Kisah - 2

2.4K 236 15
                                    

Tepat jarum jam menunjuk ke arah nombor sembilan pagi lagi Adalia sudah meninggalkan perkarangan kolejnya menuju ke KTM untuk pulang ke kampung halaman. Hatinya melonjak gembira memikirkan mahu berjumpa dengan nenda tercinta. Rindu bukan kepalang menusuk ke jiwa membangkitkan memori lama bersama neneknya yang sudah berumur itu tetapi masih kuat.

  Adalia tiba di Kampung Duyong pada jam sebelas setelah berpindah dari KTM ke bas perkhidmatan awam. Demi menjimatkan wang perbelanjaan, dia hanya berjalan kaki sahaja ke rumah neneknya daripada menumpang teksi. Tambang teksi terlalu mahal baginya.

  Agak mengah bagi Adalia berjalan kaki sejauh itu dengan membawa beg yang berat  tambahan pula, dia harus memakai pelitup muka bagi mengelakkan sebarang jangkitan virus berikutan terdapat jangkitan wabak secara meluas di seluruh negara pada waktu itu.

  Sekali sekala dia membuka sedikit pelitup mukanya memberi ruang pernafasan yang lebih banyak agar dia tidak terlalu tercungap.

  Selepas berjalan beribu batu, dia akhirnya tiba di perkarangan rumah neneknya. Rumah kayu indah berlatarbelakangkan hamparan langit yang luas dan hutan itu sangat kelihatan seperti ala ala Melayu klasik.

  Cantik rumah neneknya terletak elok di tengah tengah tanah luas milik keluarga mereka. Adalia melontarkan salam dengan nada sedikit kuat agar didengari neneknya sambil duduk di tangga melepaskan lelah penat berjalan lama.

  "Waalaikumussalam.." sahut neneknya dari dalam rumah. "Daliaa!" Pantas Adalia didakap dengan penuh kasih sayang bagi melepaskan rindu masing-masing.

  "Nek apa khabar? Makin sihat nampak." Dakapan dilepaskan, Adalia kemudiannya bersalaman dengan nenda tercinta. Satu-satunya insan yang memberikan kasih sayang penuh tidak berbelah bahagi kepadanya.

  "Sihat alhamdulillah... Marilah naik ke atas , nenek sudah masakkan lauk kegemaran kamu. Ikan masak lemak cili api. Pedas lagi." Lumrah orang nogori, tidak sah lauk tanpa cili api dan pedas.

  "Nek mahu ke mana?" Soal Adalia yang melihat neneknya turun dari tangga.

  "Nek mahu mengambil cili padi sedikit dari belakang rumah untuk dibuat sambal belacan." Balas Nenek Tipah sambil menyarung seliparnya.

  "Eh tidak payahlah nek, biar Dalia sahaja mengambilnya. Nek sudah bekerja dari pagi berilah peluang Dalia membantu pula." Adalia meletakkan barang punggahannya ke lantai beranda. Segera dia menyarung selipar miliknya agar neneknya tidak perlu bersusah payah lagi.

  "Nek mahu sengenggam cukuplah kan?" Adalia mengambil bakul kecil dari tangan neneknya dengan sopan lalu bergegas ke belakang rumah tidak memberi peluang neneknya membalas kata-katanya.

  Nenek Tipah hanya membalas kata-kata Adalia dengan senyuman dan menghantarnya pergi dengan pandangan. Kemudian dia mengangkat punggahan beg Adalia dibawa masuk ke dalam.

  Cili dipetik dari pokoknya, daun limau purut juga dipetik sedikit kerana kadang-kadang dia perlu berulang alik berkali-kali semata mahu memetik daun limau purut.

  Tiba-tiba angin berderu laju ke arah hutan di sebelahnya. Seketika kemudian, ia terhenti. Adalia tidak mengendahkan deruan angin tersebut malah terus memetik cili api di ranting pokok.

  Saat dia bangun dari separa duduknya, sekali lagi angin menderu laju menuju ke arah hutan dibelakangnya dan sama seperti tadi, ia terhenti semula selepas seketika.

  Adalia membetulkan kain baju kurungnya yang diterbangkan angin kuat. Kemudian dia berpusing membelakangkan hutan tersebut mahu bergerak menuju ke pintu hadapan rumah, sekali lagi angin yang sama tetapi lebih kuat menderu deru tidak berhenti menghakanh dirinya untuk melangkah ke depan. Hairan Adalia dibuatnya angin itu seolah-olah menyuruhnya masuk ke dalam hutan tersebut.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now