Chapter 1

121K 2.8K 98
                                    

Ya Allah Aulia Malaikha! Lembik betul lah kau ni. Baru nak jalan beberapa kilometer pun dah termengah-mengah. Itulah abang Umar suruh workout time cuti sementara tunggu kemasukan kau tak nak. Kan dah mendapat.

LEMAH! Bak kata abang Umar dengan gaya mukanya yang menyakitkan hati.

"Huh! Universiti ni tak boleh buat besar lagi ke?" Aulia membetulkan totebag di bahu yang hampir jatuh.

"Kau ni Al" belakang Aulia ditepuk kuat.

"Sikit je lagi nak sampai dewan kuliah khawarizmi tu. Dari tadi membebel. Penat lah aku dengan kau ni"

Selamba badak je Sofeya rakan serumah Aulia menegur. Walaupun mereka baru kenal tapi rasa macam dah lama kenal. Tambah lagi dua-dua masuk air.

"Aduh! Sakit lah gila!"

"Tahu pun. Mulut tu kunci"

"Aku bukan apa Feya. Tak boleh ke lecturer buat perjumpaan ni dekat dewan kuliah fakulti kita tu. Nak jugak buat dekat dewan kuliah jauh-jauh"

Memang dari semalam Aulia membebel tentang perkara ini. Dia memang tidak gemar nak berjalan jauh-jauh. Lecturer pula nak buat perjumpaan untuk semua pelajar degree kos perancang bandar ni. Haih!

Masuk sahaja ke dewan kuliah khawarizmi terus Aulia mendapatkan tempat kosong. Daripada jauh lagi Aulia nampak kerusi di barisan ketiga dari atas ditepi tangga seperti tempat yang strategik untuk melakukan kerja jahatnya. Nak tidur, nak makan tak akan ada sesiapa yang nampak. Cunzz! Terus Aulia berlari mendapatkan tempat itu untuk dirinya dan Sofeya.

Aulia terlanggar bahu seseorang tatapi Aulia tidak mempedulikannya. Asalkan dia dapat tempat tu.

"Laju kau ya" tegur Sofeya

"Semestinya demi tempat yang strategik" berkali-kali Aulia mengangkat keningnya

"Ni mesti kau nak tidur kan?" Sofeya mengecilkan mata menunggu jawapan rakannya itu.

Lagi sekali Aulia mengangkat keningnya sambil senyum nakal.

"Selamat pagi semua. Saya harap semua sudah berada di dalam dewan kuliah ini. Sebelum kita mula, tolong isikan senarai nama kamu dalam borang yang saya akan pas ini ya. Mudah untuk saya kesan siapa yang tak ada. Saya akan ambil tindakan untuk orang yang sengaja tidak hadir"

Tegas sahaja bunyinya. Seorang pensyarah perempuan lingkungan umur 30an memberikan borang kehadiran.

"Aduh, aku ingatkan sekolah je tak boleh ponteng. Sampai universiti pon sama je." Bisik Aulia pada Sofeya yang sedang khusyuk mendengar kata-kata pensyarah.

Mata yang masih tidak beralih memandang pensyarah membalas kata-kata Aulia "Kalau kau sesuka hati tak nak datang kelas, pegi buat universiti kau sendiri. Kau sendiri yang mengajar, kau sendiri yang belajar. Sampai abang jamil mampus"

Pipi Sofeya dilempang. Tidak kuat tapi terteleng juga lah kepala Sofeya.

"Sakitlah gila" Sofeya memegang pipinya

"Awak, nah borang" pelajar didepan tempat duduk Aulia memberikan borang kehadiran

"Terima kasih" boleh pulak si Aulia ni cakap elok-elok dengan orang lain. Kalau dengan Sofeya bukan main.

Nama Aulia dan Sofeya sudah diisi. Aulia ingin pas pada pelajar lelaki yang duduk selang dua kerusi disebelah kirinya. Kedua-dua kerusi sebelahnya rosak. Sebab itulah tak ada siapa yang duduk

Ermm. Apa aku nak panggil ni. Awak?. Eeii macam baik sangat. You? Macam menggatal. Aulia melihat kiri kanan. Macam mana ni. Aulia menoleh kebelakang mungkin dia boleh pas pada orang belakang dahulu. Kebetulan budak lelaki dibelakangnya sedang memandangnya.

Aulia menghulurkan borang itu kepadanya lelaki itu. What! Dia senyum je!. Kepala pula digerakkan ke kiri. Dia suruh pas jugak pada budak lelaki dikirinya itu.

Aku ni dah la pemalu. Nampak je macam harimau bintang tapi bila dengan lelaki macam pokok semalu tau.

Fuh! Nasib baik budak dikirinya sudah pandang terus sahaja dihulurkan borang kehadiran itu.

Aulia fokus semula pada pensyarah apabila taklimat bermula. Tiba-tiba sahaja bibirnya mengukir senyuman entah kenapa. Teringat wajah lelaki dibelakangnya. Menyakitkan hati tapi COMEL!

Apabila sudah selesai taklimat, mata Aulia mencari susuk tubuh lelaki dibelakangnya tadi tapi tak jumpa. Alangkah kecewanya dia.

"Kau cari siapa Al?" tegur Sofeya yang pelik dengan kawannya.

"Aku cari jodoh aku"

"Jodoh ke bodoh?" selamba sofeya membalas.

"Eh kau ni. Support lah sikit member kau ni. Cikgu sekolah aku kata kalau nak cari jodoh, cari dekat universiti. Aku dah jumpa jodoh aku. Betul lah cikgu aku kata. Terima kasih cikgu! Sayang cikgu!"

BUK! Sekali lagi belakang Aulia ditepuk

"Kau ni gila ek? Jangan lah jerit. Universiti pun baru masuk seminggu ada hati nak cari jodoh. Berangan lah kau ni. Dah lah malas aku nak layan kau" Sofeya meninggalkan kawan sengalnya disitu.

"Eh Feya? Betul lah dia jodoh aku! Ada tulisan dekat dahi dia 'AKU AULIA MALAIKHA PUNYA'. Tapi aku je la yang nampak"

"Diamlah Al!" Sofeya sudah menutup mukanya dengan buku. Semua orang memandang pelik pada mereka

"Eh tunggu aku!"

"Jangan ikut aku! Kau bukan housemate aku! Aku tak kenal kau!" kata Sofeya. Terlalu malu punya pasal dia melajukan langkahnya. Lantak kau lah Al.

Siapa dia? Kenapa dia sangat menarik perhatian aku?

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now