Chapter 10

55.4K 2.3K 126
                                    

Dua tahun sudah Aulia mengambil ijazah sarjana mudanya. Tak sangka dah nak habis. Belakang pen ditekan-tekan. Huh! Letih betul. Menyesal pulak minta intern dekat syarikat swasta. Memang banyak kerja seperti yang khabarkan. Kononnya nak lebih pengalaman. Haa amek kau. Banyak kerja macam kau pulak pekerja tetap dekat sini.

Si Sofeya setiap hari hantar gambar. Seronok lah dia selalu ada program luar. Untungnya kau Feya!

"Al"

Aulia terus berdiri apabila mendengar namanya diseru supervisornya.

"Ye saya"

"Sibuk tak? Jom ikut akak meeting dengan client" tanya Kak Leeza

Kak Leeza ni baik je. Selalu bawak Aulia pergi meeting dekat luar. Pekerja lain yang selalu bagi banyak kerja. Kerja diaorang pun aku kena buat.

"Sekarang tak sibuk pun akak. Boleh! Boleh!" Aulia terus mencapai handbag, buku nota, pen dan beberapa barang yang lain. Setiap meeting perlu dicatat untuk dimasukkan dalam buku log.

Aulia menaiki kereta Mercedes benz milik Kak Leeza. Aulia paling seronok apabila dapat menaiki kereta kegemarannya ini.

"Meeting dekat mana akak?"

"Kita meeting dekat Subang. Dekat company ZZ consult tu yang akak pernah cakap hari tu"

"Serious lah akak?! Wow, company besar tu"

"Itulah, thanks to you juga Al sebab bagi idea bernas dekat akak haritu and your idea is accepted. So yah! Mereka terima proposal kita" terang kak Leeza.

Uish. Terasa bangga sekejap bila idea sendiri diterima.

Tak sabar nak pergi company tu. Company ini selalu menjadi buah mulut pensyarah-pensyarah di universiti nya. Kau mesti buat terbaik. Manalah tahu dapat kerja dengan company ni lepas graduasi nanti. Hehe.

***

"Ya nak jumpa siapa ya?" tanya seorang perempuan lingkungan umur hujung 20-an. Cantik. Seksi.

"Saya Leeza dari syarikat Archi Planners ada meeting dengan encik Nadiem."

"Okey, Puan boleh duduk dulu ya"

"Okey, terima kasih."

Nama Nadiem tu membuatkan Aulia teringatkan seseorang. Apa dia buat sekarang eh? Dah kerja ke dia?

"Aulia jom" bahu Aulia ditepuk perlahan. Laa, termenung rupanya si Aulia ni.

Aulia mengikut Kak Leeza masuk ke dalam pejabat CEO syarikat itu. Mata melilau disekitar pejabat itu. Cantik. Kemas. Bak kata budak-budak sekarang 'aesthetic'.

Kak Leeza dan Aulia dipelawa duduk di meja meeting oleh PAnya tadi.

"Selamat pagi Puan Leeza"

Terbeliak biji mata Aulia mendengar suara itu. Dia kenal suara tu. Mata terus berpaling kepada suara itu.

Apa dia buat dekat sini!

"Selamat pagi Encik Nadiem"

"So, Coffee? Tea?" Nadiem mempelawa minuman sebelum mereka memulakan perbincangan

"It's okay. Saya dah minum pagi tadi. Al nak apa-apa ke?"

Aulia yang masih ternganga melihat Nadiem. Terkebil-kebil apabila namanya sekali lagi disebut.

"Tak apa. Saya tak minum kopi dan teh" Aulia menolak secara sopan.

"Give her hot chocolate" Nadiem mengarahkan PA nya yang masih ada disitu. PA nya terus pergi seperti yang disuruh.

Eh suka hati je pilihkan untuk aku. Kalau aku tak minum hot chocolate jugak macam mana?

"So, she's your new PA Puan Leeza?" tanya Nadiem pada Kak Leeza.

