Kisah - 70

295 33 0
                                    

"Ampun Tuanku, utusan surat daripada Tuanku Ratu Melawati buat Tuanku." Ujar seorang hulubalang istana yang masih menunduk sambil surat utusan itu dijunjung tinggi untuk diberi kepada Sultan Muadzam Shah.

Sultan Muadzam Shah berkerut seketika. Belum cukup sehari mereka bertemu, masih ada lagi isu pentingkah? Surat utusan itu dicapainya lalu dibuka lipatannya dengan cermat. Isi kandungan surat dibacanya dengan baik.

Serentak dengan itu matanya membuntang tidak mempercayai berita yang baru tiba ke pengetahuannya.

"Hantar tabib terhandal Wantachitra ke Kampung Empat Puncak sekarang! Beta titahkan untuk temenggung Tarawangsa, Arjuna Akasia dan puteri beta, Puteri Seri Dahlia dapat keluar dari kampung itu dengan selamat! Segera!" Titah Sultan Muadzam Shah tegas. Wajahnya jelas melukis gundah gulana. Memandangkan perkara ini sudah melibatkan pemimpin Tarawangsa, ia menjadi semakin besar dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Ampun Tuanku! Menjunjung titah Tuanku!" Laung hulubalang istana tersebut seraya bangkit bergerak pantas menuju ke pintu keluar dari kamarnya sultan.

Sultan Muadzam Shah berkerut sejenak. Petang tadi ada diterima olehnya akan surat utusan daripada Iskandar, pengawal setianya, namun isi kandungan surat hanya meminta bantuan daripada tabib-tabib lain. Tidak pula dinyatakan tentang penyakit berjangkit yang berpuncanya daripada Dahlia sendiri? Hairan...
_______________________•••____________________

Raja Sang berdiri di luar beranda bahteranya yang serba mewah berbanding kerajaan lainnya. Memang niatnya untuk menunjuk- nunjuk mempamerkan kemewahan dan kekayaannya sekaligus menagih rasa hormat dan kagum dari seluruh rakyat. Kekuatan dan kehebatannya dirinya diserlahkan secara berlebihan agar tiada yang berani memijak kepalanya. Itulah Raja Sang Kudawamarti.

Beberapa hasta di belakang kirinya, berdirinya Wan Panji, selaku pemangku setia Raja Sang. Dia menjarakkan dirinya dengan Raja Sang untuk memberi ruang kepada beliau menikmati pawana senja itu serta menyaksikan keindahan alam di saat Sang Mentari mula berlabuh tirai.

Wajahnya Raja Sang mendatar sahaja, tiada bengis namun tiada juga senyuman. Mindanya banjir dengan pelbagai hal. Namun dalam kesibukannya memikirkan urusan kerajaannya, terselit juga Dahlia dalam mindanya. Memorinya bersama gadis itu semasa majlis tadi diketuk minda.

Raja Sang mengeluh berat. Itu bukanlah memori yang baik untuk menjadi penyeri mindanya. Namun, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

"Wan Panji." Panggil Raja Sang tanpa menoleh. Pandangannya kekal jatuh pada bentangan samudera yang membiru.

"Ya, Tuanku." Sahut Wan Panji pula. Posisinya juga masih kekal sama, bertapak di lantai kapal tanpa berganjak walau seinci.

"Apa perkembangannya?" Soal Raja Sang, merujuk kepada rancangan baru miliknya.

"Lancar, Tuanku. Perkasa juga sudah berada bersama Tuanku di atas kapal ini." Ringkas, mudah dan padat Wan Panji membalas soalan Raja Sang dengan jawapan yang ingin didengarinya.

Serta merta bibir Raja Sang koyak dengan senyuman. Akhirnya, ada juga sesuatu yang menyenangkan hatinya yang penuh kusut dengan gundah gulana tiada henti. Namun senyumannya tidak kekal lama. Kelibat seekor burung pelatih di dada langit menarik perhatiannya.

Matanya mengecil, cuba melihat kelibat burung itu dengan lebih jelas. Sungguh dia mengenali haiwan peliharaan itu. Burung itu miliknya seorang perisik Sulantara yang diletakkan di Wantachitra.

"Mengapa Culan datang ke mari?" Soal Raja Sang, dahinya berkerut. Culan merupakan nama bagi burung yang dimaksudkan. Serentak dengan itu Wan Panji turut menoleh sama memandang langit.

Kedua-dua mereka menanti penuh sabar sehinggalah Culan datang bertenggek di jari Raja Sang. Segera surat kecil bergulung di kaki Culan diambil oleh Raja Sang. Isi kandungan surat dibaca. Serta merta Raja Sang menoleh menecerlung Wan Panji penuh garang. Jelas isi kandungan surat tidaklah membawa berita yang baik.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now