Chapter 18

49.6K 2.2K 29
                                    

Aulia menolak troli di dalam supermarket. Apa nak beli apa lagi ya? Telefon nya dibuka. Semua senarai barang untuk membuat kek pavlova dibaca dalam hati. Aulia rindu nak rasa kek Pavlova yang dulu arwah ibunya buat. Kali terakhir dia rasa kek pavlova seminggu sebelum ibunya meninggal. Aulia masih ingat senyuman ibunya waktu itu.

Tepung jagung, gula kastor, telur, whipping cream, esen vanilla, gula aising dan beberapa buah-buahan sudah dimasukkan ke dalam troli. Lengkap semua bahan nak buat pavlova. Aulia beratur di kaunter untuk menunggu giliran membayar. Tiba-tiba Aulia terdengar perbualan seseorang dibelakangnya.

"Ya lah umi! Nanti aku balik la. Umi tak payah sibuk lah! Aku nak keluar pergi mana-mana pun kau nak sibuk asal?! Bukan urusan kau pun. Duduk rumah dengan adik-adik tu buat aku serabut je. Dah lah umi. Bye!"

Terkejut Aulia. Dia boleh cakap macam tu dengan mak dia? Aulia menoleh untuk melihat gerangan yang mulut tak ada insuran kematian sangat tu. Huh!. Budak sekolah. Berlagak kau ya dik, dengan mak sendiri cakap macam tu. Kau tahu tak selama ni mak kau yang bagi kau makan pakai. Kalau aku jumpa budak ni lagi sekali, aku pijak-pijak dia jadi abu.

Selepas membayar, Aulia berdiri di luar supermarket untuk mencari kunci keretanya di dalam bag.

PAPP!

Bahu Aulia dilanggar keras sehingga bag tangannya jatuh ke lantai. Berterabur beberapa barang dari dalam bagnya. Aulia terus duduk mengutip barang-barangnya. Siapalah malaon yang langgar aku ni. Buta ke?

Aulia mengangkat muka.

"Kak, sorry kak. Saya tak sengaja"

Budak itu turut membantu Aulia mengemas barang. Oh, budak tak ada insuran tadi. Tahu pula cakap elok-elok dengan orang lain. Dengan mak sendiri layan macam.. Haih. Tak sanggup nak sebut. Sensitive betul bab-bab parent ni.

"Tak apa"

Aulia meninggalkan budak itu disitu. Malas nak cakap dengan orang tak ada adab dengan mak sendiri.

Aulia keluar supermarket dengan dua plastik di tangan. Tersenget-senget bahu Aulia. Berat weyh. Ni bukan barang buat kek je. Sekali barang lain. Stok sebulan kononnya. Harap-harap menjadilah kek pavlova ni. Kalau tak jadi, aku saman orang yang share resepi ni. Anak mata Aulia menangkap satu kejadian di depan matanya.

Budak perempuan tadi seperti sedang bergelut dengan seorang lelaki. Aulia rasa curiga apabila budak perempuan itu seperti minta dilepaskan tetapi mulut ditutup dan tangannya ditarik masuk ke dalam sebuah kereta. Aulia melihat sekeliling tapi tiada sesiapa disitu.

Biarlah. Bukan urusan aku. Aulia masuk ke dalam perut keretanya. Hati Aulia tiba-tiba rasa tak sedap. Aulia keluar berlari mendekati mereka.

"Korang buat apa dengan dia?" Tanya Aulia yang mula rasa curiga.

"Akak, tolong sa..."

Tak sempat budak itu menghabiskan kata-katanya, mulut itu ditutup.

"Mana ada apa-apa cik adik. Budak ni adik kitaorang. Dia ni degil sikit. Suka merayap sorang-sorang."

Bahu budak itu dipeluk. Aulia tak rasa mereka adik-beradik. Mata budak perempuan itu memandang ke dalam mata Aulia seperti bercakap sesuatu. Mata itu ditatap lama.

"Kalau itu adik kau, mana bukti? Siapa nama dia? Dia tinggal dekat mana?"

Lelaki berjambang itu menggaru-garu kepalanya. Dia seperti mati akal nak menjawab pertanyaan Aulia.

Sah! Ni mesti nak menculik.

"Lebih baik kau lepaskan dia! Sebelum aku..."

"Kau apa?! Kau tak boleh nak buat apa-apa. Kau seorang, aku bertiga."

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now