Bab 36

196 10 0
                                    

    Iriz mengetuk meja kayu itu dengan hujung jarinya yang runcing. Pandangannya tajam menikam anak mata milik Afieq. Pandangannya beralih kepada Dayana yang sedang menghidangkan makanan di atas meja.

"Sayang, jangan lah pandang dia macam tu. Tak elok. Depan rezeki ni." tegur Haykal. Iriz menjeling suaminya.

"Iriz. Haykal. Makanlah. Maaf, lauk biasa je ni." pelawa Dayana. Haykal tersenyum manis sebelum mengangguk.

"Ha, miang!"

"Mana ada!"

"Kenapa kau datang rumah aku?" tanya Afieq. Dayana mengambil tempat di sebelah Afieq.

"Saja. Tak sangka pulak aku datang salah time. Bila kau nak berubah ha?" tanya Iriz. Afieq berdecit.

"Kita makan dulu, ya?" celah Dayana. Nasi dicedokkan ke pinggan.

"Aku nak bincang dengan kau lepas makan nanti." kata Iriz tegas. Jarinya ditudingkan ke arah Afieq.

***

    Pinggan yang baru sahaja dibasuh diletakkan ke rak pinggan.

"Kau okay?" tanya Iriz. .

"Ma.. Maksud Iriz?" tanya Dayana.

"Aku tahu, si beruk tu mesti sibuk dengan perempuan tak guna tu, kan?" tanya Iriz. Dia tersenyum sinis. Walaupun dia tak nampak wajah Dayana di sebalik niqab, dia tahu gadis itu sedang menayangkan riak wajah yang risau.

"Kau kena tegas. Kalau nak ikut je kepala dia, memang tak keamana lah jawabnya." kata Iriz selamba. Kukunya dibelek. Menanti reaksi Dayana.

"Tapi, dia terlalu cintakan Umaira."

"Heh? Cinta. Dia tak sedar ke yang kau sebenarnya cinta pertama dia?"

"Dengar sini, Dayana. Kau kena fight. Buat sampai si Afieq tu hanya pandang dan cinta kau sorang je. Faham, tak?" sambung Iriz.

"Macam mana?" tanya Dayana. Tangannya dilap menggunakan kain kering di sebelahnya.

"Should I say, goda dia?"

"Hah?!"

"Eish, kau ni. Kalut sungguh! Aku gurau je lah. Tarik lah perhatian dia. Aku tak tahu macam mana, but I know you can." kata Iriz. Dia tersenyum sinis.

"Aku cau dulu."

    Dayana hanya memandang sepi Iriz yang berlalu keluar dari dapur. Macam mana pulak tu? Goda? Ya Allah.

***

"Kau cakap apa dengan dia?" tanya Afieq.

"Heh? Sibuk nak tahu kenapa?" tanya Iriz kembali. Soalan dibalas soalan. 10 markah untuk Iriz Alexa.

"Afieq, lupakanlah perempuan tu." kata Iriz. Afieq jungkit kening.

"Aku sayangkan dia."

"Dayana tu apa, bodoh? Tolonglah. Nak buat apa-apa fikir dulu! Dayana tu isteri kau!" tengking Iriz.

"Jadi, kau tahulah?"

"Ni Iriz. Apa je yang aku tak tahu? Sumpah aku cakap! Kalau kau jamin perempuan tu keluar penjara, kau yang mati dekat tabgan aku nanti!" Iriz bangun dari duduknya. Matanya tajam memandang kolam yang membiru di hadapannya.

"Kau tak boleh ubah rasa hati aku."

"Afieq, kau gila. Kau ada isteri yang sebaik Dayana. Kenapa kau kena perlukan perempuan tu lagi?!" tengking Iriz.

"Keluar daripada rumah aku."

"Aku akan selalu perhatikan kau, Afieq." kata Iriz tegas. Dia berlalu masuk ke dalam rumah.

"Kau rasa aku suka ke buat macam ni?" getus Afieq seorang diri. Dia memandang lama kolam renang di hadapannya.

    Bayangan Umaira yang sedang memandikan Cotton terbayang di mindanya.  Senyuman nipis diukir.

    Afieq, kau memang gila bayang.

Tbc...

Author x bleh tnggu smpai last chp. Sbb author byk stuck kt chp akhir. .

My Mr. Afieq (✔️)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora