Kisah - 52

611 58 6
                                    

"LA ILA HA ILLA ALLAH!"

Gema laungan azan berkumandang mengejutkan Arjuna dari lelapnya. Samar-samar seluruh pandangannya. Di manakah dia? Otak masih celaru, diri terpinga menggunakan mata melilau memandang sekeliling cuba menghadam situasi biarpun fikiran masih tidak bersedia dengan segala yang berlaku ketika ini.

Beberapa ketika kemudian barulah bunyi desas-desus berjaya ditangkap telinga Arjuna yang masih kabur pandangannya. Dirinya masih kekal berbaring. Pandangannya bagai di bawah hamparan selendang putih. Samar dan kabur semuanya.

Kepalanya ditoleh perlahan ke kiri. Kelibat seseorang sedang berbaring di sisinya ditatap. Namun matanya masih sukar mentafsir gerangan insan di sisinya itu. Kepalanya berdenyut sakit tidak mampu mengingati walau sebarang perkara yang berlaku yang menjadi asbab keberadaanya ketika itu dalam keadaan sebegitu.

"Saudari!"

Arjuna tersentak saat pancainderanya menangkap bunyi seseorang seolah sedang memanggilnya. Sepertinya ia suara seorang pemuda berbadan gempal dalam usia lingkungan 30-an yang sedang mengutarakan bicaranya kepada Arjuna.

"Saudari!"

Akhirnya.

Pandangan Arjuna berjaya menjadi jelas semula. Dia memandang atas ke arah pemuda tadi. Serta-merta memori menyentaknya. Dia mengenali pemuda itu. Bentaru! Pemuda yang ditemuinya di pesisir pantai pada malam kejadian yang sedang menikmati lepat pisang bersama sahabatnya, Mat.

"Saudari baik-baik sahajakah?" Soal Bentaru bernada gusar.

"I-iya..." Biarpun masih dalam keadaan terpinga Arjuna dapat menyambut soalan tadi dengan baik.

"A-apa..." Arjuna cuba bangkit sambil dibantu Bentaru.

"Sebentar. Perlahan-lahan. Akan aku jelaskan semuanya nanti." Ujar Bentaru sambil memimpin Arjuna bangkit lalu bergerak menuju ke luar masjid. Ternyata mereka sedang berada dalam perkarangan beranda masjid yang besar.

Arjuna cuba melilau sekeliling namun pandangannya sedikit dihalang oleh susuk tubuh gempal Bentaru yang sedang memimpinnya. Hanya sekilas pandangannya sempat menangkap kelibat beberapa lagi pemuda lain yang sedang berbaring secara tersusun di beranda masjid itu.

Bentaru menyediakan sebuah kerusi buat Arjuna lalu dihulurkan segelas air masak buatnya. Kedengaran bunyi-bunyi bising pemuda-pemudi lain yang sedang menguruskan kapal-kapal dan perahu di sekitar pesisiran pantai timur Wantachitra itu.

Bentaru kemudiannya kelihatan sedang bertukar bicara dengan seorang pemuda lain. Masing-masing kelihatan tidaklah dalam keadaan bersih dan sempurna. Bukan sahaja mereka, malah semua yang berada di situ seolah sedang berhempas-pulas bekerja keras menguruskan sesuatu.

Masing-masing banjir dengan peluh. Lengan dan seluar disinsing ke atas bagi memudahkan urusan melakukan pelbagai kerja. Hatta sebuah tanjak pun tidak kelihatan di atas kepala pemuda-pemuda itu. Mundar-mandir penduduk ke sana dan ke mari membawa pelbagai barangan yang sudah kelihatan lusuh dan rosak. Masing-masing sudah comot dan kusut, penat menguruskan pelbagai perkara dari malam hingga ke pagi ini.

Sedang leka menghirup air sambil memerhati menghadam keadaan sekeliling, mata Arjuna menangkap kelibat dua orang pemuda sedang mengusung seseorang lalu dibawa ke perkarangan beranda masjid. Arjuna tersentak.

Serta merta mindanya teringat tentang seseorang.

Awi! Arjuna segera bangkit menuju ke arah kawasan beberapa orang yang sudah ditutup seluruh tubuh mereka dengan kain putih. Kabut Arjuna berlari sedikit terhinjut akibat kaki seolah sukar untuk bergerak mungkin atas asbab dirinya yang terluka seribu.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now