Chapter 38

38.6K 1.4K 137
                                    

Selepas selesai solat subuh, Aulia baring di atas sejadah. Semenjak dia berbadan dua, Aulia suka baring atas lantai berbanding atas katil. Kedua tangannya diletak atas perut yang sudah membukit. Mata dipejam.

Tiba-tiba Aulia terasa tangannya dialihkan. Nadiem duduk ditepi Aulia. Perut Aulia diusap lembut kemudian Nadiem mencium perut Aulia beberapa kali. Aulia membiarkan saja.

"Good morning anak daddy yang comel. Macam mana duduk dalam tummy mummy? Best tak? Ada macam Universal Studios Singapore tak? Atau Warner Bros studios?" Nadiem melekapkan bibirnya di perut Aulia

Tercelik mata Aulia. Terukir kerutan di dahi Aulia. Universal Studio? Warner Bros Studio?

"Abang merepek apa ni?" Aulia menjeling Nadiem

"Baby tengok tu mummy angry dekat daddy sebab tak nak bawa dia pergi office. Mummy siap nak let go daddy 50 ringgit" Nadiem mencebik. Mulutnya tak lepas mencium perut Aulia.

Lagi sekali Aulia menjeling Nadiem. Mestilah marah. Semalam bila Aulia dapat tahu Puan Nafisah nak buat makan-makan di office, pagi-pagi lagi Aulia dah bersiap tapi Nadiem tak bagi pergi.

"Alololo kesian isteri abang ni. Abang bawa sayang pergi tempat lain ya. Shopping mall nak? Sayang kan suka shopping" kedua pipi Aulia dicubit

Aulia menepis tangan Nadiem lalu menjauhkan sedikit jaraknya dengan Nadiem.

"Sayang jangan lah senyap dengan abang lagi macam ni. Solat subuh pun sayang tak tunggu abang. It's really hurt me lah sayang"

Diam

"Kita dating je lah harini. Abang tak nak masuk office kalau sayang merajuk dengan abang macam ni. Tak tenang hati abang nanti. Sayang pergi bersiap dulu. Ke sayang nak abang siapkan sayang?" Nadiem tersenyum nakal. Dia menjongketkan keningnya. Tangannya merayap ke dalam baju Aulia.

Muka Nadiem yang sudah merapati muka Aulia ditolak. Sampai terteleng kepalanya.

"Sayang siap sendiri je. Sayang masih ada kaki dengan tangan. Tepi sikit"

Tubuh Nadiem ditolak sedikit untuk memberi ruangnya untuk bangun dari baringannya. Aulia baru sahaja nak bangun tapi ditahan oleh Nadiem.

"Sayang! Jangan lah tak kawan abang! Nanti abang tak ada kawan!"

Seluruh wajah Aulia digomol lalu dicium setiap sudut wajah isterinya. Rimas! Aulia cuba menolak tapi Nadiem tetap menggomol Aulia.

"Abang, sayang rimas lah!"

"Abang tak peduli. Tadi abang dah gomol baby sekarang abang nak gomol mak baby pula"

Semakin merah wajah Aulia dibuatnya. Ni memang tak ada cara lain kecuali.....

"Awwwwww! Sakit sayang! Jangan tarik rambut abang!"

Makin kuat Aulia menarik rambut Nadiem. Apabila ada peluang, Aulia terus bangun meninggalkan Nadiem disitu. Sakit pula hati ni. Langkah Aulia terhenti bila terdengar bunyi siulan dari mulut Nadiem. Aulia menoleh.

Nadiem sudah baring diatas katil dan baju kemejanya dibiarkan tidak berbutang. Sengaja nak dedahkan roti-roti yang fresh from oven pada Aulia. Kedua tangan Nadiem diletakkan bawah kepalanya. Keningnya dijongketkan.

"Kenapa tengok je sayang. Tak nak sarapan roti dulu ke pagi ni?" Nadiem tersenyum nakal.

Hati Aulia seperti nak melompat keluar dari tempat asalnya. Nak! Tapi Aulia cuba sehabis baik mengawal riak wajahnya. Aulia menyangkut semula telekung yang dia pakai tadi. Matanya tak berhenti menjeling Nadiem dengan ekor mata yang masih dengan posisinya.

Nadiem yang perasan Aulia curi-curi tengok hanya ketawa. Abang tahu sayang mahu tapi malu. Kali ni Nadiem membuat gaya seolah-olah mengambil satu rotinya lalu dimakan. Kunyahan itu dibuat gaya cukup menggoda.

RARE HUSBAND || CUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum