Chapter 40

38.8K 1.2K 45
                                    

Aulia melangkah satu persatu anak tangga perlahan-lahan. Kelibat Nadiem dan Niyaz dicari. Dia terus menuju ke biliknya. Selepas sarapan tadi, Nadiem terus hilang. Katanya rindu Niyaz.

Aulia masuk saja ke bilik, Nadiem sedang baring di sebelah Niyaz. Tidur rupanya. Aulia tersenyum melihat dua hero dalam hidupnya. Like father like son. Dua-dua tidur letak tangan di dahi.

Baru saja Aulia nak mengadu dia dibebel oleh Puan Nafisah. Banyak sungguh pantang larang mamanya selepas keluar seketul Niyaz. Almaklumlah, Puan Nafisah ingin menjaga Aulia di rumah. Katanya risau Aulia ditinggalkan seorang diri di rumah. Setiap pagi Puan Nafisah dan Encik Zaidi akan ke rumah mereka.

Aulia duduk di hujung katil. Dia memandang Nadiem yang nyenyak tidur di sebelah Niyaz. Aulia mengejutkan Nadiem perlahan supaya anaknya tak terjaga.

Nadiem menggosok mata lalu tersenyum memandang Aulia. Nadiem mencium pipi gebu Niyaz sebelum dia duduk di sebelah Aulia. Kepalanya disandarkan dibahu Aulia pula.

Penat jaga Niyaz ke tu abang? Hehe. Nadiem yang banyak menjaga Niyaz waktu malam.

"Hmm. Bahu sayang juga yang paling selesa"

"Abang...."

"Hmm.... bagi abang lima minit sayang" Nadiem memejamkan mata seketika

"Abang tak pergi kerja ke?"

"Kerja" itu saja jawapannya

"Abang tak lambat pergi........"

Nadiem terus mencium bibir mungil Aulia untuk mendiamkan isterinya itu.

Aulia memegang bibirnya.

"Morning kiss untuk sayang. Pagi tadi abang nak bagi morning kiss tapi bila abang buka mata, bantal peluk abang ni dah tak ada dekat sebelah" Nadiem memeluk Aulia erat lalu dia menjatuhkan badan terbaring semula bersama Aulia dalam pelukannya. Dahi Aulia dicium lama.

"Dah jadi daddy pun mengada lah abang ni"

Kedengaran rengekan dari mulut Nadiem. Nadiem mengeratkan lagi pelukannya. Matanya dipejam rapat.

Aulia membiarkan seketika dia berada dalam pelukan suaminya. Pelukan hangat ini juga yang Aulia rindukan. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

"Abang...."

"Belum lima minit lagi sayang. Jangan kacau abang. Abang nak peluk sayang ni"

"Alaaa"

"Intan payung, payung emas, nak apa?" Tanya Nadiem tetapi bunyinya seperti diganggu

Aulia mencubit dada Nadiem

"Payung emas jangan sebut ya. Sayang siku karang"

Nadiem ketawa

"Sayang nak apa? Nak abang ke?" Nadiem terus menongkat kepalanya dengan sebelah tangan memandang Aulia. Matanya kini bersinar-sinar menanti jawapan Aulia

"Sayang nampak ais krim vanilla dalam peti ais tadi. Sayang nak makan ais krim tapi mama tak bagi. Mama kata tak elok makan ais krim banyak-banyak" Aulia mencebik

"Abang ingatkan sayang nak abang tadi. Abang always ready sayang" Nadiem menggeselkan mukanya di pipi Aulia

"Abang ni!"

Nadiem ketawa

"Habis tu sayang nak abang buat apa?"

"Abang ambilkan senyap-senyap boleh? Pleaaseee. Lepas tu bawa naik atas. Kita makan sama-sama"

Nadiem memandang Aulia tak percaya. Kedua pipi Aulia ditekan sehingga muncung bibir Aulia.

"Sayang nak abang bersubahat dengan sayang ke ni?"

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now