Bab 31

190 11 2
                                    

   [warning... It maybe content some 15++ and above here. But it's not that dangerous. Believe me]

    Dayana yang sibuk mengemas baju di dalam almari dipandang dengan penuh minat. Usai sahaja majlis resepsi, Afieq terus bawa Dayana ke rumahnya.

    Mata Afieq jatuh pada shawl satin yang melilit kepala Dayana. Sejujurnya dia lega. Dayana tahu hal itu. Niqabnya pula sudah lama ditanggalkan. Entahlah. Afieq suka dengan perubahan baru Dayana.

"Tak nak tanggal ke tudung tu?" tanya Afieq. Pergerakan tangan Dayana terhenti. Pandangan mata Afieq padanya membuatkan pipinya membahang.

"Tak panas?" tanya Afieq. Dayana diam. Hujung shawl yang menutup dadanya disentuh perlahan.

"Bukalah. Kita dah halal. I can look every parts of your body without worries." kata Afieq dengan nada nakal. Dayana hanya tertunduk malu. Perlahan-lahan tangannya naik membuka pin di kedua-dua bahunya sebelum tudung itu terlepas sepenuhnya.

"Ah, penat jadi perempuan. Pin sana sini." Bebel Afieq.

"You look beautiful." puji Afieq. Dia bangkit dari duduknya dan berjalan ke arah Dayana yang hanya berdiri tegak di sisi almari.

    Tanpa amaran, tubuh kecil itu dirangkul. Wajahnya disembamkan ke ceruk leher Dayana. Dayana hanya mendiamkan diri. Sebenarnya, dia geli. Tapi, rasa bersalah pula suruh Afieq angkat kepala.

    Afieq menggeselkan perlahan hidungnya pada leher jinjang milik Dayana. Haruman wanita itu disedut perlahan. Dayana pula menahan debar di dada yang semakin menjadi-jadi. Perutnya pula seolah-olah meragam. Apa orang kata? Feel like butterfly in my stomach?

    Tapi, ini bukan butterfly lagi dah. Naga, burung unta, biawak pun dah mula berterbangan di dalam perutnya.

"You smell like rose." ujar Afieq. Suaranya tenggelam timbul. Ah sudah apa yang merasuk Afieq tatkala jarum jam sudah menunjukkan ke angka 11 malam ni?!

"Tapi, saya belum mandi lagi." ujar Dayana. Suaranya seperti tersekat di hujung kerongkong. Ya Allah, apa dah jadi dengan Afieq ni.

"Wangi." puji Afieq lagi. Kali ini hidungnya naik ke belakang telinga Dayana. Dayana menggenggam penumbuk.

    Sudahlah dia sangat sensitif dengan sentuhan di bahagian leher dan belakang telinga. Boleh pula Afieq 'bermain-main' di situ.

   Terjerit kecil Dayana tatkala tubuhnya terangkat dari lantai.

"Awak!" jerit Dayana. Afieq diam. Tubuh Dayana diletakkan ke atas katil.

"N-nak buat apa ni?" tanya Dayana.

    Tubuh Afieq yang mendekat melemaskan seluruh jiwanya. Apa fikir sweet lah malam-malam macam ni?

    Wajah Afieq yang mendekat, membuatkan mata Dayana terkatup rapat. Menanti tindakan seterusnya.

    Beberapa saat kemudian, dahinya terasa hangat. Hangat seperti waktu pembatalan air sembahyang semalam.

    Afieq mengecup dahi itu lama.

"Sleep well, Dark's Queen." bisik Afieq di telinga Dayana.

"Mimpikan saya." kata Afieq sebelum bibirnya mendarat di atas dahi Dayana sekali lagi.

"Sleep well too, Dark." balas Dayana. Pipi Afieq dikecup lama.

    Afieq tersenyum sebelum tubuhnya dihempas ke sebelah Dayana. Dia baring mengiring ke arah Dayana.

    Perlahan-lahan dia dibuai mimpi bersama Dayana yang berada di sebelahnya. Terasa momen ini terlalu berharga bagi dirinya.

    Little did he know, he already fallen for Dayana but his ego ruined everything.

Tbc...

Mngumumkan. Author dpt diabetes militus lepas tulis chp ni. Moga kita smua diserang pnyakit yg sme.

  Hahah don't worry. Papehal nanti inject insulin. Nanti glukosa tukarlh jdi glukagon. So, aras gula rendah---

Hahahah... Ter biology pulak.

Enjoy readinggggg....

Klau anda masih hdup sbb chp ni.. Say "Hi.."

Sbb author rse ad yg mti skjp ni.

My Mr. Afieq (✔️)Where stories live. Discover now