Chapter 20

58.9K 2.1K 76
                                    

"Aku nak kau selesaikan penyangak bertiga tu. Aku tak kesah kau nak buat apa sekalipun dengan diaorang. Aku nak diaorang menyesal seumur hidup."

Nadiem bercakap hujung bilik itu. Serious suaranya bercakap dalam telefon. Nadiem terus akhiri perbualan bila Aulia memandangnya tajam.

"Kenapa kau pandang aku macam tu cik tunang?"

Aulia campak saja barangnya dalam bag. Berang dengan perangai Nadiem. Tak semena dia dah jadi tunang orang. Abang Umar pula sibuk menyakat aku pasal ni. Mana taknya, tiba-tiba je dapat tahu adiknya nak dilamar.

"Awak tak penat ke hari-hari datang lawat saya? Awak tak ada kerja ke? Saya tak nak awak ambil saya. Saya boleh balik sendiri"

Aulia menyangkut bagnya di bahu dan terus keluar dari bilik itu tanpa menunggu Nadiem.

Awal-awal lagi Aulia sudah menempah grab. Malas nak mengadap muka Nadiem.

Pintu kereta dibuka tapi ditahan oleh Nadiem. Aulia memandangnya tajam.

"Tepi lah!"

"Balik dengan aku"

"Tak nak"

Nadiem menolak Aulia ketepi. Kepala ditunduk sedikit untuk bercakap dengan abang grab. Abang grab hanya menunduk faham. Tidak lama selepas itu grab pergi meninggalkan Aulia disitu.

"Eh, grab!"

Bengang Aulia dibuatnya. Ni mesti Nadiem yang suruh grab tu pergi.

Nadiem mengambil bag dibahu Aulia lalu dipikulnya. Tanpa sebarang kata Nadiem menarik tangan Aulia menuju ke keretanya yang tak jauh dari pintu masuk hospital.

Nadiem membuka pintu kereta untuk Aulia. Nadiem menggerakkan kepala menyuruh Aulia masuk. Selepas seminit terasa panas berdiri bawah matahari barulah Aulia masuk ke dalam perut kereta. Nadiem hanya tersenyum senget.

"Okey, apa yang kau marah sangat ni? cuba cerita. Aku dengar"

Nadiem menongkat dagu pada armrest memandang wajah Aulia yang masam mencuka. Sedia untuk mendengar bebelan yang bakal dihemburkan padanya.

"Saya nak putus tunang. Saya tak suka awak buat keputusan macam ni. saya tak nak pun bertunang dengan awak. Awak tahu tak awak ni selalu menyakitkan hati saya. Awak dah buat saya benci awak dari zaman uni dulu. Jadi kenapa saya nak bertunang dengan orang yang saya benci"

Panjang bebelan Aulia. Tanpa sedar, Nadiem memakaikan seatbelt Aulia. Tangannya ditongkatkan semula pada armrest. Mengangguk-angguk faham walaupun sebenarnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aulia menarik nafas dalam-dalam. Lega bila dah keluar semua yang terbuku di hati. Rasanya dia bercakap dalam satu nafas je. Huh! Mengah.

"Dah habis cakap dah?"

Angguk.

"Lega dah?"

Angguk.

"Okey sekarang kita pergi makan"

"Tak nak makan. Saya nak balik. Hantar saya balik" Kata Aulia sambil melemparkan pandangannya keluar tingkap.

"No, makan dulu. Sepanjang bebelan kau tadi, perut kau berbunyi lagi kuat dari suara kau"

Aulia memegang perutnya. Kuat ke?. memang dia tengah lapar. Discharge tadi pun dah pukul 12.15. tak sempat nak makan makanan tengah hari di hospital.

***

Aulia menelan air liur melihat makanan yang terhidang depannya. Sedapnya!. Aulia terus mengalihkan pandangan. No Aulia! Kau jangan makan! Kau tak akan makan dengan dia.

RARE HUSBAND || COpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz