Bab 42

186 8 0
                                    

    Afieq menyerahkan beberapa gulung kain kasa kepada Zafwan yang sedang terbaring lemah di atas lantai simen itu. Gaduh teruk mana pun, dia tak bodoh lagi nak abaikan kawan dia yang dah kena tembak tu.

"Thanks." ujar Zafwan. Dia mengambil huluran Afieq tadi sebelum terpinga-pinga. Macam mana aku nak balut ni? Getus hatinya.

"Jadi ke esok?" tanya Izmer. Tangannya lincah merawat lengam Zackwan.

"Jadi. Selagi mamat tu terlepas, aku rasa tak tenang. Bila-bila je dia boleh buat 'suprise'." ujar Afieq. First aid kit ditarik ke arahnya.

"Kau nak aku bawak pergi hospital tak?" tanya Afieq. Zafwan menggeleng.

"Sini je lah."

    Izmer memandang ke sekelilingnya. Sekarang mereka berempat berada di tempat persembunyian mereka. Tempat yang menyimpan semua kenangan mereka dari zaman sekolah dulu.

    Bunyi tembakan tidak sedikit pun mengganggu lena si Afieq Daniel. Dia tetap lena dibuai mimpi.

"Izmer, cuba lock bahu aku. Ketatkan pegangan tangan kau. Fokus jangan hilang. Jangan target seratus peratus. Cukup sembilan puluh sembilan peratus. Takut kalau kau terlalu fokus dengan target kau, kau lupa nak fokus dengan pegangan tangan kau. Takut target pistol lari." terang Zackwan. Izmer mengangguk. Papan target di hadapannya ditenung sedalam mungkin.

    Zafwan yang sedari tadi hanya memerhati mengalihkan pandangan ke arah Afieq yang sedang lena dibuai mimpi. Bagaikan ada dua buah tanduk di atas kepalanya, dia mengambil keropok udang Rota yang berada di meja. Plastik tersebut dibuka. Dua batang keropok diambil sebelum dia mendekati Afieq yang sedang terlena di atas meja pingpong. Setelah memastikan Zackwan dan Izmer tidak sedar dengan kelakuannya, dua batang keropok udang tadi dimasukkan ke lubang hidung milik Afieq.

    Manakala di sudut lain, Izmer sudah bersiap sedia untuk menembak. Sebelum....

Auchummmm!!!!

Bang!

    Terpinga seketika Izmer dibuatnya tatkala tembakannya tersasar dan terkena pada dinding. Dia memandang ke arah Zafwan yang sedang tergelak-gelak. Penumbuknya digenggam kuat.

"Woi! Sakit lah hidung aku!" tengking Afieq. Hidungnya disentuh. Perit jugak bersin kuat sangat tadi. Rasa nak tercabut hidung.

"Zafwan!!!" jerit Izmer. Belum sempat Afieq mengejar Zafwan, Izmer terlebih dahulu mengejar Zafwan. Zackwan sedari tadi hanya terpinga-pinga. Tidak dapat menghadam adengan pelik tadi.

    Izmer tersenyum sendiri. Momen yang dia sangat rindu. Kini, semuanya sibuk. Kalau berjumpa pun tidak seperti dulu. Bergurau sana-sini. Berlari-lari seperti manusia tiada pedoman pun ada. Tapi, itulah yang mereka suka.

"Izmer, pistol apa je yang kau simpan dekat sini?" tanya Afieq.

"Pistol banyak." jawab Izmer. Pintu kayu di sebelahnya dibuka. Bagaikan almari baju yang penuh dengan baju, tapi ini bukan baju. Penuh dengan pistol.

    Daripada Charter Arms Ar-7 ke Beretta M9. Riffle pula M-14. Afieq memandang ke arah 'syurga' senjata itu. Cantik. Pelbagai warna. Terdapat pelbagai ukiran pada pistol itu. Kebanyakkannya nama Zackwan.

"Kau yakin tak nak lawan dia pakai riffle? Kalau nak, aku boleh telefon supplier. Dia orang okay je." ujar Zackwan. Dia memandang wajah Afieq yang tergamam dengan almari yang dipenuhi pistol tadi.

"This is enough. Cuma, aku nak bullet cukup and yup. Jangan lupa pasal bulletproof vest." ujar Afieq. Terselit juga sindiran untuk Zafwan.

    Ni Afieq Daniel. Sebab apa dia berkeras nak ikut? Sebab dia tahu ini yang akan terjadi. Otak Zafwan bukan boleh pakai. Benda-benda safety yang selalunya dia lupa.

"Ergh!"

    Mereka semua memandang Zafwan yang sedang mengerang di atas meja pingpong tersebut. Wajahnya berkerut.

"Woi, kau okay tak ni?!" tanya Zackwan. Wajahnya bertukar risau.

"Sial. Aku rasa dia ada letak something dalam bullet tu." carut Zafwan. Dia menekan-nekan perutnya.

"Racun maksud kau?" tanya Izmer. Wajah Zafwan memucat. Urat-urat di lehernya mula menimbul.

    Dari kerutan muka Zafwan jelas menunjukkan lelaki itu diserang kesakitan yang teramat. Nafas Zackwan pula semakin laju. Peluh sejuk merenik di dahinya. Zafwan yang sememangnya mempunyai kulit wajah yang agak putih pucat kini semakin pucat dan bertukar kebiru-biruan.

"Afieq, bullet tu dah keluar belum?" tanya Izmer. Afieq mengangguk. Bekas yang menempatkan bullet tadi diserahkan pada Izmer. Pantas sahaja lelaki tadi mengambil bekas tersebut dan dibawa ke meja kerjanya.

"Zaf, kau kena pergi hospital ni." ujar Zackwan. Dia risau. Wajah Zafwan semakin membiru.

"Afieq, buat sesuatu!" jerit Zackwan.

    Afieq menghela nafas panjang sebelum sebuah picagari dikeluarkan dari first aid kit nya. Sehelai kain buruk diambil dan diikat pada lengan Zafwan yang masih kelihatan normal. Kain tadi diikat kuat. Picagari diambil sebelum dicucuk ke dalam salur darah Zafwan. Picagari tadi dikeluarkan semula sebelum banyak darah yang mengalir keluar dari tubuh Zafwan. Darah yang diracuni.

"Zack, call ambulance." arah Afieq.

    Dia tak tahu cara ini mampu melemahkan pergerakan racun itu sampai ke otak atau tidak, tapi dia kena cuba. Dua biji pil tahan sakit diberi kepada Zafwan. Dengan sukar Zafwan menelan pil tersebut.

"Ambulance datang lagi 5 minit." ujar Zackwan. Izmer pula masih fokus dengan peluru tadi.

"Macam mana kalau polis soal siasat pasal benda ni?" tanya Zackwan.

"Pandai-pandai aku suruh doktor tu tutup mulut." ujar Afieq.

    Tidak sampai dua minit, tubuh Zafwan kaku.

"Afieq, dalam bullet tu ada racun!" jerit Izmer. Dia dah agak. Wajah Zafwan yang membiru dipandang risau.

    Bertahanlah, sahabat. Aku tahu kau terseksa dan aku tak nak kau mati dalam keadaan kau diracuni macam ni. Getus hati Afieq.

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now