Chapter 34

43.9K 1.6K 187
                                    

-------

Saya nak putus! Saya penat dengan semua ni!😡 SAYA BENCI AWAK - Aulia

Kenapa marah-marah sayang abang ni? Tak mau lah cakap kasar-kasar macam ni. Abang cubit karang - Husbaby❤️

Saya tak nak dengar apa-apa. Saya nak putus!!!! - Aulia

Putus apa? Kita dah kahwin sayang. Bukan bercinta. Manja abang ni kenapa? Nak abang balik ke? - Husbaby❤️

Apa masalah awak ni?!. Tak faham bahasa ke?! Jangan cari saya lagi! Saya nak pergi makan - Aulia

Makan elok-elok sayang. Jangan makan benda merapu. Makan makanan sihat tau sayang. Abang nak sayang sihat je - Husbaby❤️

Biarlah saya nak makan apa pun. Awak nak sibuk kenapa?! Indulgence cake tu sedap. Jangan halang saya nak beli cake tu!😤😤 - Aulia

Seen

Abang dah order foodpanda. Kejap lagi kek indulgence tu sampai rumah. Makan tu beringat tau sayang. But lain kali jangan makan benda manis banyak sangat. It's not good for your health sayang. I love you so much baby! - Husbaby❤️

Aaaaaaaa. Thank you abang!!!!!😚 Love you more❤️ - Aulia

Lain kali kalau lapar bagitahu. Jangan garang-garang macam ni. Abang risau😌 - Husbaby❤️

Buat apa nak bagitahu kalau boleh gaduh🤪 - Aulia

Tunggu abang balik. Kita gaduh sama-sama. Tarik rambut sama-sama. Pukul bantal sama-sama. - Husbaby❤️

Okey abang! Sayang tunggu! Hehe. Sayang nak practice tarik rambut dulu. Bubye! - Aulia

Bye sayang❤️ - Husbaby❤️

-------

Hari ni Aulia pergi ke rumah mak mertuanya. Katanya kawan lama mama nak datang dan nak kenal dengan Aulia. Kelam kabut Aulia bersiap sebab tiba-tiba saja Naura sampai depan pintu. Kek indulgence juga tak sempat dijamah.

Aulia membuat air untuk tetamu. Aulia membawa dulang dengan berhati-hati. Kedengaran hentakan cawan kaca kerana tangan Aulia menggigil mengangkat dulang. Aulia meletakkan di atas meja. Dia terus menuangkan air ke dalam cawan.

"Barang rumah kau ni daripada dulu sampai sekarang sama je aku tengok. Cuba lah ubah sikit sofa dengan meja ni. Naik serabut aku tengok. Tengok macam aku ni, laki aku baru je belikan sofa tu ha. Mahal jugak harga dia" mata Puan Maria melilau melihat sekitar ruang tamu. Dia mencari kekurangan yang ada di rumah kawannya itu.

"Aku tak suka membazir. Selagi boleh guna, pakai jelah"

Puan Maria panas dengan jawapan tenang kawannya itu. Dia memang tak puas hati dengan Puan Nafisah. Daripada dulu ada saja ingin mencari kekurangan kawannya itu.

"Ni ke menantu kau Nafisah?" Tanya Puan Maria

"Iya. Ni lah menantu kesayangan aku yang aku cerita tu" Puan Nafisah tersenyum pada Aulia. Dia terus menarik Aulia untuk duduk disisinya. Puan Nafisah seperti mahu Aulia duduk disitu dengannya.

"Dah lama ke kahwinnya? Kau tak bagitahu aku pun anak sulung kau tu dah kahwin. Aku baru nak jodohkan dengan anak kedua aku tu."

Puan Nafisah tersenyum senget. Memang tak lah aku nak jodohkan anak sulung aku dengan anak kau. Kau dah mengata keluarga aku macam-macam lepastu ada hati nak jadikan anak aku menantu. Silap haribulan habis anak aku kena dera dengan kau. Gumam sendiri Puan Nafisah dalam hati.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now