Bab 7

221 15 2
                                    

    Dia memeluk lutut. Takut. Resah. Keliru. Semuanya bercampur baur. Air mata di pipinya bagaikan tiada makna. Esak tangisnya semakin kuat apabila terpandang sebuah kotak yang bersaiz kotak kasut di hadapannya.

Tokk.. Tokk..

"Umaira?" Tegur rakannya, Aira.

"Aku buka tau pintu ni.." Terus sahaja pintu dikuak dari luar.

"Astaghfirullah! Umaira!" Panik. Itu yang Aira tahu bila lantai bilik Umaira dipenuhi dengan darah. Badan Umaira yang menggigil ketakutan dipeluk erat.

"Hey, kau okay?" Tanya Aira. Pipi gadis itu diusap lembut.

"Aku... Aku takut, Aira." Jawab Umaira. Tangannya memeluk Aira erat.

"Umaira, dah. Kau kena report polis ni. Haritu jer dah ada orang hantar surat ugut bunuh." Kata Aira. Bahu Umaira diusap lembut.

"Aku takut. Nanti dia.. dia bunuh aku.." Ujar Umaira dalam tangisan.

"Takkan lah kau nak tunggu sampai dia bunuh kau baru nak report polis?" Tanya Aira. Umaira menggeleng.

"Dia... Dia dekat bawah.." Ujar Umaira. Aira tersentak. Maknanya... Betullah tekaan Aira. Semenjak dua menjak ni, dia asyik nampak kereta Porsche yang bewarna putih terparkir dia hadapan rumahnya. Hampir setiap petang!

"Aira.." Panggil Umaira meleret. Matanya menatap rakan serumahnya.  "Bawa aku keluar daripada rumah ni." Pinta Umaira. Aira mengangguk perlahan.

"Insha allah. Aku cuba." Terus sahaja tubuh lemah Umaira dipeluk erat. Belakang badan gadis itu diusap perlahan.

    Aira mengalihkan mata ke arah kotak yang terdapat bangkai tikus yang sudah tiada kepalanya dan darah. Tak pasti sama ada darah orang atau darah tikus.

"Kau kuat, Umaira. Kau kuat."

***

    Afieq menapak masuk dalam sebuah bilik di hujung rumahnya. Keadaan bilik tersebut berserabut dengan kertas dan fail-fail lama.

"Nur Umaira." Gumam Afieq. Matanya memandang ke arah gambar seorang gadis yang tersenyum manis di dinding.

    Afieq mengambil pisau lipat yang berada di atas meja. Dia melangkah ke arah gambar tersebut sebelum pisau tadi digoreskan pada gambar tersebut.

"Aku benci jadi jahat. Tapi, ini semua sebab dendam! Abang kau aku tak dapat, tak apa... Aku ada adik dia.." Ujar Afieq seorang diri. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

Ting!

    Telefon yang berada di atas meja diambil sebelum dia tersengih melihat nama yang tertera di skrin telefon.

Robert
+Saya dah buat macam yang tuan suruh. Jadi, bila saya boleh terima duit saya?

+soon
+Sekarang, aku nak kau pastikan dia orang tak keluar daripada rumah tu

    Afieq tersenyum sebelum dia mencampakkan telefonnya ke atas sofa yang berdekatan.

"Tak lama lagi, Umaira. Tak lama lagi.." Ujar Afieq sendirian. Telefon dicapai sebelum kaki melangkah keluar daripada bilik tersebut.

***

    Iriz mengeluh kecil tatkala panggilannya tidak dijawab.

"Angkatlah, Afieq!" Ujar Iriz geram. Nama Afieq yang tertera di skrin telefon dipandang geram.

    Iriz mendengus kasar. Lelaki di hadapannya dipandang tajam.

"Sejak bila pulak kau bekerja bawah Afieq ha, Robert?" Tanya Iriz geram. Robert menunduk.

"Berapa Afieq bayar kau?" Tanya Iriz lagi. Lelaki tersebut membisu.

"Aku tanya tu jawab!" Kata Iriz geram. Rambut hitam lelaki tersebut ditarik ke belakang.

"D.. Dua puluh ribu!" Kata Robert. Iriz melepaskan rambut lelaki berbadan tegap itu. Badan jer tegap, kena tengking sikit dah nak merengek.

"Tch! Afieq gila!" Ujar Iriz. Tak... Kau fikir dua puluh ribu tu sikit? Tak duh.. Gila Afieq!

"Ah, berambus kau!" Jerit Iriz. Terus sahaja lelaki bernama Robert tadi melangkah keluar daripada bilik tersebut.

"Kau memang berani mati, Afieq Daniel." Ujar Iriz seorang diri sebelum dia mengeluh kasar. Gambar-gambar Robert yang mengintip sebuah rumah dilihat sebelum dicampak.

    Zafwan pun satu hal. Orang suruh ambik tu biar clear. Ni tak! Gegar sana sini. Nak buat jadi bahan bukti pun tak lepas. Tapi, nasib baiklah si Iriz ni punya mata macam helang. Bayangkan, blackheads Izmer pun dia boleh nampak daripada jarak 100 meter. Fuhh!!!

Tbc..

Atas2 emosi jer.. Masuk bawah?? Haih... Si Shin otak ikang kembali🌚

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now