Bab 8

196 15 2
                                    

    Umaira melipat baju-bajunya sebelum dimasukkan ke dalam sebuah bagasi bewarna hitam merah.

"Dah?" Tanya Aira. Umaira mengangguk perlahan.

"Dia tak ada kat bawah?" Tanya Umaira ragu. Aira menarik nafas sebelum melepaskannya dengan tenang.

"Okay, kita keluar ikut pintu belakang. Nanti, abang aku ada tunggu kau kat situ." Ujar Aira.

"Siapa abang kau?" Tanya Umaira. Bingung. Setahunya Aira anak tunggal.

"Haih, abang sepupu aku lah." Kata Aira. Umaira mengangguk.

"Nama dia Uwais Daniel." Umaira mengangguk perlahan. Sedap pula nama tu. Macam nama orang yang baik-baik jer.

"Tak ada barang yang tertinggal, kan?" Tanya Aira. Umaira mengangguk. Terus sahaja bagasi itu dipegang. Tubuh Aira dipeluk erat.

"Insha allah kau selamat." Kata Aira. Terus sahaja dia menarik tangan Umaira menuruni tangga. Pintu yang terdapat di dapur dibuka.

"Tu, abang aku!" Ujar Aira. Sebuah kereta Range Rover terparkir elok di bawah pokok mangga.

    Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut. Tergamam Umaira dibuatnya. Kacak. Tinggi. Putih. Perfect!

"Dah?" Tanya Uwais. Aira mengangguk. Bagasi Umaira diambil dan diberikan pada Uwais.

"Abang, Aira percaya dekat abang. Tolong, protect Umaira untuk Aira." Pinta Aira. Uwais mengangguk.

"Aira macam mana? Tak selamat tahu tak duduk sini." Ujar Uwais risau.

"Tak apa, kejap lagi Aiman datang ambil Aira. Nanti Aira terus balik kampung jer." Kata Aira. Uwais mengangguk perlahan. Lagipun Uwais tak risau sangat sebab Aiman Firdaus atau lebih tepat tunang Aira yang akan ambil Aira kejap lagi.

"Abang pergi dulu. Umaira, jom." Lengan Umaira yang dilapisi cardigan ditarik perlahan.

***

    Afieq menyanyi kecil. Lagu Bayang yang dinyanyikan oleh Khai Bahar memang buatkan dia leka.

Bayang,
Mekar di dalam--

    Afieq merengus. Tangannya mencapai telefonnya yang berada di dashboard kereta sambil mulutnya sibuk menyanyi.

"Hello, Zaf. Nak apa?" Tanya Afieq. Jarinya mengetuk stereng kereta beberapa kali.

"WHAT?!" Terjerit Afieq dibuatnya. Terus sahaja panggilan ditamatkan. Enjin kereta dihidupkan dan terus sahaja dia memecut laju di atas jalan raya. Dah tak kesah jalan ni siapa punya.

"Macam mana Iriz tahu?! Kenapa Zaf pun bersubahat?! Kenapa aku gelabah?!" Ujar Afieq seorang diri. Air mukanya nampak panik. Mati kalau Iriz buat benda yang bukan-bukan. Tak dapat dia bayangkan macam mana rupa Iriz bila dia mengamuk.

    Anda semua masih ingat kejadian Blackrose? Itulah satu-satu kejadian yang paling menyeramkan sekali.

***

     Dengan kadar yang perlahan kalah kura-kura Afieq melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Pakk!!

    Bekas makanan ditangannya tercampak ke udara. Oh my nasi ayam!!

"Tch! Baru nak balik?" Tanya Iriz. Tangannya sempat menyambut nasi ayam Afieq.

"Assalamualaikum." Perli Afieq. Iriz mencebik.

"Waalaikumusalam!" Terus sahaja Iriz berjalan ke arah sofa. Punggungnya dihenyak kasar pada sofa tersebut. Kalau patah, Afieq beli baru. Afieq kan kaya.

"Kau datang sini nak apa?" Tanya Afieq. Tenang.

"Kau tanya aku?" Tanya Iriz semula. Dia berjalan ke arah Afieq. Kolar baju Afieq digenggam kasar.

"Siapa ajar kau jadi macam ni? Pengintip? Pengugut?" Tanya Iriz. Afieq berdehen kecil untuk menghilangkan rasa takut.

"Suka hati aku lah." Ujar Afieq tenang.

"Tch! Kalau buatnya dia orang report polis? Tak naya kau masuk dalam penjara!" Kata Iriz geram.

"Aku tahulah apa aku buat. By the way, sila alihkan tangan kau yang kecik macam baby tu daripada kolar aku." Kata Afieq. Lebih tepat menyindir. Iriz mengetap bibir. Terus sahaja tangannya melepaskan kolar baju Afieq.

Tbc..

Author.... Mls ttiba😴🌚

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now