Kisah - 37

892 127 12
                                    

"Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh!" Laung Arjuna sekuatnya agar suaranya dapat didengari semua pihak.

Kemudian kedengaran suasana kembali bising dengan jawapan salam dari para penduduk yang membalas tanpa irama. Bagaikan bising lalat bunyinya.

"Pertama sekali!! Terima kasih atas kerjasama semua mengorban waktu hadir ke mari demi menyertai latihan untuk upacara di Majlis Keraian Setiga Serangkai yang bakal diadakan nanti!!" Kuat suara Arjuna berlaung ke seluruh kawasan lapang itu. Terkesima Ratna dibuatnya, tidak pernah dia melihat Arjuna sebegitu bertenaga.

Bahkan Arjuna juga selalu mengunci mulutnya dalam perjalanan mereka bersama kakanda Dahlia itu. Sukar sungguh untuk mendengar suaranya kedengaran. Biasanya hanya dia dan Dahlia yang berceloteh bertukar bicara.

"Namun! Dukacita aku maklumkan bahawa  tidak semuanya akan dapat menyertai pertunjukkan ini! Beribu maaf aku utarakan sekiranya ini bakal mengguris beberapa hati dalam kalangan kalian! Namun! Sungguh hanya tentera Ku sahaja yang diundang untuk menyertai pertunjukkan ini memandangkan merekalah yang merupakan tentera utama Tarawangsa!" Arjuna sedikit kesal menyuarakan pendapatnya yang itu kerana usaha penduduk yang hadir pada petang itu amatlah dia hargai sepenuhnya atas kesudian mereka berminat menyertai mengharumkan nama Tarawangsa.

Namun apakan daya, tidak manislah sekiranya mereka sebegini ramai datang bertandang ke Wantachitra. Seharusnya hanya para tentera yang dibenarkan membuat pertunjukkan di negara orang itu. Maka, selebihnya haruslah pulang semula ke rumah masing-masing.

Awi memberitahu beberapa penduduk soal ini adalah kerana mereka yang bertanya terlebih dahulu. Tidaklah persembahannya sungguh luar biasa, hanyalah sekadar mengetuk pedang ke perisai bagi menghasilkan bunyi seolah-olah kompang. Kemudian mereka akan membuat beberapa tarian berirama menunjukkan kesenian budaya kerajaan masing-masing.

Tiba-tiba salah seorang dari kalangan penduduk biasa mengangkat tangan memberi isyarat bahawa dia ingin melontarkan bicaranya.

"Silakan!" Arjuna menoleh ke arah pemuda tersebut sambil tangannya didepakan lurus ke arah pemuda itu memberi ruang dia berbicara sebentar.

"Tuan Arjuna! Saya selaku penduduk biasa ingin menyuarakan isi hati kami! Sekarang ini kami rakyat biasa tidak berkemampuan untuk bergerak ke sana ke mari, hanya pada saat inilah kami berpeluang untuk menziarah Wantachitra! Sudah bertahun lamanya asyik golongan tentera sahaja yang terpilih bagi upacara sebegini! Apa nasib kami golongan rakyat biasa ini pula?!" Lantang pemuda itu bersuara agar dapat didengari semua pihak.

Serentak dengan itu, penduduk yang lain turut sama mengiyakan bicara pemuda seorang itu. Mereka cemburu dengan para tentera yang mendapat layanan istimewa lebih-lebih lagi ketika berada di atas kapal. Sungguh sebagai penduduk biasa, diri mereka tidak pernah merasa berlayar menggunakan kapal. Maka atas sebab itulah, tahun ini sebaik sahaja mereka tahu tentang pemilihan upacara ini, segera semuanya berpusu-pusu tidak ingin melepaskan peluang menyertai.

Arjuna terdiam seketika. Runsing memikirkan bagaimana harus dia menerangkan kepada penduduk di situ. Sungguh dia faham dan cukup mengerti keinginan hati para penduduk itu namun apakan daya, sekiranya dia membawa penduduk biasa bagi menyertai upacara tersebut, perkara itu akan dianggap sebagai kurang sopan terhadap tetamu kehormat di sana nanti.

Sungguh tentera dipilih kerana mereka merupakan golongan yang dihormati atas usaha berjuang mengekalkan keamanan di tanah air sendiri. Atas sebab itulah, sebagai ganjarannya, mereka yang bertarung nyawa ini mendapat penghormatan luar biasa daripada tetamu kehormat.

Namun, hanya kerana para tentera dihormati tidak bermakna rakyat marhaen tidak dihargai. Sungguh mereka turut sama dihargai kerana menjadi penduduk asal tanah air. Malah mereka jugalah yang banyak membantu ekonomi kerajaan. Bagi rakyat yang sukar hidupnya ini pula, mereka tidak punya apa-apa. Wang yang ada akan digunakan bagi menyara hidup keluarga masing-masing.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now