Chapter 4

42.8K 2.1K 82
                                    

Pagi-pagi lagi Sofeya sudah keluar. Tak menyempat nak sarapan dulu. Aulia jalan bermalas-malasan. Mengeluh sepanjang jalan. Siapa yang suka waktu cutinya diganggu. Dah la kena tinggal dengan Sofeya. Tapi demi cik abang seorang itu dia sanggupkan juga.

Dari kejauhan Aulia melihat ada seorang wanita lingkungan umur 40an seperti sedang tercari-cari.

"Assalamualaikum. Puan cari siapa ya?"

Perempuan tadi menoleh pada Aulia.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Nasib baik mak cik jumpa kamu. Makcik nak cari padang. Dekat mana ya?"

"Oh, saya pun nak pergi padang. Jom lah saya tunjukkan pada mak cik"

"Terima kasih ya nak. Nama kamu siapa?"

"Nama saya Aulia"

"Nama penuh?"

Eh eh makcik ni. Macam sesi berkenalan dengan bakal menantu pulak dah tepi jalan ni.

"Aulia Malaikha" Aulia memberikan senyuman manis.

Banyak yang dibualkan sepanjang perjalanan ke padang. Nak tak nak kena layan juga. Kalau main phone nampak tak sopan pula kan?

Mak cik tadi terus hilang apabila sampai di padang. Katanya nak jumpa anaknya. Biar jelah.

***

Kipas elektronik dihalakan ke muka. Panas ya amat. Mata melilau mencari susuk tubuh Nadiem tapi masih tidak jumpa dari pagi. Mana dia ni? Sofea tipu aku ke?

"Al, kau ni memang datang sini nak duduk saja ke? Sakit pula mata aku tengok kau. Ingat kau bos ke dekat sini?"

Panas telinga Aulia mendengar minah acah bagus ni. Tahu lah dia president tapi tak boleh cakap elok-elok ke?

"Habis tu kau nak aku rawat mata kau yang sakit tu ke? Masa sekolah aku tak masuk PBSM. Aku kelab bahasa melayu. Setiap hati aku belajar adab bercakap dengan orang" Aulia menjeling.

Dia terdiam. Haa tahu pulak diam. Tadi sibuk menjerit macam perempuan gila.

"Pergi bawak air mineral ni untuk budak-budak bola sepak"

Dia menghulurkan sekotak air mineral pada Aulia. Aulia bangun dan menyambut kotak air mineral tadi.

"Boleh pula cakap elok-elok" Sebelum beredar sempat Aulia beri jelingan yang paling tajam. Nak marah? Marahlah, ada aku kesah?

Aulia menghempaskan kotak air mineral ke bangku tepi padang. Benci betul dengan minah tadi tu. Memang dari awal pun dia macam tak puas hati dengan Aulia. Tak tahu lah kenapa.

***

Perlawanan bola masih berlangsung. Aulia menonton dengan tidak minat. Kalau abah dengan abang Umar ajak tengok bola memang Aulia akan berkurung dalam bilik. Sukan bukan minatnya.

Secara tiba-tiba minatnya bertukar apabila melihat Nadiem merupakan salah seorang daripada pemain bola sepak hari ini. Ya Allah machonya!

"Goodluck awak!" Aulia terus menjerit apabila Nadiem memandangnya tetapi Nadiem membuat seperti tiada apa yang berlaku. Dia cekak pinggang di tengah padang. Mata di kecilkan kerana terik matahari.

Fokus mata Aulia memerhati pemain yang memakai baju jersi 24 itu. Disitu tertera nama Nadiem. Dari situ baru Aulia tahu namanya Nadiem.

Terkejut Aulia apabila Nadiem tersungkur ketika dihadang oleh pihak lawan. Geram betul Aulia dengan pihak lawan itu.

Aulia terus berlari ke arah Nadiem. Semua pemain berkumpul pada Nadiem.

"Awak okey ke?" cemas Aulia.

"Kau okey tak Nadiem? Kalau tak okey, kita berhenti" Kata salah seorang pemain sepasukannya

"Eh jangan berhenti. Gantikan aku dengan pemain simpanan lain. Aku tak boleh nak teruskan"

Semua pemain tidak membantah kerana Nadiem adalah captain mereka.

"Awak tolong bawak captain ke unit kesihatan ya"

Aulia hanya mengangguk

"Jom saya papah awak."

Aulia mencapai tangan kiri Nadiem dan meletakkan dibahunya. Nadiem menarik tangannya semula.

"Eh tak payah. Aku boleh berjalan sendiri"

Aulia berdecit. Degil pula mamat ni. Tangan Nadiem diambil semula. Perlahan-lahan Aulia memapahnya ke unit kesihatan.

"Tak payah degil boleh tak?"

Jeda.

"Awak okey tak?" Aulia mendongak sedikit memandang wajah Nadiem.

"Kalau aku okey tak ada lah aku dekat sebelah kau sekarang ni"

Haih dia ni. Macam tak boleh nak cakap elok-elok. Nasib baik sayang.

"Awak duduk sini sekejap" Aulia memberi Nadiem kerusi di bawah khemah.

Aulia duduk melutut dihadapan Nadiem. Terkejut Nadiem melihat tindakan Aulia. Aulia meletakkan iced pack dikakinya untuk mengurangkan bengkak.

Nadiem hanya memerhati tingkah Aulia.

"So nama abang, Nadiem?"

"Eeii... Jangan panggil aku abang. Aku geli"

"You're my senior right?"

"Yes, tapi tak payah nak berabang dengan aku"

"Nak juga. Abang Nadiem" panggilan itu dilenggokkan.

"Kau ni tak pernah rasa lagi penampar aku"

Aulia memegang pipinya.

"Saya tak kisah kalau abang nak tampar saya. Tamparan cinta abang pada saya lagi kuat tau" Tangannya beralih pada dadanya. Aulia mengeluarkan mini love dijarinya sambil mengenyitkan mata.

"Gila!" Nadiem bangun dan terus beredar.

"Abang nak pergi mana?" tanya Aulia sedikit menjerit.

"Pergi jauh dari kau"

"Jangan jauh-jauh! Nanti saya rindu!"

Nadiem hanya menggeleng-geleng kepalanya. Budak ni dah kenapa? Mabuk ketum ke apa? Walaupun ramai memandang mereka tetapi Aulia tidak peduli.

Aulia tersenyum sendiri. Namanya sudah diketahui. Checklist pertama memikat hati Nadiem settle!

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now