Chapter 24

60.9K 2.3K 217
                                    

Aulia duduk di hujung katil. Mata Aulia melilau sekitar bilik itu. Besarnya lah bilik ni. Rasanya kalau menyorok dalam bilik ni, besok baru jumpa. Aulia bangun melihat sekitar bilik itu. Satu frame gambar yang menarik peratiannya di ambil. Tanpa sedar bibir Aulia mengukir senyuman. Comel betul freestyle mereka sekeluarga. Nampak jelas hubungan diaorang sekeluarga sangat rapat.

Mata tertumpu pada wajah lelaki yang sudah bergelar suaminya dalam gambar tu. Betul ke aku dah jadi isteri dia? Betul ke keputusan aku ni? Aku isteri Nadiem Zhafran?

Keluhan panjang dilepaskan.

"Mengeluh apa tu cik isteri?"

Terkejut Alia membuatkan frame ditangannya terlepas. Mata terus beralih pada suara itu. Aulia terus mengalihkan pandangan pada frame di lantai selepas mata mereka bertembung. Errr. Kenapa dengan aku ni.

Aulia mengangkat frame gambar tapi sekali lagi frame itu jatuh. Tangan ni dah kenapa menggigil tak tentu pasal ni. Sejak bila pula aku ni ada penyakit Parkinson pula.

"Hey. Hey. Kenapa ni? Kau okey tak?"

Nadiem membantu Aulia mengambil frame gambar tu bila Aulia kaku berdiri disitu memandang tangannya.

Memang tak lah aku okey. Aku duduk sebilik dengan kau kot! Kau tanya soalan apa ni Nadiem. Okey, sekarang fikir cara macam mana nak lari ni. Aulia mengambil telefonnya dan mendail nombor Sofeya.

"Nak call siapa?"

"Sofeya" Laju Aulia menjawab

"Nak buat apa?"

"Nak minta tolong"

"Tolong apa?"

Tangan Aulia seperti membeku. Alamak!. Terlepas cakap pula. Habis lah dia tahu aku takut sekarang.

Aulia hanya diam. Mata hanya memandang skrin telefonnya yang masih tertera nombor Sofeya.

"I'm asking. Kau nak minta tolong apa?. Kenapa nak kacau orang lain malam-malam ni. Suami kau ni kan ada."

"Errr. T-tak ada apa. Cu-Cuma..."

"Cuma?"

Selangkah Nadiem menapak semakin mendekat. Aulia selangkah kebelakang.

"Takut? Takut dengan aku?"

"T-tak. Awak tu manusia, bukan hantu pun. Kenapa saya nak takut pula"

"Tapi aku boleh makan orang tau." Nadiem tersenyum nakal

Aulia menelan air liur. Apa ni cakap pasal makan pula. Aulia jadi tak keruan sebab dia faham apa yang Nadiem nak sampaikan. Tambah lagi ni malam pertama mereka.

Telefon Nadiem yang berbunyi membuat kepala mereka sama-sama menoleh ke arah telefon yang berada di atas meja. Fuh!. Nasib baik. Nadiem terus mengangkat panggilan itu.

Aulia cepat-cepat lari ke corridor. Rasa tak boleh bernafas dah duduk dalam bilik lama-lama. Peluh yang sedikit mengalir di dahi dilap.

Sesekali Aulia memandang Nadiem yang sedang bercakap dalam telefonnya. Serious saja mukanya. Cakap lah lama-lama sikit ya. Aku nak tenangkan diri dekat luar ni.

Aulia memeluk tubuh.

Tak berapa lama selepas tu, Aulia terasa satu tangan melingkar dipinggangnya dan bahunya terasa berat. Nadiem menjatuhkan dagunya dibahu Aulia. Dah buat dah perangai dia. Cepat betul dia bercakap dalam telefon. Kenapa tak cakap sampai esok pagi je.

Perlahan-lahan Aulia menolak tangan Nadiem yang sudah kemas memeluk pinggangnya. Tak selesa.

Nadiem terus melepaskan pelukannya itu. Mukanya sedikit kecewa. Dia terus berdiri di sebelah Aulia memeluk tubuh. Pandangan dilemparkan ke langit.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now