Bab 47

247 9 0
                                    

    Afieq meletakkan plastik yang dijinjingnya ke atas katil sebelum berlari ke tingkat bawah untuk mendapatkan Dayana. Setelah menemui kelibat Dayana, dia mencempung tubuh itu dan didudukkan ke atas sofa.

"Sayang, nak air? Kalau nak abang ambilkan." ujar Afieq. Dayana tercengang. Ab..abang? Sayang?

"Sayang, kenapa tu?" tanya Afieq tatkala Dayana hanya tercengang memandangnya malah mata isterinya tidak berkelip memandang wajahnya.

"Mu..muka abang ada apa-apa ke?" tanya Afieq. Dayana menggeleng. Tetapi, masih lagi tercengang.

    Afieq menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal. Niqab yang dipakai Dayana dibuka ikatannya dan diletakkan ke atas riba Dayana.

"Sayang?" panggil Afieq.

    Tiba-tiba sahaja wajah itu berkerut. Dayana mengetap bibirnya. Kemeja biru yang dipakai oleh dipegang kuat.

"Sayang?!" panggil Afieq. Bahu isterinya dipegang kuat.

"Sa...sakit." rintih Dayana.

"Sayang, awak kencing ke?" tanya Afieq polos tatkala terasa sofa kulit yang mereka duduk kini basah dengan cecair asing yang datang dari Dayana.

"Abang! Saya nak bersalin lah!" jerit Dayana. Dahinya berkerut seribu manakala hatinya mahu menyumpah seranah suami sendiri.

"Bersalin?" tanya Afieq sebelum dia tersedar yang dia ialah seorang doktor.

"Tak sempat kalau bawak ke hospital ni!" ujar Afieq. Dia panik sebelum telefonnya dikeluarkan. Nombor seseorang didail.

"Doktor Hana!"

***

    Kehadiran Doktor Hana dan seorang jururawat dua puluh minit yang lepas membuatkan rumah agam milik Afieq bergema dengan jeritan dan rintihan Dayana. Syukur, rakannya itu tidak sibuk dan masih lagi bertugas di hospital. Jam di dinding sudah menunjukkan tepat pukul 10 malam.

"Teran lagi, puan!" arah Doktor Hana. Doktor berkaca mata itu masih lagi sibuk melakukan tugasnya.

    Kadangkala perut Dayana ditarik sedikit. Memandangkan mereka sekarang sedang berada di rumah Afieq atau lebih tepat di ruang tamu rumah Afieq, bukan di hospital. Jadi, dia perlu fokus dalam usaha membantu Dayana.

"Puan Dayana, jerit sahaja apa yang Puan nak. Nak maki suami Puan pun boleh." ujar Doktor Hana. Afieq yang memegang tangan Dayana tercengang.

"Seriously, Han?" tanya Afieq.

"Afieq ego! Afieq tak kacak! Afieq pemalas!!! Afieq tak pandai masak!! Afieq pengotor!!!!!" jerit Dayana.

    Doktor Hana hampir tergelak mendengar jeritan Dayana atau lebih tepat lagi luahan hati Dayana. Afieq? Dia ternganga dan hampir menangis tatkala mendengar jeritan isterinya. Sentap sampai ke usus ye.

"Arghhhh!!!!!" jerit Dayana dan kali ini lebih kuat.

    10 saat kemudian, tangisan bayi memenuhi segenap ruang. Dayana menarik nafas lega. Nafasnya sedikit tercungap-cungap manakala Afieq menghembuskan nafasnya.

    Doktor Hana mengambil bayi tersebut sebelum tali pusatnya dipotong dan dibalut dengan selimut bayi. Bayi yang kemerah-merahan itu didukung dan diberikan kepada Afieq yang masih tercengang sedikit.

    Bayi yang masih kemerah-merahan itu berhenti menangis tatkala berada di dalam dakapan Afieq atau lebih tepat bapanya. Afieq tergamam sebelum tubir matanya sedikit panas. Wajah bayi tadi ditenung. Mata, dan pipinya seiras dengan ibunya manakala bibir dan mancung hidungnya pula mengikut wajah Afieq.

"Sayang, our princess." ujar Afieq. Bayi tadi diletakkan ke sisi Dayana.

    Dayana sedari tadi sudah menangis tatkala melihat bayi itu didakap Afieq. Perasaannya tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Anak dia. Anak dia dan Afieq. Seorang lelaki yang tidak disangka menjadi suaminya.

"Anak mama." ujar Dayana. Dahi bayi itu dikucup lama. Darah dan sisa air ketuban yang melekat pada bayi tadi tida diendahkan malah dia masih ligat mencium dahi dan pipi bayi itu.

"Sayang, thanks." ujar Afieq. Kelopak mata wanita yang sudah bertarung nyawa demi melahirkan zuriatnya dicium lama. Menghilangkan sisa air mata. Kemudian, turun ke hidung dan....

"Ehem!" deheman Doktor Hana menyentakkan tindakan Afieq.

"Ah, Afieq. Boleh sediakan besen atau apa-apa dengan air suam tak? Aku nak mandikan baby tu. Lepas mandi, kau boleh iqamatkan. Ke... Kau nak iqamatkan dulu?" tanya Doktor Hana. Doktor pakar O&G.

"Iqamat dulu lah weyh." ujar Afieq. Bayi perempuan tadi diambil dan dibawa ke satu sudut sebelum diiqamatkan.

    Lembut sahaja bunyinya. Dayana yang mendengar hanya mampu tersenyum. Dia terlalu letih untuk bercakap.

    Usai sahaja mengiqamatkan bayi tadi, dia kembali ke arah doktor, isterinya dan jururawat.

"Plasenta baby nanti kau boleh tanam kat mana-mana. Bab-bab basuh biar aku. Come, aku nak mandikan. Lepas mandi, awak boleh minum susu mama." ujar Doktor Hana. Afieq menyerahkan bayi perempuan tadi.

    Setelah kelibat doktor dan jururawat tadi menghilang, tubuh isterinya didekati.

"Thanks for everything. Thanks to give me Sophea Aleeya as my birthday present." ujar Afieq. Dia baru tersedar bahawa esok ialah hari jadinya.

"Sophea Aleeya?" tanya Dayana. Afieq mengangguk.

"Nice name." ujar Dayana. Tangan Afieq dicapai sebelum belakang tapak tangan Afieq dikucup lama.

"Thanks too." ujar Dayana. Afieq tersenyum.

    Kehadiran Sophea Aleeya semestinya akan mengubah kehidupan mereka berdua.

"Afieq! Besen mana besen?!" jerit Doktor Hana sebelum Afieq Daniel berlari ke arah bilik mandi.

    Dayana tersenyum manis. Lepas ni, mesti anak Izmer dan anaknya boleh menjadi kawan baik.

    Welcome, Sophea Aleeya. Thanks for coming into mama and papa life. Getus Dayana di dalam hati. Dia masih lagi tersenyum tidak sabar untuk menyusukan bayinya.

Tbc...

Thu lh bosan. X best. Sdih tau. Dlu rmai gila mcm exited klau author update MMA. Now?

Hiks. Author sorry lh lme x update. Hiks. Author nk mrajuk lh mcm ni huh!😭

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now