Chapter 12

52.1K 2.2K 147
                                    

Kaki yang berbalut dipegang. Hai lah kaki. Nasib kau lah kaki.

Seorang lelaki dengan muka beku bak ais dalam peti sejuk mendekati Aulia. Dia memeluk tubuh.

"Macam mana kaki kau?"

"Macam ni lah. Awak pun boleh nampak kan? Tak buta lagi kan? Kudong dah sebelah kaki. Saya rasa dah kena ambil sijil OKU kot"

"Kau sempat lagi nak bergurau time macam ni kan?"

"Chill la Encik Nadiem. Kaki saya yang sakit bukan kaki Encik Nadiem yang sakit. Encik Nadiem yang nak menggelupur tak tentu pasal dah kenapa?"

Nadiem menjeling Aulia. Malas nak layan perangai budak-budak nya. Mana taknya, cakap pandai tapi bila doctor nak balut kakinya sampai meraung-raung macam budak kecik.

Aulia memandang Nadiem yang sedang duduk di sisi katilnya. Nak cakap sesuatu tapi dia tengah tidur lah pulak. Tegak sahaja duduknya. Macam robot.

"Kau nak nak cakap apa? Cakap jelah" mata Nadiem masih terpejam.

Eh dia ni ada mata ketiga ke boleh tahu aku nak cakap sesuatu.

"Encik pecat pekerja tadi ke?"

"Ya" ringkas sahaja jawapannya.

"Kenapa encik pecat dia? Dia tak salah apa-apa pun"

"Sebab dia cuai. Aku paling tak suka pekerja aku cuai. Termasuk kau yang cuai dengan keadaan sekeliling. Tapi kau beruntung sebab kau bukan pekerja aku"

Nadiem memejamkan mata semula. Terdiam Aulia. Wow. Amat menyakitkan ya kata-katanya.

Terhinjut-hinjut Aulia nak keluar. Grab sudah ditempah. Jadi nak tak nak kena tunggu diluar hospital.

"Kau nak pergi mana ni?" tanya Nadiem.

Dia ni tak Nampak ke aku nak keluar ni. Boleh pulak tanya. Takkan lah nak berkampung dekat hospital ni. Ke dia dah rabun tahap nak buta dah.

"Saya nak pergi bercuti. Encik tak nampak ke saya dah bawak luggage saya sekali ni" jeling Aulia sebelum meneruskan langkah

"Aku hantar kau balik."

"Tak payah. Saya dah order grab. Abang grab dah tunggu dekat luar"

Badan Aulia seperti melayang apabila diangkat oleh Nadiem.

"Jangan nak mengada. Kaki kau tu sakit lagi. Aku hantar kau balik. Aku dah bagitahu Puan Leeza."

"Encik, turunkan saya. Orang tengok lah."

Terdengar beberapa suara disekeliling.

Sweetnya suami dia.

Aww sweet couple.

Handsomenya suami dia.

Eh. Kenapa ayat last tu? tengok muka Nadiem pulak. Aku yang sakit sekarang ni.

"Kalau kau jalan nanti macam arnab tunggu kura-kura dekat garisan penamat"

"Tapi akhirnya kura-kura menang jugakan" pintas Aulia. Aulia Malaikha mana boleh kalah.

"Kau boleh tak jangan nak menjawab. Nanti aku kudungkan kaki kau lagi sebelah baru tahu. Dah la berat"

Uish. Pasal berat ni sensitive okey!

Aulia hanya menunjukkan jalan ke arah rumahnya. Aulia hanya minta dihantar disimpang jalan sahaja tapi Nadiem berdegil nak hantar sampai depan rumah. Ha suka hati kau lah Nadiem. Minyak kereta kau bukan minyak kereta aku.

Mata Nadiem memandang seluruh rumah Aulia

"Besar juga rumah kau"

"Rumah abah saya. Bukan rumah saya. Rumah saya lambert lagi. Rasanya tunggu kucing saya bertelur kot" Selamba Aulia menjawab.

Aulia terus keluar dari perut kereta dan masuk rumah tanpa menoleh ke belakang. Buat apa nak toleh belakang?. Ingat ni cerita akasia pukul 7 ke. Oh, no!

***

Aulia diberi cuti seminggu. Bosan pula duduk dirumah sahaja. Memang lah ada abah tapi abah selalu ke surau, bercucuk tanam depan rumah. Itu memang bukan kepakaran Aulia.

Handbag digelodah untuk mencari earpod. Bosan-bosan macam dengar lagu, layan perasaan best jugak. Tangannya terpegang seperti sampah yang sudah dironyokan.

Siapa yang baung sampah dalam bag aku! Dia membuka ronyokan kertas itu. Baru dia teringat Nadiem ada memberi kadnya haritu. Aku tak buang lagi?

Kad itu ditenung lama. Tertera sekali no telifonnya. Patut tak aku mesej dia ucap terima kasih. Patut ke tak? Tak pelah, mesej jelah. Nanti dia ingat aku tak kenang budi pulak. Eh tak nak lah. Buat apa nak mesej dia. Bukan aku yang minta tolong dia.

TING!
Aulia membuka mesej yang masuk.

-------
Memang kau ni sejenis tak kenang budi ke? - Anonymous

Berkerut dahi Aulia. Siapa ni? Salam tak ada tiba-tiba cakap macam ni.

HELLO! AWAK NI SIAPA TIBA-TIBA NAK CAKAP SAYA TAK KENANG BUDI?! - Aulia

Helloooo. Aku yang tolong kau haritu boleh buat2 lupa pulak - Anonymous

Tangan Aulia terhenti seketika daripada menekan keyboard mesej. Siapa? Aku ada minta tolong sesiapa ke?

Siapa eh? - Aulia

Nadiem Zhafran your buah hati😎 - Anonymous

Eh! Bila masa pulak kau buah hati aku.

First, encik bukan buah hati saya. Second, macam mana encik boleh dapat nombor saya? - Aulia

Rahsia - Anonymous

Seram pulak dengan mamat ni.

Nak apa ganggu kehidupan saya ni? - Aulia

Aku nak ajak kau dinner sebagai balasan aku hantar kau hospital haritu - Anonymous

Laa pulak. Tak ikhlas betul lah dia ni tolong orang. Lebih baik tak payah tolong! Pekerja tu kau yang pecat bukan aku! Aulia menutup mulutnya dengan bantal. Dia menjerit sekuat hati. Nama contact terus ditukar kepada 'buruk siku'

Encik, saya lebih sanggup bayar duit minyak encik daripada keluar dinner dengan encik - Aulia

Aku tak nak duit minyak. Aku dah cukup kaya untuk bayar duit minyak sendiri. Sekarang yang aku perlu peneman aku untuk dinner malam ni. Dinner dengan aku malam ni - Buruk siku

Berlagak tahap dewa dia ni. Dah lah buruk siku lepastu berlagak pulak tu. Semua 'b' ada dekat dia. Biadap, bebal, bengap. Semua lah.

Tak nak - Aulia

Aku tak suruh kau pilih and ini bukan pilihan yang boleh kau pilih nak or tak. - Buruk siku

Seen

After maghrib nanti aku ambil kau dekat rumah. Objections are not accepted. Full stop. - Buruk siku
-------

Arghh!! Sakitnya hati!! Kenapa mesti jumpa dia balik!!!

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now