Bab 11

185 13 0
                                    

     Langkahnya diatur laju ke arah gadis tersebut. Lagak dah macam spy pun ada.

"Kedai buku?" Terus sahaja kakinya mengikuti langkah gadis itu.

"Selamat datang."

"Ah,  ye." Kata Afieq. Wajah cashier di hadapannya tidak dipandang. Tergores hati awek cashier tu.

    Afieq senyum sinis. Kakinya melangkah ke arah gadis yang ralit membelek novel disitu. Kakinya melangkah ke arah gadis tersebut.

"Ehem!"

"Eh?!" Hampir sahaja buku tersebut mendarat di dahi Afieq.

"Tch!" Decit Afieq. Dayana terkesima.

"Dok.. Doktor Afieq."

"Tak payah lah nak panggil aku doktor. Panggil jer aku Afieq." Ujar Afieq selamba. Tangan kirinya diseluk ke dalam poket.

"A.. Awak nak apa, Afieq?" Tanya Dayana. Sejujurnya dia agak terkejut dengan bahasa yang Afieq gunakan. 'Aku kau'?

"Tengah mengutuk aku ke?" Tanya Afieq. Dayana terpinga sebelum menggeleng perlahan.

"Awak buat apa kat sini? Saya sibuk ni," ujar Dayana. Novel tadi diletakkan ke raknya semula. Dia berjalan meninggalkan Afieq di belakang dengan langkah yang tergesa-gesa.

    Kakinya melangkah ke arah bahagian novel cinta berbahasa inggeris yang berada di hujung kedai. Tanpa dia sedar Afieq masih setia mengikutinya.

"Oit!" Panggil Afieq. Terus sahaja langkah Dayana terhenti. Dia meneguk liurnya. Nak apa lah dia ni?

"Awak nak apa?" Tanya Dayana. Dia memusingkan badannya ke arah Afieq.

"Aku nak apa?" Tanya Afieq. Nada suaraya dibuat-buat meleret. Habis meremang bulu roma Dayana. Pandangannya dikalih ke tempat lain.

    Perlahan-lahan Afieq mendekatkan mukanya. Namun, sebaliknya dengan Dayana. Dia menjauhi Afieq.

Pap!!

    Seperti dalam Korea, dinding adalah pembantu terbaik untuk hero. Kali ini Dayana menyesal kerana pergi ke sini. Sudahlah jauh daripada orang, tertutup dengan rak pulak tu.

"Kau tanya aku nak apa?" Tanya Afieq. Tangannya dihentak ke dinding. Rambutnya yang menutup dahi dikuak ke belakang. Mukanya mendekat.

    Terus sahaja Dayana menutup matanya.

"Nah."

"Ha?"

    Sehelai sapu tangan dihulur ke arah Dayana. Pelik.

"Kau tertinggal benda ni waktu pergi check up." Kata Afieq. Suaranya yang boleh membuatkan sekawan gajah tumbang bertukar dingin. Sedingin ais di kutub.

"Aku nak bagi kau tu jer. Jangan nak perasan. Dah, bye." Ujar Afieq. Terus sahaja dia pergi meninggalkan Dayana yang kaku di situ.

    Perlahan-lahan Dayana mengusap dadanya. Hampir sakit jantung dia kat situ.

"Nak bagi sapu tangan pun nak hentak dinding bagai." Bebel Dayana. Sapu tangan tadi dipandang. Entah kenapa dia tersengih sendirian.

***

"So, tadi aku cubalah--- Afieq? Uit!" Meja di hadapannya ditepuk kuat. Tapi, haram. Afieq tak bagi apa-apa reaksi pun.

"Kau kenapa duh? Gila? Sengih sensorang?" Perli Izmer. Afieq berdehem.

"Diam. Oh, ya. Aku balik dulu." Ujar Afieq. Dia bangun dari duduknya dan berlaku meninggalkan Izmer.

"Like what the???? Tadi bukan main gigih ajak aku keluar. Lepastu, tinggalkan jer aku? Wah, memang nak kena dia ni!" Bebel Izmer.

Tbc...

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now