Chapter 16

52.2K 2.2K 318
                                    

Aulia hanya memandang keluar tingkap. Malas nak bercakap dengan Nadiem. Buat sakit hati je. Setiap kali jumpa, ada saja nak menyakitkan hati.

"Marah?"

Aulia hanya diam. Biarkan dia cakap sorang-sorang. Peduli apa aku.

Nadiem memberhentikan kereta disesuatu tempat. Aulia memandang sekeliling. Ke mana pula dia bawa aku ni. Kata nak hantar balik. Jambatan apa pula ni?

"Jom"

"Pergi mana? Bunuh diri dekat jambatan ni? Kalau awak nak bunuh diri, jangan ajak saya. Saya ni tak banyak amalan lagi"

Ketawa besar Nadiem mendengarnya.

"Pergi hilangkan marah kau tu lah. Jangan banyak cakap. Jom"

Nadiem terus keluar dari perut keretanya. Aulia hanya mengikut dari belakang. Aulia melihat ada sekumpulan orang dihadapannya. Kenapa tu?

Bro! Jerit seorang lelaki dari jauh. Nadiem hanya mengangkat tangan sebagai menyahut.

"Lama tak jumpa kau, bro. Mana hilang?"

Kedua-dua penumbuk dilagakan. Macam tak boleh nak salam elok-elok. Tak sekolah eh? Bengang Aulia tak habis lagi.

"Aku ada je. Sibuk sikit"

Aulia melihat mereka berbual. Mata Aulia beralih pada seseorang yang ingin terjun jambatan. Terbeliak mata Aulia apabila orang itu terjun. Aulia terus melihat dari tepi jambatan. Bungee jumping! Bestnya!

"Busy ke dah jumpa kebahagiaan?" Lelaki itu mengangkat keningnya

Nadiem tersenyum.

Lengan Nadiem dicuit "Awak, boleh ke saya nak try tu sekejap"

Aulia menunjuk ke arah orang yang ingin terjun dijambatan itu. Teruja Aulia dibuatnya. Tak pernah lagi dia buat aktiviti seperti ini. Nasib baik harini dia pakai seluar dan sneakers.

"Of course dia bagi sis" Sampuk lelaki itu "Aktiviti ni boleh hilangkan stress tau. Jarang kalau orang tengah bahagia datang sini" Lelaki itu memandang Nadiem.

Aulia terkebil-kebil di situ. Dia cakap apa ni? Tak faham. Tolong Lukis.

Aulia mengikut semua arahan. Semua peralatan keselamatan sudah dipasang. Jantung ni berdebar-debar. Takut. Tapi teruja nak mencuba. Aulia berdiri betul-betul diatas jambatan itu. Aulia menoleh kebawah. Pergh!. 40 meter ke bawah babe. Ni kalau jatuh memang tak sempat nak mengucap terus ke alam ayah pin.

Nadiem tak nak join. Katanya dia dah biasa main. Aulia meninggalkan Nadiem disitu seorang diri.

"Okey sis. Nanti saya akan kira satu dua tiga then sis boleh terjun tau" Kata lelaki ditepinya. Dia lah instructor yang memberi semua arahan disini. Pekerjanya yang lain hanya membantu memeriksa peralatan dan memakaikan peralatan keselamatan sahaja.

"Kejap!"

Aulia memegang dadanya. Fuh! Seram!

"Boleh jerit kan?"

Soalan apa lah yang kau tanya ni Aulia. Of course lah boleh. Orang bisu je main bungee jumping ni senyap sepi tanpa kata.

Dia hanya mengangguk sambil tersenyum. "Kalau sis nak cakap apa yang tersimpan dalam hati pun boleh"

Nadiem ditepi hanya jadi pemerhati. Serious saja mukanya. Biarlah. Muka dia memang macam tu dari dulu.

Aulia menunjukkan ibu jari tanda ready.

One! Two! Three!

Aulia terjun dengan perasaan yang takut-takut.

AKU BENCI NADIEM ZHAFRAN!

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now