Chapter 13

51.6K 2.5K 167
                                    

Setelah selesai solat maghrib, Aulia membuka almari bajunya seluasnya. Jari telunjuk diletakkan didagu. Nak pakai baju apa ya? Dress atau blouse?

Aulia mengetuk kepalanya sendiri. Dah kenapa beria nak pilih baju ni. Aulia menutup semula almari bajunya. Dia tekad tak mahu keluar. Apa nak jadi pun jadilah.

TING!

Aulia mencapai telifonnya di atas meja kecil sebelah katil. Tertera nama 'Beruk siku'.

-------
Kau dah siap ke? – Beruk siku

Abah saya tak bagi keluar malam – Aulia

You're liar Aulia. I just asked your father's permission to take you out for dinner😏 – Beruk siku

Awak cakap apa ni? – Aulia

Aku dekat bawah – Beruk siku
-------

What?! Seriously?! Aulia mencapai tudung sarungnya dan turun ke bawah. Suara gelak tawa abah dengan Nadiem sudah kedengaran. Dia ni biar betul?!

"Laa, kenapa Al tak siap lagi. Nadiem dah tunggu lama dah ni"

Aulia yang hanya berdiri di tangga mendekati abahnya.

"Abah bukan ke tak bagi Al keluar malam"

Aulia memandang mata abahnya dengan membulatkan mata. Harap-harap abah faham yang dia tak nak keluar dengan lelaki buruk siku depan abahnya itu.

"Abah okey je. Tapi jangan lupa balik awal"

Abah! Aduh! Abah tak kaw team la pulak. Rasa nak terjun bangunan je sekarang ni.

"Saya akan hantar Aulia balik before 12 malam ni pak cik" katanya

"Ha kamu buat apa lagi ni? Pergi lah bersiap" Arah abah.

"Al dah bersiap lah ni abah"

"Baju tidur?"

Dia tahu dia sedang memakai baju tidur satin lengan panjangnya. Nak keluar sangat kan. Ha. Aku pakai baju ni je.

"Sekarang dah trend keluar pakai baju tidur lah abah" Aulia berpusing-pusing menunjukkan baju tidurnya.

"Jom lah awak. Kata nak KELUAR sangat kan. Nanti lambat pulak" sengaja perkataan keluar itu ditekan.

"Kami keluar dulu ya pakcik" Nadiem menyalami tangan abah.

Acah baik konon. Tapi hakikatnya jin bertopengkan kucing!

Dalam kereta, masing-masing senyap. Aulia hanya memandang keluar. Sesekali memandang Nadiem. Dia ni tak penat ke asyik buat muka serious je. Memang otot muka tu asyik tegang je eh?

"Kau serious nak pakai baju tidur tu?" Nadiem memulakan perbualan

"Ada nampak saya tak serious ke?"

"Okey" Nadiem senyum sinis

Tahu pun takut. Ingat aku main-main ke bila cakap tak nak keluar. Biar dia malu keluar dengan aku. Bebel Aulia dalam hati.

Kereta diparkir betul-betul dihadapan hotel. Ternganga Aulia melihat hotel yang tersergam indah depan matanya. Serious la nak pergi sini.

Lengan baju Nadiem ditarik perlahan. Nadiem yang baru sahaja keluar dari perut kereta masuk semula.

"Why?"

"Serious ke nak makan dekat sini?"

"Ada nampak aku tak serious ke sekarang ni?"

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now