Kisah - 42

875 107 23
                                    

"Itu sahajakah yang kau pinta? Langsung tiada hajat lebih baik untuk dipohon?" Merpatika menyoal Dahlia selepas Ratu Gemala serta hulubalangnya berangkat pulang ke alam masing-masing. Punah harapan Merpatika apabila peluang yang seharusnya Dahlia gunakan sebaik mungkin terasa seperti dibazirkan untuk hajat yang bukan untuk kebaikan dirinya sendiri.

"Biarlah dia Merpatika. Hak dia untuk memilih apa sahaja. Lagipula, pada pandangan aku, hajatnya tidaklah begitu membazir. Tetap ada kebaikannya juga." Sang Jentayu pula mencelah memihak sama dengan Dahlia.

Merpatika hanya mencebik sedikit apabila menyedari Sang Jentayu turut sama berpihak dengan Dahlia. Dahlia pula hanya mengerling apam putih itu sambil bibirnya tersenyum manis. Comel sangat! Merpatika ini memang tidak boleh jadi garang kerana wajahnya akan tetap terlihat comel dan bulat.

Namun dalam geramnya Merpatika, terselit lega dalam hatinya kerana menyedari bahawa Dahlia serba sedikit sudah berubah ke arah kebaikan. Sungguh dirinya semakin hari semakin cantik akhlaknya semakin bersih hatinya. Lega hatinya sebagai seorang guru buat gadis tersebut.

"Kau tersengih apa? Pergi sambung berlatih sana? Mentang-mentang sudah berjaya memanah Banang Si bunian itu, usah kau mengambil latihan ini sambil lewa ya!" Sergah Merpatika yang menyedari senyuman manis tidak lekang dari bibir Dahlia. Entah apa yang mencuit hatinya, dia pun tidak tahu.

"Aku tidak menyangka Dahlia kau sudah semahir itu! Jikalau tidak keberatan, tunjukkanlah pada Ku kemahiran kau yang semakin bertambah ini!" Ujar Sang jentayu teruja. Keterujaannya itu ada bagusnya kerana ia menjadi pembakar semangat buat Dahlia untuk terus berlatih kerana berbanding Merpatika, Si Apam itu hanya tahu mengkritik sahaja. Kadangkala dia ingin dipuji juga, jikalau tidak punah semangat mahu meneruskan misinya itu.

"Baiklah, akan aku cuba sekali lagi!" Bersemangat Dahlia mula mengangkat tinggi busur dan panahnya sambil cuba mengingati semula corak serangan yang dilampiaskannya kepada Banang sebentar tadi.

Tus!

Gagal. Panahannya tidak mengenai sasaran. Ternyata kemahirannya memang harus diasah lagi hingga tajam. Sungguh serangan berjaya terhadap Banang sebentar tadi hanyalah nasib sahaja. Dahlia sedikit mengeluh namun tidaklah kecewa menguasai seluruh jiwanya kerana dirinya sendiri sudah pun mengagak tentang perkara itu terlebih dahulu.

Sungguh dia harus berlatih lebih lagi. Seperti biasa prinsip Dahlia, tiada erti putus asa selagi belum berjaya. Tidak mustahil kejayaan tiba selama dia tidak berhenti mencuba.

Namun cubaannya yang seterusnya dihentikan Jentayu.

"Dahlia, kau masih belum makan. Berehatlah sebentar dan jamah sedikit kudapan yang aku bawa ini." Ujar Sang Jentayu sambil menunjukkan 'harta pencariannyayang berupa bentuk makanan seperti buah-buahan.

Dahlia terhenti seketika. Benar kata Jentayu. Disebabkan peristiwa terserempak dengan Banang sebentar tadi dan segala yang berlaku selepas itu membuatkannya lupa bahawa perut kosongnya masih belum diiisi. Berkeroncong perutnya berbunyi akibat kelaparan minta diisi.

Segera Dahlia menyangkut busurnya di belakang tubuh sambil bergerak menuju ke arah Jentayu dan Merpatika. Sungguh tidak menyempat Si Apam itu datang menjamah terlebih dahulu.

Dahlia bergerak ke tasik berhampiran untuk mencuci tangannya sebelum kembali ke lokasi dua burung gergasi itu. Dia duduk di lantai hutan berlapikkan permaidani hijau rumput hutan.

"Bismillahirrahmanirrahim..." Bibirnya melantunkan doa makan sebelum dia mula mengoyak kulit manggis manis itu.

"Apa kau sangka aku tidak reti buka manggis ya?" Soal Merpatika apabila Dahlia menghulurkan sebuah manggis yang sudah siap dicabut kulit bahagian atasnya. Parah benar Si Apam ini, sudah orang bantu lagi mahu bertikam lidah.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now