Chapter 5

44.1K 2K 45
                                    

Aulia guling-guling di atas katilnya. Wajah tampan Nadiem terbayang difikiran. Haih la. Angau sangat kau ni Aulia.

"Kau ni kenapa guling-guling. Kalau aku hempuk apa pun tak dapat" Sofeya hanya memerhati tingkah pelik rakannya itu dari tadi.

"Aku angau dengan dia"

"Siapa? Pakguard kolej kita tu ke?"

"Ish kau ni. Agak-agak la. Dengan Nadiem la"

Sofeya hanya menggeleng

"Tapi susahlah nak pikat hati dia"

"Apa yang susah. Kau tu kan berduit. Tunjuk je lah apa yang kau ada"

"Aku bukan macam tu lah Feya. Lagipun aku nak dia terima aku sebab cinta bukan harta"

Abahnya sendiri tidak pernah mengajarnya untuk menayang apa yang dia ada. Malah abah sering berpesan untuk hidup bersederhana. Menunjuk bukan gayanya.

***

Aulia mengibas-ngibas tudungnya. Panas! Boleh pula aircond ni rosak. Dah berlecak satu badan ni. Sofeya yang sedang khusyuk dengan kerjanya seperti biasa saja. Dia ni manusia ke bukan.

Aulia membuka tudungnya. Panas tak boleh bawak bincang ni.

"Al, kenapa buka tudung?"

"Aku panas"

"Itu baru panas dunia. Banyak dosa lah tu"

"Kau nak cakap aku ni ahli neraka ke?"

"Tak tapi lebih kurang lah"

Kurang hasam betul Sofeya ni. Cakap tak berlapik betul.

"Alaa bukan ada sesiapa nak masuk pun. Lagipun kau je terlebih rajin nak stay kelas sampai petang. Aku kawan neraka kau ni je yang rajin nak temankan kau" Perli Aulia.

Sofeya gelak. Tiba-tiba pintu dibuka dari luar.

Mereka terkejut. Tiba-tiba sahaja ada orang masuk tanpa memberi salam. Aulia dan Sofeya memandang sesama sendiri.

"Al tudung!" jerit Sofeya.

Kelam kabut Aulia melilit shawl dikepala.

Nadiem dipintu terdiam melihat Aulia kelam kabut pakai tudung. Nadiem terus memusingkan badan membelakangi Aulia dan Sofeya. Beri masa Aulia untuk memakai tudungnya semula.

"Sorry, aku just nak pinjam kerusi kelas ni. Tak tahu pula ada orang" kata Nadiem

"Tak apa. Nak pinjam hati saya sekali pun tak apa"

Aulia tersengih-sengih bak kerang busuk apabila cinta hatinya ada di depan mata. Sofeya menepuk bahu aulia. Sempat lagi nak menggatal.

Aulia terus pergi ke hadapan Nadiem yang tadinya membelakangi mereka.

"Nak tak?" tanya Aulia

"Nak apa?"

"Hati saya?"

"T-tak nak" Gagap Nadiem

"Kalau macam tu saya nak hati awak boleh?"

"Kau cakap apa ni? Tepi sikit aku nak ambil kerusi"

Badan kecil Aulia ditolak dengan tangan beruratnya. Selepas mengambil sebuah kerusi terus Nadiem beredar tanpa sebarang kata.

"Abang, esok lusa bagi hati abang sebagai ganti tau!" Jerit Aulia. Dia tahu lelaki itu mesti dengar.

Orang yang lalu-lalang disitu juga mendengarnya. Peduli apa si Aulia ni.

***

Pagi ni terasa baik hati nak belanja Sofeya coffee. Sebenarnya tekaknya sendiri nak minum benda manis.

Seperti biasa menu utama bagi Aulia adalah coklat. Mata Aulia melilau sekitar café sementara menunggu airnya siap.

Tiba-tiba Aulia ternampak seseorang sedang khusyuk bermain telifonnya. Tanpa segan silu Aulia menegur.

"Abang Nadiem, tak sangka boleh jumpa dekat sini. Jodoh kita kuat betul kan?" Aulia memberikan senyuman manis.

Aulia tidak dipedulikan. Aulia berhadapan dengannya.

"Abang datang seorang ke?"

"Tak"

"Abang datang dengan siapa?"

"Perlu ke aku bagitahu kau sekarang ni? Kau bukan isteri aku pun nak report dekat kau dua puluh empat jam"

"Kalau macam tu, abang jadikanlah saya isteri abang"

Berkerut seribu dahi Nadiem. Budak ni memang tak reti malu ke?

"Kau nampak tak coffee dalam cawan ni. Ada jugak yang mandi coffee pagi-pagi ni sekejap lagi"

Wuuu. Aulia mengecilkan mata memandang Nadiem. Garangnya! Makin garang makin Aulia suka menyakat lelaki pujaan hatinya itu.

"Okey okey. Saya tak kacau abang. Sekejap..."

Aulia bangun pergi ke kaunter setelah airnya siap. Aulia meminta sehelai kertas dan pen pada barista disitu. Satu nombor ditulis. Aulia kembali pada Nadiem. Aulia menghulurkan kertas tadi.

"Apa ni?" tanya Nadiem.

"Abang tak reti membaca ke? Itu nombor phone saya lah. Abang jangan lupa contact tau. Bye abang! Assalamualaikum"

Aulia beredar dari situ. Sempat dia melambai tangan seperti budak tadika melambai pada ibu bapanya sebelum masuk sekolah. Kertas tadi ditenung Nadiem. Hanya ada nombor sahaja. Dia meliat belakang kertas. Tiada nama pemilik nombor ini. Dia terlupa untuk menulis namanya sekali lah tu.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now