Chapter 15

53.7K 2.2K 54
                                    

ARGHH!! Stress nya duduk dekat rumah. Bila nak dapat kerja ni!. boleh gila dibuatnya kalau duduk dirumah sahaja. Cukup 3 jumaat lagi, hospital gila lah gamaknya.

Haritu dah tanya pada Kak Leeza. Dia kata buat masa ni taka da kosong. Patut tak dia hantar resume dekat syarikat Nadiem tu? Aulia termenung memandang syiling biliknya. Eh, no, no, no. Kau tak boleh macam ni Aulia.

Aulia nekad nak keluar. Duduk di rumah bukan dirinya. Dia suka hirup udara luar. Dia suka keluar. Setakat window shopping cukup membuat dirinya tenang. Kalau terbeli tu kira halal lah.

Abah! oo abah!

Dari atas Aulia sudah memanggil abahnya. Abahnya yang sibuk menyiram pokok bunga diluar rumah menyahut.

Suka betul abah dengan kebun bunga dia. Semenjak dah pencen ni itu saja lah kerja dia. Bunga, bunga dan bunga. Kalah perempuan. Semua bunga abah tahu.

"Abah jom keluar"

Tangan abah dipeluk manja

"Pergi mana?"

"Ermm, tengok wayang?"

"Tak nak lah abah. Umur abah ni dah patut duduk dekat masjid je tau. Wayang tu umur Al sesuai lah"

Tangan abahnya digoncang perlahan.

"Please abah" keluar sudah suara manjanya

Abah hanya menggeleng "Al pergi lah ajak kawan Al yang bawa Al keluar haritu. Apa nama dia?"

"Siapa?" Aulia berfikir sejenak "Nadiem?"

"Ha, Nadiem. Pergi lah ajak dia."

"Alaa tak nak. Buat apa nak ajak dia. Nak ajak abah juga. Mana tahu abah jumpa jodoh baru dekat wayang tu. Abah kan handsome lagi. Mesti ramai yang minat"

Aulia mengangkat keningnya. Mula lah akal Aulia menyakat abahnya.

"Al pernah nampak tak abah siram orang tengah hari buta ni"

Aulia menggeleng

"Ha ni abah baru nak buat"

Abahnya terus menghalakan air ke arah Aulia.

Abah!

Kelam kabut Aulia berlari memasuki badan mini coopernya. Habis basah tudungnya. Abahnya hanya tersenyum disitu. Aulia tahu abahnya memang tidak berminat untuk mencari pengganti ibunya. Ibunyalah satu-satu isteri yang paling sempurna bagi abahnya. Tiada ganti. Aulia harap satu hari nanti dia akan jumpa lelaki yang macam abah. Setia sampai syurga.

Nak ajak siapa ya? Sofeya? Semestinya dia tengah bekerja. Aku je yang tengah menganggur sekarang.

Kelam kabut Aulia mencari telefonnya yang berbunyi di dalam bag. Terus diangkat tanpa melihat siapa yang menelefon.

"Hello, Assalamualaikum" Aulia memulakan perbualan.

"Where are you?"

Eh siapa ni?. angkat-angkat je terus where are you. Dengan tak jawab salamnya. Ni kapir ke apa. Aulia melihat nama yang tertera di telefonnya. Aduh!. Macam mana boleh tak perasan suara dia.

"Err. Nadiem?"

"Yes, me. I'm asking, where are you right now?"

"Kenapa awak tanya?"

"I'll sent you my location. Come here right now"

Talian dimatikan. Lah anak ni. Belum sempat aku cakap apa-apa dah off. Hish aku tak suka betul lah!. Kau sabar jap Nadiem.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now