Kisah - 24

1.2K 172 112
                                    

"Woi, bangunlah!" Citra berbisik perlahan menendang lengan pemuda di hadapannya yang agak cedera parah itu.

Perlahan-lahan bukaan mata Perkasa terbuka. Luka belum habis sembuh, bisa sengal badan masih tersisa sudah ditendang sebegitu rupa. Terpisat-pisat dia sedar dalam keadaan tidak mengerti apa-apa.

Pandangannya yang samar-samar menangkap kelibat seorang gadis yang sedang berdiri di sisinya. Mahu dianggap gadis itu risau tentangnya, namun sepertinya garang dan bengis yang terukir di wajahnya. Langsung tiada simpati.

Perlahan-lahan Perkasa cuba bangkit sambil matanya dikelip berkali-kali cuba melihat dengan jelas. Kepala masih pening akibat pertarungan dengan srikandi berbusana merah.

"Siapa kau?" Perkasa melontarkan bicaranya.

"Kau ini tidak tahu berterima kasih ya?" Citra menjawab soalan dengan soalan namun Perkasa hanya berkerut tidak memahami. Mindanya juga seperti matanya, masih samar-samar tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Haihh... Kau lupakah yang kau hampir mati bertarung dengan entah siapa-siapa di gua tadi?" Suara citra bernada sedikit keras bengang dengan tingkah laku Perkasa yang lembap itu. Sudahlah dia membantu pemuda itu kerana sangkanya ada berguna dia itu namun lembap juga tingkah laku nya ya.

Minda Perkasa bagai dihentak memori, terus dia teringat bahawa dia tiba-tiba hilang dalam pertarungan tadi. Sudahlah benar-benar nyawanya di hujung tanduk, sangkanya dia sudah mati ternyata masih bernafas lagi. Lega hati dibuatnya.

"Apakah kau yang menyelamatkanku?" Terpadam sedikit api amarah Citra bengis itu selepas mendengar soalan yang diajukan Perkasa.

'Nasib baik tidak terlalu bebal dia ini.' Bisik Citra dalam hati. Dikutuk dan disumpah seranahnya pemuda itu sesuka hatinya.

"Iyalah siapa lagi? Nasib baik ada aku tadi jikalau tidak melayang nyawa kau disiat keris gadis itu!" Dengus Citra kasar. Sungguh dia benar-benar malas mahu melayan karenah pemuda itu. Rasa menyesal mula mencengkam diri apabila terasa seperti dia tersalah selamatkan orang.

"Mengapa kau membantuku? Apakah kau mengenali aku? Kerana sepertinya aku tidak-"

"Heh! Kau jangan ingat aku tolong kau bersahaja ya!" Pantas bicara Perkasa dipotong Citra. "Aku bantu kau tidak lain kerana menyangka kita mempunyai musuh yang sama!"

"Bagaimana kau tahu siapa musuh aku?" Berkerut Perkasa dibuatnya. Harapkan pakaian sahaja mengikut syariat, namun lidah dan bicaranya langsung tiada adab dan sopan santun. Tanya sedikit pasti diherdik.

Sekali lagi Citra mendengus kasar bagaikan ada api mahu keluar dari hidungnya. "Gadis yang kau culik itu, aku mengenalinya. Aku tidak tahu apa urusan kau dengan dia tetapi sepertinya yang kau ingin dapatkan sekarang ini ialah seorang gadis lain. Apakah tekaanku benar?"

Perkasa terkesima. Bijak benar gadis ini. Apakah dia juga mengenali Tuanku Puteri Seri Dahlia?

"Apakah kau juga bermusuhan dengan Tuanku Puteri Seri Dahlia?"

Kini Citra pula terkesima. "Tuanku... Puteri?!"

Mulutnya terlopong besar tidak mempercayai maklumat baru daripada Perkasa itu. Suasana kekal sunyi seketika. Hanya kedengaran bunyi burung menghiasi suasana di hutan itu.

"Kata kau, kita punyai musuh yang sama?" Perkasa mengajukan soalan lagi apabila melihat Citra terkedu tanpa kata.

"Dahlia..."

"Adalah seorang puteri?" Citra memandang tepat ke Perkasa meminta kepastian. Padanlah Arjuna yang didambanya itu tergila-gila dengan Si Dahlia ini. Puteri rupanya.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now