Bab 15

173 11 0
                                    

    Afieq hanya menghela nafas panjang. Dinding di hadapannya dipandang kosong.

Susah sangat ke, Afieq?

    Rambutnya dikuak ke belakang. Mafas berat dilepaskan. Bibirnya diketap.

"Kenapa dengan aku?" Ujarnya seorang diri.

Drrtt... Drrtt

"Hello," ujar Afieq tanpa melihat nama pemanggil.

"A.. Afieq. Ni saya, Dayana."

    Terus sahaja telefonnya dipandang. Nombor yang tak dikenali?

"K... Kau Dayana?" Tanya Afieq lagi. Entah kenapa jantungnya mengepam laju. Wajah bujur sirih milik Dayana berada di mindanya.

"Hm. Saya nak minta tolong, boleh?"

"Min.. Mintak tolong apa?" Tanya Afieq. Bibirnya diketap. Perlahan-lahan tangannya naik ke dada.

"Sekarang, boleh? Saya send location,"

"B.. Boleh," ujar Afieq sebelum dia menamatkan talian. Dia cuba berdiri tegak.

Kenapa dengan aku?

    Matanya dipejam serapat yang mungkin. Perasaan ni lain bila dia dengan Iriz. Perasaan sayang?

***

    Afieq hanya memandang ke arah langit malam yang ditaburi bintang.

"Maaf, saya lambat." Ujar Dayana. Dia mengambil tempat di sebelah Afieq. Di tangannya terdapat dua cawan kopi hangat.

"Latte or mocha?" Tanya Dayana.

"Latte." Kata Afieq perlahan. Dia memandang ke arah Dayana yang mengenakan blouse berwarna putih dan sepasang jeans hitam. Pada pandangan Afieq, Dayana nampak manis.

Stop it, Afieq Daniel.

"Ah, pasal tujuan tu... Sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?" Tanya Afieq. Dalam hati dia asyik beristighfar jer. Tak mampu dah nak duduk situ lama-lama.

"Ibu. Ibu saya penghidap kanser hati. Saya nak mintak tolong dengan awak." Kata Dayana. Cawan kopi digenggam erat.

"Aku? Kau yakin dengan aku?" Tanya Afieq. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah sayu milik Dayana yang bersinar di bawah cahaya bulan.

"Awak kan doktor. Tolong... Saya mintak tolong sangat." Pinta Dayana. Wajah Afieq dipandang lama. Perlahan-lahan airmatanya mengalir.

"Ah, jangan nangis depan akulah. Fine! Aku tolong kau. Tapi, janji. Kalau aku ajak jumpa, kau mesti datang. No excuse. Faham?"

"Fa.. Faham! Thanks, Afieq," ujar Dayana. Senyuman manis ditayangkan.

"Dahlah! Tak payah senyum! Duh, kau ni!"

"Kenapa pipi awak merah, Afieq?" Tanya Dayana. Polos.

"Ish, kau ni!" Rambut milik Dayan ditarik sedikit.

"Friend?"

    Afieq menghulurkan tangannya ke arah Dayana. Senyuman ditayangkan.

"Friend." Ujar Dayana sebelum menyambut huluran tangan milik Afieq.

"Lepas ni, apa-apa pun problems kau, share dengan aku." Kata Afieq. Terus sahaja dia melapaskan tangan mereka. Matanya dikalih ke arah langit malam.

    Haihlah, Afieq.

Kenapa aku rasa happy semacam ni?

Tbc...

I just-----

Hahahahah

Wrecked teroksss😂

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now