Chapter 46 • Puasa

19.2K 1K 74
                                    

Aulia tersengeh sendiri melihat cincin di jari yang Nadiem hadiahkan pada hari anniversary mereka secara senyap-senyap. Sweet pula suaminya ini. Cincin itu dibelek. Sukanya! Sudah seminggu dia membelek-belek cincin itu lepastu senyum sendiri.

"Sayang, dah-dah la tu pandang cincin tu. Dah seminggu sayang senyum sendiri bila tengok cincin tu. Cuba pandang orang yang bagi cincin tu pula" kata Nadiem

Sesekali Nadiem menoleh pada Aulia disebelah

"Biarlah sayang nak tengok cincin ni. Sayang boleh tengok abang setiap hari"

"Oowh macam tu lah sayang sekarang. Sanggup lebihkan cincin dari abang" Nadiem mencebik

"Abang tak payah nak mengada mengalahkan Niyaz ya. Sayang cubit karang"

Nadiem ketawa. Sebelah tangannya memegang tangan Aulia. Masa Niyaz tak ada ni lah dapat bermanja lebih dengan isterinya. Nasib baik mama dan papa sanggup untuk menjaga budak kecik itu. Aulia senyum.

"By the way thank you abang. Love you abang"

"I love you more than you know, sayang" Nadiem mengenyitkan mata

***

Nadiem keluar dari perut kereta lalu membuka pintu untuk Aulia. Dia menghulurkan tangan pada isterinya. Mata mereka bertentang. Aulia rasa seperti jatuh cinta semula pada suaminya yang segak berbaju melayu itu.

"Silakan tuan puteri yang cantik manis berbaju kurung bak bidadari" Nadiem menunduk sedikit badannya seperti seorang putera

Aulia ketawa. Dia memukul manja bahu Nadiem.

"Abang tak payah nak overclaimed ya"

"Abang tak overclaimed sayang. Ia kenyataan yang tak dapat disangkal lagi" katanya

Aulia sudah kembang semangkuk. Lengan Nadiem dipeluk manja. Kepalanya disandar pada bahu Nadiem. Siapa je yang tak suka dirinya dipuji. Nadiem mencubit pucuk hidung Aulia apabila Aulia mula nak bermanja.

Nadiem menyulam kemas jari jemari mereka supaya bersatu. Mereka berjalan seiringan memasuki pintu utama hotel. Tiba-tiba Aulia terasa berdebar. Dia jarang pergi ke mana-mana event yang melibatkan tempat kerja suaminya. Aulia mengeratkan lagi pegangan tangannya.

Masuk saja di dalam ruang makan yang sudah ditempah, ramai sudah hadir. Kebanyakan darinya Aulia tidak kenali dan ada juga beberapa orang yang Aulia kenal kerana mereka adalah salah satu pekerja suaminya.

"Bro!" Nadiem dan Aulia menoleh

Nadiem mengukir senyuman. Nadiem melepaskan sulaman tangan mereka lalu dia bersalaman lalu berpelukan dengan Rafi. Aulia melihat tangannya. Aulia mengalihkan tangannya dengan memegang tali bag tangan. Dia menguntum senyum pada Rafi.

"Datang pun kau" Rafi menepuk bahu Nadiem. Dia menoleh pada Aulia lalu menunduk sedikit sebagai tanda salam perkenalan. Ini rupanya isteri Nadiem.

"Mesti lah datang. Dapat makan free kot. Plus aku nak dating berdua dengan wife aku" ayat terakhir Nadiem diperlahankan supaya Aulia tidak mendengar

Rafi ketawa. Dia tahu kawannya seorang ini apabila dengan isteri akan menjadi orang yang berbeza. Bila bekerja menjadi seorang yang tegas tapi bila bersama isteri menjadi seorang suami yang manja.

"Dekat PD ni banyak hotel bro. Book lah satu malam" bisik Rafi

Nadiem ketawa. Ada-ada saja kawannya ini ingin mengusik. Aulia terpinga-pinga. Tidak faham dengan topik yang sedang dibualkan. Apa yang kelakar pun tak tahulah.

"Baba!" Suara budak kecil memanggil Rafi dari arah meja hujung

"Dah lah. Dah nak berbuka ni. Korang pergi lah ambil makanan dulu. Anak aku dah panggil tu. Aku pergi dulu ya. Selamat berbuka" Rafi pergi ke tempatnya bersama budak kecil itu. Anak buahnya yang sudah dianggap seperti anak seperti anak sendiri.

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now