Kisah - 66

271 35 3
                                    

"Itam?"

Tok Pengembala menolak sedikit pintu kandang kambing hitamnya itu. Kepalanya menjenguk ke dalam. Dia tidak mampu untuk terus melangkah masuk ke dalam memandangkan penyakit kambing itu mungkin juga boleh jadi merbahaya buat dirinya.

Kandang itu tidaklah besar mana. Sekadar memuatkan dua ekor kambing berserta bekas makan minumnya serta bekas tinjanya. Menjenguk sekadarnya sudah memadai untuk melihat seluruh kawasan kandang itu.

Netranya Tok Pengembala digosok berkali sebelum dahinya berkerut. Kawasan kandang itu kosong. Ke mana perginya Itam? Bagaimana kambing yang dalam keadaan lemah itu melompat keluar? Tenaganya mustahil cukup untuk dia terus melangkah melarikan diri.

Malah di kawasan kambingnya yang sihat belaka juga tidak terlihat Itam. Sumpah ke mana hilang kambingya seekor ini?

Sedang Tok Pengembala dalam dilema dan runsing yang berlanjutan, pandangannya jatuh pada kesan tompokan darah pada lantai kandang. Matanya terbuntang. Dia terkedu, lidahnya kelu.

Apabila dia perhatikan seluruh kawasan kandang itu, baru Tok Pengembala sedar bahawasanya ada beberapa kesan geseran kasar di beberapa bahagian. Nafas Tok Pengembala menjadi tak keruan.

'Itam bukan hilang. Ada yang menariknya keluar!' Itulah satu kesimpulan yang mampu dibuat Tok Pengembala.

Tanpa berlengah, segera dia meninggalkan kawasan kandangnya. Kakinya terus mengorak langkah keluar dari kandang kambing Itam menuju ke pagar utama kandangnya. Namun sebaik sahaja dia menukar hala dari tembok dinding kandang Itam, kelibat seorang insan tidak dikenali berdiri sasa di hadapannya.

Insan itu kelihatan seperti pemuda sasa. Tegap tubuhnya sambil memakai pakaian bertutup litup berwarna hitam kelam. Wajahnya tidak kelihatan kerana separuh ditutup dengan sehelai kain untuk merahsiakan identitinya. Malah bahagian matanya juga tidak dapat dilihat oleh Tok Pengembala kerana dia menunduk.

Hud hitamnya menyelubungi seluruh tubuhnya namun masih terlihat betapa tegapnya tubuh pemuda itu. Pemuda itu kekal bertapak kaku di situ tanpa berganjak. Namun sepertinya itu lawan, bukan kawan.

"Siapa kau?!" Laung Tok Pengembala garang dan tegas. Tongkatnya yang digunakan untuk mengembala dicapainya. Serta-merta dirinya bersiaga. Kekudanya dibuka. Tok Pengembala bukanlah seorang yang arif dalam seni bela diri ini. Namun terdapat juga beberapa ilmu asas yang diketahuinya.

Pemuda itu kekal mengunci mulutnya bagaikan si bisu. Tiada sepatah kata pun yang diutarakan mulutnya. Melihatkan itu, Tok Pengembala bertindak menyerang dahulu.

Namun tiadalah buku bertemu ruas, Tok Pengembala jauh sama sekali tidak layak bertanding dengan pemuda handal itu. Tambahan pula, umurnya Tok Pengembala itu menyebabkan pergerakannya lebih terhad berbanding pemuda sasa itu.

Pertarungan tidak berlaku dengan lama. Dengan mudahnya pemuda sasa itu menumpaskan Tok Pengembala. Tanpa sempat mengelip mata, hujung bilah kerambit pemuda itu kini berada tepat di leher Tok Pengembala.

Namun sebagaimana pemuda itu berjaya menoktahkan pergerakan Tok Pengembala, warga emas itu juga berjaya menarik selendang kecil yang menjadi pelitup muka pemuda itu.

Mata Tok Pengembala terbuntang luas. Lidahnya kelu. Terkesima dengan wajah yang dilihatnya itu.

Menyedari identitinya sudah terbongkar, pemuda itu menyeringai lebar. Matanya mengecil memandang Tok Pengembala yang bagai telur dihujung tanduk itu.

"Nyawa kau tamat di sini orang tua." Perlahan pemuda itu berbisik di tepi corong telinga Tok Pengembala.

"Asyhadu..." Belum sempat syahadahnya habis, lehernya Tok Pengembala dikelar pemuda itu tanpa belas ihsan. Darah memancut keluar melukis peta di wajah pemuda tiada hati perut itu. Nyawa warga emas itu ditamatkan begitu sahaja.

Dusta Puteri PalsuWhere stories live. Discover now