Chapter 8

46.7K 2.2K 299
                                    


"Stop it Aulia!" Mata Nadiem merah menahan marah.

Muka Aulia sudah berubah apabila ditengking didepan ramai orang. Semua mata memandang. Ada yang senyum sinis. Hana? Semestinya tersenyum puas bila Aulia kena tengking macam tu.

Tapi macam mana dia tahu nama aku.

Aulia tak pernah beritahu namanya pada Nadiem. Mungkin dari kawan-kawannya.

"Alaa saya just nak ikut abang je. Saya tak kacau pun."

Aulia cuba mendekati Nadiem. Hana menarik lengan Nadiem apabila Aulia mendekat. Mata Aulia memerhati tangan Nadiem yang masih dipegang kemas.

"Stop jadi perempuan murah Aulia!"

Aulia terdiam apabila ditengking. Tak pernah lagi ada orang menengkingnya seperti ini.

"Mana maruah kau sebagai seorang perempuan?!"

"Terhegeh-hegeh dekat lelaki!"

"Mak ayah kau tak ajar ke macam mana nak jaga maruah diri! Kalau kau tak sayang diri kau at least jaga maruah mak ayah kau"

"Ke mak kau pun dulu terhegeh-hegeh dengan ayah kau jugak, sebab tu kau pun macam ni" Sambungnya lagi

Satu persatu ayat itu disembur. Empangan mata Aulia sudah bertakung. Sehabis baik dia cuba untuk menahan. Cukup sakit hinaan yang Nadiem katakan. Tambah lagi melibatkan arwah ibunya.

"Cukup" kata Aulia perlahan. Aulia masih menahan. Aulia tertunduk apabila hati sudah mula sakit. Penumbuk digenggam menahan sabar.

"Apa yang cukup Aulia, kau tahu tak satu fakulti bercakap pasal kita. Aku malu kau tahu tak. Aku tak rasa parents kau tahu apa yang kau buat dekat sini"

"Saya kata cukup!" Bahu Nadiem ditolak kasar. Terbeliak mata Nadiem apabila badannya sedikit kebelakang apabila ditolak tubuh Aulia yang bertubuh kecil. Hana yang memegang lengan Nadiem terlepas.

Empangan mata Aulia pecah. Tidak lagi mampu menahan. Sakit sangat.

Semua terkejut apabila Aulia mula menangis. Sofeya yang kebetulan datang kesitu untuk membeli makanan dan ternampak kejadian itu terus memeluk bahu Aulia. Cuba untuk memujuk.

"Awak boleh hina saya! Awak boleh hina perbuatan saya! Tapi awak jangan berani hina mak saya!"

Aulia mengelap air matanya yang masih mengalir

"Maaf lah perbuatan saya ni memalukan awak. Cukup awak hina saya. Tak perlu libatkan mak ayah saya. Okey, saya tak akan ganggu hidup awak lagi. Assalamualaikum"

"Good! Perempuan murah!" Kata Hana tanda berpuas hati

Panas pula hati Aulia mendengarnya. Aulia yang sudah berpaling kembali memandang Hana.

"And kau perempuan!." Aulia menarik sedikit baju Hana. "Kau jangan ingat kau dapat pegang tangan dia macam tu kau dah cukup bagus!. Taraf kau lagi rendah dari tapak kasut aku!"

Aulia terus pergi dengan air mata yang masih mengalir. Sofeya cuba mengejar Aulia tapi dia hilang begitu saja.

"You, tengok perempuan tu cakap I macam tu" Hana mengadu pada Nadiem sambil memuncungkan mulutnya.

Nadiem menarik tangannya yang dari tadi dipegang. "Lepaskan aku"

Kononnya Hana nak merajuk tapi tidak dilayan. Nadiem malas melayan perangai Hana yang tak habis-habis memegang tangannya. Nasib kau lah Hana.

"Apa kau ni Nadiem. Kau tak patut libatkan mak ayah dia" Kata Imran.

"Ye dowh. Mana tahu dia ada bad story pasal parents dia. Kau pulak hina mak ayah dia sekali. Tak patut dowh" Kata rakannya seorang lagi

Semua menyalahkan Nadiem. Memang kata-katanya agak melampau. Siapa je yang suka mak ayahnya dihina dan dipijak seperti itu.

Nadiem maraup mukanya. Ya. Serba salah tiba-tiba menyelebungi dirinya ketika ini. Tambah pula wajah Aulia yang sembab akibat menangis muncul di fikirannya.

***

Aulia mengemas barang-barangnya. Semua baju dari almari dicampak terus ke dalam luggage. Malas nak lipat elok-elok. Yang berada difikirannya sekarang hanya balik.

"Kau nak pergi mana ni Al?" Tanya Sofeya

"Aku nak balik rumah." Tangan Aulia masih laju mengemas

"Habistu kelas macam mana?"

"Aku datang waktu kelas je. Lepastu aku balik"

"Al..." sayu suara Sofeya. Dia turut sedih apabila kawannya seorang ni sedih.

Hati Aulia tiba-tiba sebak apabila Sofeya memanggil namanya begitu. Ia seperti menampar hatinya ketika itu. Air matanya sekali lagi jatuh.

Sofeya terus mendapatkan rakannya itu. Dipeluk erat.

"Sabar Al. Kau boleh nangis dekat bahu aku. Aku ada dengan kau"

Makin deras air mata Aulia. Sofeya hanya menepuk belakang Aulia. Mata Sofeya juga mula berkaca.

"Aku tak akan maafkan dia sebab dia dah hina mak ayah aku"

"Ya. Ya. Aku faham"

***

Malam itu abang Umar mengambilnya di kolej. Aulia hanya diam di dalam kereta. Abang Umar kenal sangat adiknya. Mesti ada sesuatu yang besar telah berlaku. Dia membiarkan adiknya tenang dahulu.
Tangan tua ayahnya di salam dan terus masuk kebilik. Hampir seminggu Aulia berkurung. Keluar bilik hanya untuk makan dan ke universiti sahaja.

Ada juga beberapa kali Sofeya datang menjenguk Aulia, tetapi tidak ada apa yang berubah. Aulia masih berkurung.

Abang Umar tidak bertanya pada adiknya apa yang berlaku. Dia hanya membuat spekulasi sendiri bahawa adiknya putus cinta. Kalau lah dia tahu siapa yang buat adiknya menangis macam ni, jadi sup tulang dibuatnya.

Azan maghrib dah berkumandang. Tanpa lengah Aulia mempersiapkan diri untuk menghadap yang Esa. Selesai solat, Aulia yang masih bertelekung mengangkat tangan ingin memohon doa. Entah kenapa hatinya tiba-tiba sebak memikirkan sesuatu. Basah telekungnya kerana air mata tidak dapat di tahan.

"Ya Allah, betapa terlukanya hatiku untuk meminta kau menghapuskan namanya dalam hatiku. Dan jika saja cinta itu hilang, bawalah sekali harapan dan anganku itu pergi. Sesungguhnya Engkau maha tahu siapa yang terbaik bagiku. Amiin"

Aulia menyapu kedua tapak tangannya kemuka. Kedua tangan cuba ditekan mulutnya. Terasa dada ini sakit apabila menahan suara yang keluar. Ingin saja dilepaskan tapi takut abah dengar. Dada ditumbuk berkali-kali. Sakit Ya Allah!.

Aulia baring di atas sejadah. Mata Aulia menjadi mengantuk disebabkan terlalu banyak menangis hari ini. Tanpa disedari, Aulia terlelap di atas sejadah dengan harapan tiada lagi Nadiem Zhafran dihatinya apabila dia membuka mata.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now