Bab 26

169 8 1
                                    

Stereng kereta digenggam kuat. Mata tidak lepas daripada memandang skrin telefon. Nafasnya naik turun laju.

"Oh, f*ck! Takkanlah masa macam ni jammed!" dengus Afieq. Hon ditekan berkali-kali. Dia menyerabutkan ranbutnya sebelum bertindak keluar dari keretanya.

Nombor Zafwan didail.

"Ambik kereta aku." Kata Afieq ringkas sebelum berlari meninggalkan trafik yang sesak.

Pandai-pandai Zafwan lah nak tafsir maksud tu.

Jantungnya berdegup kencang bukan kerana penat berlari tetapi risau akan Dayana.

"Hold on, Dayana!" Jerit Afieq sekuat hati. Langkah diatur ke satu bangunan lama.

"Betullah ni." Gumamnya. Tracker di telefonnya memang menunjukkan lokasi ini.

Bbum!!!

"Afieq!!!"

Afieq kenal jeritan itu. Tubuhnya menggeletar tatkala melihat wajah Umaira.

"A-apa yang kau buat ni?" Tanya Afieq. Dia memejamkan matanya serapat mungkin bila ditangan Umaira terdapat sepucuk pistol yang menghala ke arah dirinya.

"Setapak lagi, perempuan ni akan mati," kata Shaz. Dia tersengih. Pistol dihalakan ke kepala Dayana.

"Serahkan diri kau." Kata Umaira.

"A-pa yang jadi sebenarnya? Kenapa kau kat sini, Umaira?" Tanya Afieq. Cuba untuk bersangka baik.

"Untuk bunuh kau, Dark."

Bbang!!

"Afieq!!!"

"Diamlah, perempuan!" Shaz menetak Dayana menggunakan pistol. Terus sahaja tubuh Dayana tersembam ke lantai.

Afieq kaku. Tangannya naik menekup perutnya. Dia cuba menghadam perkara yang terjadi.

"Selamat tinggal, sayang," ujar Umaira sebelum menumbuk muka Afieq sekuat hati.

***

Tubuh Hael yang diikat dipandang benci.

"Aku suruh kau bercakap! Bercakaplah, bodoh!" Jerit Zackwan. Tangannya mencengkam kolar Hael sekuat hati.

"Zack, bagi dia masa." Tegur Zafwan.

"Bagi masa apa?! Nyawa kawan kau dalam bahaya, bodoh!" Jerit Zackwan. Tubuh Zafwan ditolak.

"Diam! Kau orang boleh tak diam?! Tak payah bergaduh?!" Gertak Izmer. Dia mendengus. Orang tengah stres nak bergaduh pulak. Aku tembak kang.

"Kau, kita settle kejap lagi." Kata Zackwan. Zafwan hanya mencebik.

"Sekarang ni bagitahu aku. Siapa hantar kau dan apa yang kau nak?" Tanya Izmer.

Hael berdecit.

"Shaz." katanya.

"Dia nak balas dendam dekat Afieq." Sambungnya lagi sebelum Zafwan mengeluh.

"Aku dah agak."

Tbc..

Lol. Pendeknya....

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now