Bab 12

181 12 3
                                    

    Matanya terkebil-kebil memandang figura di hadapannya. Perlahan-lahan sudut bibirnya terangkat. Dia melemparkan senyuman manis.

"Hai, saya Umaira. Pembantu rumah Encik Afieq." Ujar Umaira. Dia menunduk sedikit. Namun, figura di hadapannya tidak mempamerkan apa-apa reaksi.

"So, kau lah maid aku?" Tanya Afieq. Dia mencerlung ke arah Umaira yang hanya tinggi separa sikunya

"Ya saya." Jawab Umaira. Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

    Afieq menjongketkan kening sambil memandang tangan milik gadis di hadapannya.

"Kau boleh mula kerja. Sekarang. Oh, ya. Kalau boleh masak untuk makan tengah hari sekali." Ujar Afieq. Jam jenama Rolex disarung ke pergelangan tangan kirinya. Lengan kemeja berwarna biru dilipat ke separas sikunya.

"Jangan sekali-kali kau masuk bilik hujung tu." Kata Afieq. Dia berdehem sebelum melangkah keluar dari rumah.

    Matanya terpejam rapat.

"Akhirnya, senanglah kerja aku nak hapuskan kau." Kata Afieq tenang. Kakinya diatur ke arah Porsche putih miliknya.

"Ah, dia lah Afieq. Ok, Mai! Masa untuk mengemas!" Ujar Umaira. Teruja. Terus sahaja penyapu dan bulu ayam diambil.

***

    Afieq memandang kosong ke arah Iriz yang sedang membangga diri.

"Aku tahu, pilihan aku semuanya yang baik! Hahahah... Kau patut bersyukur tau! Oi, dengar tak?!" Tanya Iriz geram apabila wajah Afieq tidak memberi tindak balas.

"Ish, menyampah!" Tubuhnya dipeluk. Dia menjeling ke arah Afieq yang leka menyuapkan potongan kecil lamb steak ke mulutnya tanpa menghiraukan kewujudannya.

"Kau bayar, kan?" Tanya Afieq. Iriz membuntang.

"Aku?! Hello, siapa cakap? Bukan kau ke yang nak belanja?" Tanya Iriz geram. Nak jer dia panjat meja tu dan tarik-tarik rambut manusia di hadapannya.

"Lah, bukan ke hukuman sebab kau cadangkan kat mummy pasal maid?" Sindir Afieq. Iriz hanya membuat muka menyampah.

"Fine! Apa lah sangat lamb steak tu, kan?" Ujar Iriz tenang. Beg duit yang berada di dalam beg dikeluarkan.

"Ah, kau ni! Pagi-pagi dah makan benda ni." Kata Iriz. Betul lah. Pagi-pagi dah makan lamb steak. Dasar, Afieq!

"Aku teringin. Well, lunch ni aku makan kat rumah." Kata Afieq selamba.

"Yelah, orang dah ada maid, kan?" Ejek Iriz. Afieq memandang tajam.

"Aku dah nak kerja ni. Bye, makcik!" Terus sahaja Afieq berlalu keluar. Iriz mengetap bibir geram. Bukannya nak hantar ke apa!

    Telefon pintar yang berada di atas meja diambil.

"Hello, awak! Ambik saya kat restoran yang dekat dengan taman tu."

"....."

"Okay!"

"Hmph! Siap lah Afieq tu!" Ujar Iriz geram. Matanya memandang ke arah luar restoran. Aik? Haykal?

"Drift? Apa-apa lah." Terus sahaja dia berlalu ke arah Haykal yang sedang bersandar di tepi kereta. Ah, acah hero drama Korea ke?

"Awak, jangan nak perasan kacak. Masuk sekarang." Arah Iriz. Haykal menggaru belakang tengkuknya sebelum tersengih kekok.

Tbc...

Tbh, ni bkn chp asl... Author nk smpan chp sweet... Uwwu🌚

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now