"Nope. Kenalkan Aulia Malaikha. She's intern in my company and she's the one who give the idea of our project"

Aduh mak. Speaking pulak dua orang ni. Lemah sungguh lah. Aku kena speaking jugak ke ni?. Kalau orang cakap memanglah faham kalau nak bercakap sendiri tu halah halah. Mahu jadi Bahasa siam. Berhabuk habis.

"Oh nice. So awak intern in degree or master?"

Fuh nasib baik dia tanya dalam bahasa. Eh, kan dia tahu aku tengah ambil degree. Ke dia dah lupa aku?

"Saya in degree"

"So, what should I call you now?"

"You can call me Al"

"Cik or Puan?"

"Cik"

Nadiem mengangguk tanda faham.

"So your idea is nice Cik Al"

"Thank you, Nadiem."

Terbeliak Kak Leeza mendengar Aulia hanya memanggil namanya

"Eh sorry, Puan Nadiem. Eh, Encik"

Aulia mengetuk kepalanya sendiri. Aduh. Kenapa pulak sampai tersasul ni.

Nadiem gelak. Masih sama kehandsomeman dia. Tapi muka dingin bertambah 900%. Memang makin bertambah umur makin bertambah muka dingin bak salji di Korea Selatan ke? Apa ni Aulia. Fokus! Fokus! Ingat apa yang dia buat dekat kau dulu.

"So we can start our meeting now Puan Leeza?"

"Sure"

Semua yang dibincangkan dicatat dengan teliti. Lama lah pulak perbincangan ni. Hot chocolate dihirup beberapa kali. Sedap! Air itu diteguk sampai habis.

"Thank you for today Encik Nadiem. I hope this project will run smoothly"

"I hope so"

Mereka berjabat tangan. Hey, tak boleh sentuh lah. Haram! Nadiem menghulurkan tangan pada Aulia pula.

"Sorry Encik Nadiem. We are not halal for that" Aulia tersenyum sinis. Faham faham lah ya.

Nadiem tersenyum senget dan dia memasukkan tangannya ke dalam pocket seluar.

Keluar sahaja dari pejabat Nadiem, Kak Leeza pergi tandas sekejap. Aulia menunggu di kerusi tempat menunggu. Majalah yang ada dibelek-belek. Ada satu majalah terpapar muka Nadiem. Dia rupanya pemilik syarikat ni. Satu persatu muka surat dibuka dan dibaca.

"Baca pasal saya?"

Hampir terlepas majalah ditangannya. Aulia kenal suara itu. Dia menoleh.

"Eh Encik Nadiem. Tak lah. Majalah ni bermasalah. Patutnya Encik buang je majalah ni. Kenapa encik Nadiem?" terus sahaja majalah dicampak ke atas meja.

Sebaris senyuman terukir dibibir Nadiem.

"Saya lupa nak bagi awak ni" Nadiem menghulurkan kadnya. Tertera namanya sebagai CEO syarikat ini. Eleh! Nak berlagak lah tu dah jadi CEO. Dengan cermin mata hitamnya. Ingat ni cerita Megah Holding projek juta-juta ke?! Entah-entah dapat CEO ni pun rasuah mana-mana pihak. Who knows.

"Terima kasih. Tapi kenapa bagi saya?"

"Just anything boleh contact saya"

"Tapi saya tak perlu pun kad Encik ni. Tak ada sebab saya nak contact Encik semula. Lagipun kita tak akan jumpa dah kot lepas ni"

Aulia menghulurkan semula kad itu. PA nya yang berada ditepinya itu seperti terkejut Aulia memulangkan semula kadnya. Tak pernah lagi ada orang tolak pemberian bosnya itu. Lagi-lagi perempuan.

Nadiem menurunkan cermin mata hitamnya sedikit.

"Who knows?" Katanya sambil tersenyum sinis.

Nadiem terus pergi dari situ. Kad itu tidak diambil semula.

Eii!! Aku koyakkan jugak mulut dia tu. Aku tak akan jumpa kau lagi Nadiem Zhafran! Simpang malaikat 44. Kalau aku jumpa kau lagi, aku berani potong jari kelingking aku!

Kad tadi direnyukkan.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now