasal diri Afieq. Be yourself." Kata Puan Aira. Bahu anaknya ditepuk perlahan sebelum dia bangkit dari duduknya.

"Mummy nak pilih cheesecake dekat situ jap.Duduk sini." Arah Puan Aira.

"Baik..."

    Afieq memandang ke luar cafe. Matanya terpaku ke arah suatu tempat.

"Minah kedai mainan?"

"Mummy, Afieq nak pergi toilet jap!" Jerit Afieq. Beberapa orang pelanggan terkejut dek jeritan Afieq.

Tbc...
   

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now