Bab 45

221 8 1
                                    

"Kau buang aku, kau letak aku kat rumah entah siapa, lepastu kau nak claim aku sebagai anak kandung kau? Dalam mimpi lah." ujar Afieq. Dayana menggosok belakang tubuh Afieq.

    Wajah dua figura separuh abad itu seolah-olah terkesan dengan kata-kata Afieq.

"Pergilah balik."

"Afieq, mama rindu Afieq tau. Rindu sangat." ujar wanita separuh abad itu. Dia cuba meraih tangan Afieq sebelum ditepis kuat. Hampir terjatuh wanita itu, namun sempat disambut oleh suaminya.

"Rindu aku? Kau dah gila ke? Dah berpuluh-puluh tahun kau buang aku, kau cakap kau rindu aku? Kau orang ni manusia jenis apa ha?" kali ini semakin sinis senyuman di wajah Afieq.

    Dayana membungkam. Dia menggeleng perlahan. Ya Allah, kau berikanlah suami aku kesabaran. Getus hati Dayana.

    Puan Aira dan Iriz yang sedari tadi hanya memerhatikan situasi tegang di hadapan mereka.

"Afieq Daniel bin Muhammad Aris! Sanggup kau buat macam tu dekat mama kau sendiri! Mana rasa hormat kau?! Kalau kau tak hormat dia sebagai seorang ibu, hormat dia sebagai orang yang lagi tua daripada kau!" tengking Encik Aris. Tubuh isterinya didakap erat.

    Dayana sebak melihat air mata yang mengalir ke pipi wanita tua itu.

"Afieq, cuba kawal perasaan marah kau." tegur Iriz. Afieq mendengus.

"Aku buang kau bersebab!"

"Sebab apa?! Sebab aku anak luar nikah?!" tengking Afieq.

Ppang!!

"Kalau kau anak luar nikah, nama kau takkan ber bin kan nama aku! Aku buang kau sebab aku susah waktu tu. Bil hospital mama kau pun aku tak mampu bayar. Ini lagi barang keperluan kau." ujar Encik Aris dia mengeluh.

    Rambut isterinya yang dibasahi dengan peluh dibelai perlahan. Kelopak mata isterinya turut dikucup mahu menghilangkan kesan air mata yang mengalir tatkala melahirkan zuriat pertama mereka.

"Anak kita lelaki, bang." ujar si isteri atau nama sebenarnya Tengku Mariyah.

"Abang azankan, ya." ujarnya. Bayi yang digendong oleh doktor diambil sebelum di bawa ke satu sudut.

    Laungan azan yang merdu kedengaran. Usai sahaja melaungkan azan, dahi kecil yang masih kemerah-merahan tadi dikucup.

"Abang nak namakan dia apa?" tanya Mariyah.

"Afieq Daniel. Sedap, kan?" tanya Aris. Mariyah menganggik suka.

***

"Abang, minta maaf Yah. Abang tak boleh bayar duit bil hospital. Abang terpaksa..."

"Ab..abang. Jangan ambik anak saya! Abang!" jerit Mariyah tatkala tubuh kecil Afieq Daniel yang berada di dalam dakapannya menghilang daripada pandangannya.

    Mariyah meronta-ronta. Hatinya luluh. Separuh nyawanya hilang.

"Siang malam mama panggil nama Afieq. Kami jumpa alamat kamu pun daripada adik angkat kamu, Iriz." ujar Encik Aris.

    Afieq memandang Iriz dengan wajah yang seakan-akan tidak percaya.

"Kau?"

"Kalau Afieq tak dapat maafkan kami, tak apalah. Tapi, tolonglah terima kami. Masa mama tak panjang, sayang. Mama ada masa sebulan sebelum mama mati." pinta Puan Mariyah.

    Mengahwini seorang pekerja kebun biasa. Dia pula berasal dari darah kerabat diraja. Hidupnya perit. Diusir. Hidup tanpa ada apa-apa. Menyewa bilik.

"Maksud kau?" tanya Afieq. Tubuhnya kaku. Wajah tua itu dipandang. Mahu diusir rasa sedih itu, tapi ianya terlalu natural.

    Mungkin betul dia ibu aku? Getus hatinya.

"Mama sakit, sayang. Mama ada kanser otak tahap empat."

"Baiklah. Kalau kau nak aku doakan kau seperti seorang anak, aku doakan. Kalau kau nak aku layan kau seperti seorang anak aku buat. Cuma, kau kena tahu. Aku tak mampu sayangkan kau orang macam mana aku sayangkan keluarga Iriz. Maafkan aku."

    Terus sahaja tubuh ibu dan ayah kandungnya dirangkul. Terhambur segala tangisannya. Segala rasa rindu kini, bagaikan hilang di bawa angin lalu. Betullah kata orang. Ke mana pun kau pergi, di sisi ibu dan ayah kau juga yang kau kembali. Rasa yang dia impikan selama ini, akhirnya menjadi miliknya.

Tbc...

Parent btul dh kluar. Yeah!! X lama lagi hbislahhh... Aaaaaaaaa

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now