Bab 20

178 11 7
                                    

    Afieq mengetap bibir serapat mungkin tatkala bahunya ditembusi peluru dari jarak yang dekat. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembusnya kasar. Tangan kirinya mengoyakkan baju T hitam miliknya. Afieq mengikat kesan peluru tadi menggunakan baju T nya untuk menghentikan pendarahan.

"Afieq." Tegur seseorang. Afieq menoleh. Alangkah terkejutnya dia tatkala wajah Zafwan yang dibasahi darah menghiasi penglihatannya.

"Apa yang dah berlaku?!" Tanya Afieq panik. Zafwan ditarik untuk duduk di sebelahya.

"Aku terlanggar tiang. Lepastu, tergolek jatuh tangga," jawab Zafwan. Afieq terdiam. Tidak tahu mahu memaki atau bersimpati memandangkan manusia di sebelahnya memang agak tingtong sedikit.

"So, okay tak?" Tanya Afieq. Wajah Zafwan dibelek.

"Tak rasanya. Sebab tadi aku hampir tertembak Zack dan tadi aku baru lepas tembak dinding." Ujar Zafwan tenang. Afieq menepuk dahi. Parah betul dia ni.

"Stay here. Jangan banyak bergerak. Kau rest." Afieq memberi arahan. Tangannya sibuk memasukkan peluru ke dalam pistol nya.

"Baju mana baju? Aurat tahu tak?"

"Diam sebelum aku campak kau keluar dari bangunan ni," kata Afieq. Nadanya agak mendatar.

    Dia menyarungkan vest kalis peluru milik Zafwan ke tubuhnya yang tidak berbaju. Zafwan hanya memerhatikan gerak geri Afieq sebelum tersengih nakal.

"Seksi. Bergetar tulang lutut aku. Aum." Usik Zafwan. Tak, apa masalah dia? Dia lepas jatuh tangga wayar otak dia putus ke? Dia lupa ke diaorang tengah 'bermain' dengan nyawa sekarang ni?

    Afieq hanya mengabaikan Zafwan yang berkemungkinan akan jadi seorang yang OKA(Orang Kurang Akal). Afieq menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Dia melepaskan tiga tembakan ke arah tiga orang musuh.

"Awh! Hero kita! Nak fangirling!!" Usik Zackwan. Izmer pandang Afieq sebelum tergelak besar. Sempat kau orang berloyar buruk.

"Biasalah. Afieq." Sindir Izmer. Tangannya ligat menembak musuh menggunakan rifle Macam pro. Acah!

***

    Dayana membuntang tatkala melihat keadaan lelaki di hadapannya itu.

"Kenapa ni?Apa dah jadi?" tanya Dayana. Muka Afieq yang penuh dengan luka itu dipandang risau.

"Aku fight." jawab Afieq. Entah kenapa dia tak mampu menyorokkan dirinya yang sebenar pada Dayana dan.... Umaira. Sudah lima hari gadis itu menghilangkan diri.

"Fight?" tanya Dayana. Dia menayangkan muka bingung sebelum tersedar.

"With who?" tanya Dayana. Raut wajahnya panik. Dalam fikirannya dia terbayang bahawa Afieq adalah seorang mafia yang jahat dan pentingkan diri sendiri.

"Rawat aku."

Dayana tersedak air liur sendiri. Muka ni nak merawat? Getus Dayana. Namun,untuk tidak mengecewakan Afieq, Dayana mengangguk.

"Ambil first aid kit dalam kereta seat belah belakang." Laju Afieq memberi arahan.

Dayana hanya mengangguk tanda faham. Dia berlalu pergi meninggalkan Afieq di bangku taman seorang diri.

Setelah beberapa minit, Dayana kembali dengan first aid kit di tangannya.

"Bila awak f--fight?" tanya Dayana. Tangannya sibuk menuangkan sedikit air di atas kapas.

"Malam tadi." jawab Afieq. Wajah gadis di hadapannya ditenung. Terus sahaja dia terfikirkan Umaira. Jujur, dia rindu gadis itu.

"Tahan tau." Dayana membersihkan luka di muka Afieq menggunakan air sebelum disapu dengan antiseptik.

"Sakit." rungut Afieq.Dayana menjeling. Waktu fight tak fikir sakit? Getus Dayana.

"Cantik." gumam Afieq.

"Ha?"

"Tak.Bunga belakang kau tu cantik." Afieq memandang ke arah lain. Malu bila terlepas cakap.

"Bunga?Mana?Tu tong sampah." Tanya Dayana bingung.

"I said you are pretty,okay?" Ujar Afieq sebelum memandang ke arah langit.

    Dayana hanya menunduk malu. Ah, kau kena ingat. Kau dengan dia cuma berkawan sahaja, Dayana. Dia sayang Umaira. Getus hati Dayana. Dia menarik nafas sebelum menghembusnya perlahan.

"Awak dah luahkan perasaan awak dekat Umaira?" Tanya Dayana. Afieq mengangguk.

"Jadi, apa reaksi dia?"

"Kita cakap pasal benda lain, boleh? Aku tak ada mood nak cakap pasal benda tu." Kata Afieq. Dia tersandar lemah.

"Saya tahu awak sayangkan dia. Mungkin dia sayangkan awak. Dia cuma malu untuk mengaku." Ujar Dayana. Afieq alih pandangan ke arah Dayana yang tersenyum.

"Mak kau macam mana?"

"Okay. Dia dah boleh makan." Jawab Dayana.

"Thanks." Sambungnya lagi. Afieq mengangguk.

Tbc...

Nsgaksukaiakakabzjaka... HAHAHAHA.. part gempakz hilang lh.bshajUanzhjakaiamVzhajamamIak.

Huwaaaaaaaaa😭😭

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now